bila bgtau anak anak eskrim leh buat sendiri dia orang beria ia suh buat.lama dah nak buat tapi asyik lupa nak beli coffemate..jadi bila akak gi supa haritu akak beli laa coffemate..tapi tak pulak beli bahan len..sebab akak tak ingat pekebenda bahan len nak bubuh..jadi akak gi umah
NOREEN UK cari resipi..dah jumpa kena lak buuh telor dalam resipi tu..tapi ade satu resipi yang akak tertarik cuma noreen guna jagung,akak tukar ke perisa strawberi.alhamdulilah menjadi,tapi tu arrr akak tak de scoop eskrem jadi kurang ler cantik ghuper nya..tapi yang penting rasa sebiji cam eskrem keluaran nestle..wala wala...kena buat lagi guna perisa len pulak..kopak ler duit camgini kan.....
resipi nie akak salin semula..akak amek kat umah Noreen..terimakasih buat noreen share resipi nie..akak panjangkan kat sini pulak yer Noreen..senang nnti nak buat rujukan.
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan coffeemate creamer
2 cawan (500ml) susu segar(akak guna susu segar perisa strawberi)
1/2 cawan gula
cara:
- satukan coffeemate cremer,susu segar dan gula.kacau sehingga semua larut dan sebati
- tuangkan adunan kedalam bekas dan simpan kedalam freezeer hingga separuh beku(anggaran 5jam)
- selepas itu keluarkan dan tuang kedalam mangkuk besar,pukul dengan mixer hingga gebu.
- masukkan semula kedalam bekas dan simpan dalam freezer hingga ianya beku.
- boleh laa dihidangkan...