Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

BUBUR SOM SOM-bubur kesukaan orang jawa


sekarang ni  bila petang aja hujan turun dengan lebatnya ditempat akak.bedentam dentum petir..kalau anak anak semua dah balik dari sekolah baru senang hati nak tidur atau pun nak bersenang lenang sikit..
tapi anak anak sekarang jadual tak menentu.yang nak ambil SPM dah memang tinggal diasrama,yang PMR balik naik bas awam selalu nya pukul 5 lebih baru sampai rumah..yang UPSR lagi laa jam belum pukul 7 tak nampak bayang sebab yang nih naik van..ikut lah mana dulu pemandu tu nak antar..dan selalu anak akak nih paling last sekali diantar.
disebabkan nak tido tak boleh akak pun mengodeh godehlah tepung beras,tepung jagung dan santan..nak buat kuih berkukus malas laa pulak.

                                
Bubur SomSom akak nie style orang jawa punya..ada yang buat setelah dikacau dalam periuk dikukus..
ee tak rajin lak nak mengukus..jadi akak hanya masak dalam periuk,guna api kecik ajer..masak kan hingga tepung tu tak lekat kat periuk..makna dah tanak laa tu..kalau rajin masukkan dalam bekas cumel cumel..kalau tak rajin buh dalam bekas besar,kemudian sejukkan..akak sejukkan dalam petiais aje.

                                .
kalau nak ikut cara akak boleh aje....tapi kalau nak cuba yang lain try  SINI atau  Sini

Resipi Bubur Som som
SELERA KAKASMA

BAHAN2:
2 cawan lebih sikit tepung beras
3 sudu tepung jagung
1 kotak santan
21/2 cawan air
daun pandan disimpul
sedikit garam

caranya:
>>>>>masukkan kesemua bahan dalam satu bekas bersih.kacau bagi larut dan sebati.tapiskan kedalam periuk.gunakan api yang kecil bagi menanak adunan ini..masakkan hingga adunan ini tidak lagi melekat dalam periuk..kalau semasa mengacau agak kurang airnya boleh laa ditambah(biasa lah buat agak agak nie kena adjust air ya)akak suka kacau menggunakan arah lawan jam,pastikan sentiasa dikacau agar tidak bergentel2 nnti tak cantik.

Bubur  nie enak dimakan bersama sama dengan air gula merah..gula putih pun boleh..tapi selalu nya orang lebih suka gula merah..cantik gitu..dan ada juga yang menggunakan daun pandan dikisar bersama air dan dicampurkan kedalam adunan..jadi laa som som pandan..ikut kesukaan masing2.

Tuesday, May 4, 2010

Bubur Nasi

makanan orang nak senang makan.tak payah buat banyak banyak lauk tambahan.lebur semua bahan dalam periuk.siap.isi terpulang nak bubuh hirisan daging atau ayam..sukati...janji makan kenyang..untuk menambahkan selera tambahkan kacang tanah goreng,bawang goreng dan daun sop hiris halus..siap untuk  makan tengahari ni ajer

Monday, August 17, 2009

Bubur keladi dan keledek

hari nie akak tunjuk bubur yang akak buat petang semalam.bubur keledek campur dengan keladi,campur dengan biji sagu.anak akak yang no dua tambah pulak dengan tepung pulut..jadi bubur nye macam macam jadinyer.

akak kurang sihat hari nie.dari malam tadi kena batuk dan sesak nafas.aduh!! terasa sungguh seksa dengan keadaan akak yang macam nie..nak baring baring tak pandai.nak masak tak larat.ade sesiapa yang masak lebih hari nie tu anto sikit yea kat umah akak..
nak ajak makan dah habis...jadi layan mata yea..len kali akak buat akak ajak sume makan...

Tuesday, August 11, 2009

Bubur nasi berdaging

Bubur daging nie akak masak bab asyik tengok ade jer bubur ni bila jenjalan umah kengkawan.pagi tadi jenguk Ijan kat Findland,dia buat bubur ayam..kat esbok cuma ade daging.akak pun buat laa bubur nasi berdaging..eee sedap taw!!!yelah buat sekali sambal Lonte,ade lak kacang tanah goreng,ikan bilis goreng..adehhhh ...mai laaa jemput makan sekali.
tu yang tertenggek tu kopok mersing.krap krup makan ngan bubur..sedap sangat...

bubur nasi daging:

  • 1 pot beras bersihkan
  • air untuk merebus beras agak agak laa yea.kalau kurang sentiasa tambah
  • 4 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 kuib serbuk pati ayam
  • sedikit garam
  • serbuk lada sulah
  • daging direbus dan kemudian hiris halus..goreng sebentar
caranya:
  1. rebus beras dengan air hingga jadi bubur
  2. tumbuk bawang kecil dan bawang putih hingga lumat.masukkan kedalam bubur.
  3. masukkan sekali serbuk pati ayam,sebuk lada sulah dan garam.biarkan mesra.
  4. akhir sekali masukkan daging goreng dan masak hingga bubur lembut dan perasakan.
  5. siap untuk dihidang
bahan hidangan;
  1. ikan bilis goreng,daun sop hiris halus,bawang goreng,kacang tanah goreng,keropok .
  2. untuk sambal lonte:gorengkan 10 btg cili api,ikan bilis(anggaran) dan bawang kecil 3 biji.kemudian bolehlah ditumbuk perasakan dengan sedikit garam dan perasa ...

Monday, July 13, 2009

Bubur candil II

siap masak nasi lemak akak buat bubur candil ni lagi..anak anak suka nak makan.lebihan kelapa parut ade lagi.jadi akak buat laa bubur nie..senang dan sedap..ubah sikit bentuk dan warna tepung pulut ..saja bagi grand sikit...

Tuesday, June 23, 2009

Bubur candil

Bulleted ListBuat bubur ni petang semalam.puas memikir ape nak makan buat berbuka semalam..
lama tak makan bubur camgini..sedap ler pulak..berbuka dengan bubur nyaman ajer.untuk buat bubur ni:

bahan2nya.
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
caranye:
  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih boleh lah diangkat..

Monday, June 22, 2009

Bubur Nasi dan bubur durian

Petang semalam jiran akak bagi bubur durian nie..makan ngan roti sedap..roti habih cicah ngan biskut..biskut pun abih..uwaaa..akak try makan ngan nasi putih..cam makan pulut gitu..tekak antarabangsa gitu ler semua jalan....

Lepas maghrib akak tanak nasi untuk buat bubur nie..sambil tunggu bubur siap akak buat sekali inti untuk buat karipap..try resipi As Nz pulak...menjadi tapi dak acid sibuk nak menulung...hancur akak nyer karipap.tak bagi dia merajuk..pegi kat pojok umah(jawa lagi)..cian lak..tak bagi dai menulung.tapi bila dah jadi hancur akak nyer karipap.tak caya tengok ler nanti..jadi untuk makan malam tadi akak sekeluarga makan bubur nasi nie....resipi akak ade letak dulu..cari ler kat bubur tu yea

Thursday, March 26, 2009

Bubur Daging Bersantan


Masak bubur ni bukan sebab malas.tapi sebab senang ....
anak anak and hb suka makan.entah lah kepala sakit tak
hilang lagi.semakin sakit ade ler.aduhhhh.....
Lagipun nak siapkan baju tempahan kawan yang terbengkalai.alahai
kalau ikut hati nak jer baring baring.
akak bagi resipi bubur daging bersantan ni bukan ape.kot ade yang
maleh nak masak boleh lah cuba.

Bubur Daging Bersantan
Bahan bahan:
  • 1 pot beras(utk 4-5 orang)
  • 200 gm daging(bersihkan potong kecil2)
  • 2labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 2sudu besar perencah sup adabi*
  • 1/2 biji kelapa ambil santan pekat dan cair
  • 1sudu besar lada sulah(akak buh banyak sikit)
  • bahan penumis tiga beradik
  • garam
  • serbuk pati ayam
bahan hiasan
  • kacang tanah digoreng
  • daun sop/bawang dihiris halus
  • bawang goreng
  • telor dadar hiris halus(akak tak letak pun)
cara membuatnye:
  1. basuh beras,rebus dengan air mcm buat bubur nasi
  2. masukkan daging,rempah penumis tiga beradik,garam dan serbuk pati ayam.
  3. masak hingga nasi hancur.kacau selalu.
  4. kisar bahan bertanda* dengan santan cair.masukkan kedalam bubur.
  5. masukkan santan pekat.masakkan bubur hingga pekat.
  6. bolehlah dihidang bersama dengan bahan hiasan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails