Showing posts with label lontong. Show all posts
Showing posts with label lontong. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

LONTONG -sajian istimewa sarapan orang Johor



 Assalamualaikum dan salam pagi Khamis yang ceria,

Alhamdulilah pagi ni dapat juga akak bersiaran dari Sajian Selera KakAsma.Seminggu tak dapat nak update apa apa menu kat sini..Internet punya laa lembap..sehinggakan nak buka blog sendiri pun makan masa.Jadi tak dapat nak menatap hidangan dan cerita dari kawan kawan.Apatah lagi nak buat BW...

Tapi pagi ini dapat juga akak masukkan menu sarapan yang menjadi kegemaran orang Johor.memang selalu kalau akak balik Johor dan malas nak buat sarapan kita orang akan beli lontong aje buat sarapan..tapi istimewa lontong yang dibuat disana ada disertakan dengan serunding.Walaaa kalau makan memang tak hingat..sedap nya sampai teringat2..
 Jangan tanya ada lagi ke idak ye...memang dah pinish alraedy..buat hari ahad lepas..teringin benar nak makan lontong..anak akak makan berulang ulang sampai akak kena ingatkan kat depa yang lontong tu makan hingga kemalam...

Dah malam kuah tinggal sikit jadi yang tak dapat kuah makan dengan kuah kacang yang akak buat sekali..senangkan....resipi ada disini kalau nak cuba...terimakasih.akak bagi link ini sebab cara penyediaannya sama macam akak buat.

Monday, March 15, 2010

Lontong

Orang dalam pantang tak boleh makan lontong...betul ke?jiran akak tanya akak masak per hari nie.akak kata buat lontong.akak makan lontong ke?spontan dia bertanya.akak kata akak makan lontong ngan ayam goreng dan amek kuah nyer sikit jer..hehehe leh caya ke..
Tapi tu laa bile Fmina tayang lontong kat umah dia akak cakap ngan anak2 nak buat lontong.suka tul diarang.lontong nie akak buat semalam..buat sambal telur dan goreng ayam goreng berserai...sedap...pasti ramai dah tau buat kuah lodeh kan..

Wednesday, March 11, 2009

lontong




lontong dengan kuah lodeh,ayam masak merah dan kuah kacang


Hidangan tengahari ni.dah lama berhajat nak buat.tu yang hari ni masak beria ia.bukan ape kang asyik tingat je.payah pulak....pepagi tadi dah masak nasi untuk buat nasi himpit.jimat sikit.kalau tidak malam tadi mesti dah kena masak.untuk nasi himpit tu akak masak dengan sukatan 1 pot beras dengan 3 pot air.insyaallah elok jadinye.buh garam sikit dan simpulkan daun pandan.masak dalam periuk nasi elektrik je.keluarkan tumbuk tumbuk bg nasi tu halus.masukkan dalam loyang yng diletak sedikit minyak.tekan nasi dan ratakan.biarkan ia sejuk.

Kuah lodeh:
Bahan bahan untuk sayuran
  1. kobis(hiris halus),kacang panjang potong serong
  2. sengkuang dan karot potong macam lidi mancis
  3. 2kpg tempe dan 2kpg tahu potong sedang (goreng dan ketepikan)
  4. 1 btg lada merah dan lada hijau dihiris halus
  5. soo hoon dan tahu kering (rendam utk melembutkannya)
Bahan untuk dikisar
  1. 3sudu besar udang kering
  2. 1 labu bawang besar
  3. 6 biji bawang merah
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 1inci lengkuas
  6. 1 btg serai
bahan lain
  1. 2 mangkuk santan pekat
  2. 1 mangkuk santan cair
  3. garam dan perasa(jika suka)
cara membuatnya:
  • panaskan minyak dalam periuk.masukkan bahan kisar.Tumis hingga wangi.bila telah naik minyak masukkan santan cair diikuti sayur sayuran kecuali tahu dan tempe.kacau lagi.biar mendidih.masukkan garam dan perasa.akhir sekali masukkan tahu dan tempe.bolehlah dimatikan api.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails