Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

SIAKAP BAKAR BEREMPAH

 Siakap ni akak bakar sebab dah selalu dimasak tiga rasa,stim goreng berlado laa..sesekali layan makan dengan dibakar sedap juga...tapi bila tengok banyak resipi kena guna itu ini..akak pening juga.camner nak bg rasa ada tapi dengan bahan yang terhad...kira resipi mitch match laa nie..

Resipi campak campak Siakap Bakar berempah:
 source:dari rumah teres kakasma

Ikan siakap nie bersihkan dulu..kelar sikit badan nya..lumurkan dengan limau kasturi,garam dan serbuk lada sulah.
Dah siap tu..bubuh dalam alumium foil.sementara tu siapkan 2 sudu lada giling,1 biji bawang besar,3 ulas bawang putih,sedikit halia, sebatang serai,2 sudu rempah kari.
Bawang,halia serai kisar,campurkan dengan cili dan rempah kari.Panaskan minyak tumis semua bahan ini hingga naik minyak.masukkan daun pandan,hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan hirisan bunga kantan.
kalau nak sedap masukkan sedikit santan pekat.sebelum dipadam api masukka sebiji tomato yang didadu,garam gula dan sedikit perasa.perahkan asam limau.tuangkan bahan tumisan keatas ikan tadi..
bakar dalam oven 180 darjah sehingga ikan masak.
 siakap dalam proses dimakan...ermmmmm enak!!!!

Monday, May 16, 2011

Tengiri asam Daun Kari

 salam pagi Isnin ,Hari nie akak nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat adek adek akak yang bergelar Cikgu,iaitu Cikgu Zana diBatu Pahat,Ustazah AZIe di Pasir Gudang,Cikgu Ina Shamsina di Kuantan dan semua guru guru yang juga ada blog yer..semuga akak lebih berdedikasi dan disayang anak murid,
 Okay lah lauk nie akak nak share ngan semua bagi yang tak de idea nak masak aper..nie memang simple tapi sedap..bagi yang penat2 balik keje tu kejap ajer nak menyediakan nya
Tengiri Asam Daun Kari
Source: dari rumah teres kakasma

Bahan2:
  • 4 keping ikan tengiri
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
  • 1 batang serai(ketuk)
  • sedikit daun kari
  • garam,perasa,air asam jawa
  1. Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
  3. masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
  4. biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
  5. kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

Friday, July 23, 2010

Ikan Goreng Cili Api

 akak suka masak camgini bila ada masak lauk lemak.bergandingan sungguh.buat pedas pedas sampai berasap tinge..mcmane nak kempis perut makan sambil minum air.tapi takper jangan masak selalu,kalau nak kempis perut ler..kalau idak tak kisah hari hari pun boleh!!
untuk masak ikan nie tak kisah ler nak guna ikan ape.yang penting goreng garing sikit..kalau nak cuba resipi nie cubalaa yer..mmg sodap...pedas cete belakang
bahan bahan untuk ikan goreng cili api:
  • 5ekor ikan kembong
  • 10-15 biji cili api
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam dan secukup rasa
  • daun ketumbar atau daun sop hiris halus
caranya:
  1. bersihkan ikan.lumurkan dengan kunyit dan garam.goreng garing..angkat dan ketepikan.
  2. tumbuk bawang dan cili api (kalau malas blend ajer).
  3. pijarkan minyak,tumis bahan tumbuk hingga naik bau.masukkan garam,kunyit serbuk,perasadan asam keping.gaul sebati
  4. biarkan bahan agak pekat dan kering ,baru masukkan ikan dan daun ketumbar.matikan api.siap untuk dihidang..

Friday, May 14, 2010

Selar Kuning Tumis Asam

akak tak tau ghupernya lauk yang akak masak nie namanya tumis asam.akak memang suka masak camgini bila dah kehabisan idea nak masak aper.bila jumpa resipi ni dan tengok lebihkurang cam akak masak.baru tau namanya...yelah seminggu 7 hari menu pun sekurang kurang nya 14 jenis uwaaa..tul kan..yelah takkan makan ikan ajer..tak de sayur mayur,sambal lagi.mak oiii kira kita nie ibu ibu memang terer laa kan..yelah masak masak pelbagai menu..hehehe tu ibu yang rajin dan kreatif..cam akak nie men belasah ajer..janji seminggu mesti ade asam pedas dan kari juga sambal..yg len tu pepandai ler adjust..kot malas melanda tau tak de bahan..nasi goreng bodoh ler jawapnyer..anak anak balik sekolah muncung boleh letak hanger baju kalau akak masak nasi goreng di tengahari..sudah nyer mesti diarang masak maggi sendrik!!!....okay laa akak masak selar kuning tumis asam ajer..ade ikan goreng sekali..senang citerkan..

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo ikan selar(ikan lain pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(mayang)
  • 2 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 biji bawang putih (hiris)
  • sedikit halia(hiris )
  • sebatang serai(diketuk)
  • 2 biji lada merah hiris
  • 5-6 biji cili api
  • sedikit daun sop
  • sebiji tomato
  • garam dan perasa dan jus asam jawa
cara2nya:
  1. bersihkan ikan,basuh lumurkan dengan kunyit dan garam goreng hingga garing.ketepikan
  2. panaskan minyak,tumis semua bahan dihiris,kecuali tomato dan cili api.
  3. kacau hingga naik minyak,masukkan garam air asam dan perasa,biar kuah agak pekat masukkan tomato,daun sop dan cili api.perasakan..matikan api dan masukkan ikan goreng tadi..kacau rata.
  4. bolehlah dihidang.

hah dalam kuali  lagi nie..huhuhu

Friday, April 30, 2010

KARI KEPALA IKAN

meh kita makan lauk kegemaran seantero nie.kari kepala ikan merah.Hb akak beli ikan nie seekor besar.kepala dua dua belah ngan 2 slice badan akak masakkan lauk nie..ermmm sedap tul meratah kepala ikan tuh..
resipi kari ikan akak:
  • kepala ikan merah + 2 keping badan ikan
  • 10 tangkai lada kering (rebus bagi lembut)*
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*(bahan* kisar halus)
  • 1/2 inci halia(hiris halus)
  • 3 sudu besar serbuk kari adabi
  • sedikit halba dan biji sawi
  • sedikit daun kari
  • bendi dan tomato
  • satu mangkuk santan pekat
  • garam,air asam jawa,perasa.
caranya:
  1. bersihkan ikan.
  2. tumiskan bahan kisar hingga naik bau.masukkan daun kari dan rempah kari.kacau sebati.masukkan halba dan biji sawi.
  3. masukkan santan,kacau rata.setelah itu masukkan garam,perasa,air asam jawa,bendi dan ikan.biarkan sebentar.akhir sekali masukkan tomato dan perasakan.
 

Monday, April 19, 2010

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

dalam pantang tak boleh makan asam pedas.tengok Umar dah boleh bila akak makan pedas gini akak pun masak asam pedas.lauk kemestian dalam keluarga akak.tak kira ikan apa.dari yang sekecil kecil ikan hingga lah ikan besar..layan lauk ni..ermmm sedap menghirup kuah..pedas minum air..tapi akak tak berani lagi.makan sikit aje..

Wednesday, July 22, 2009

Asam Pedas Ikan Patin

Pagi tadi masa jengah umah Suzi akak terliur dia masak ayam asam pedas.kebetulan ade ikan patin akak beli masa gi super petang semalam.akak masak laa asam pedas ikan patin ni..masak macam biasa cuma akak tambah sikit serbuk ketumbar,jintan kasar dan halus juga lada hitam.tumis sekali dengan pes lada...wangi jer bau nyer...kat pic nampak tak pekat,tapi asam pedas ni terpekat sikit...tapi masih boleh lagi hirup kuah nyer..uwaaaa....

Friday, July 10, 2009

Kerisi goreng cili api

hari ni masak lambat sikit.buka petiais hanya ade sikit sayuran,ikan langsung tak de.akak telefon hb minta belikan bahan untuk dimasak.hb beli ikan kerisi nie.ade cili api sebungkus dibelinya.sayur sawi kegemaran dia pun ade.ape nak dimasak ngan ikan niekan.akak goreng ikan nie dulu.kisar cili api ngan bawang merah besar 2 biji dan bawang putih 3 ulas..masukkan sikit belacan.panaskan minyak tumis bahan kisar,habis satu rumah tersedak ngan bau tumisan akak nie.uwaaa,buh sikit air,asam keping,garam dan sikit gula....dah agak garing akak masukkan ikan goreng tadi.kacau sekejap dan bolehlah diangkat.sawi tu akak masak bening ajer..tu orang jawa kata,kalau dalam bahasa len masak tumis air..
Hb akak makan sampai sendat perut..betul betul makan.ulam ngan petai adik ipar bagi..

Thursday, June 25, 2009

Gulai Tempoyak Patin

semalam masa gi pasat malam ade iakn patin nie..akak beli seekor..kebetulan akak beli jugak tempoyak.jadi akak pikir elok masak gulai tempoyak ikan patin nie..
akak masak ikut resipi jiran akak.sedap juga resipi nye ini..ikan patin dah dibersihkan rebuskan dengan api kecil dan masukkan asam keping 3 keping.lada merah 2 batang +5 batang cili api ditumbuk bersama dengan sedikit kunyit hidup.masukkan kedalam periuk ikan tadi bersama sama dengan 3 sudu besar tempoyak.tambahkan perasa dan garam.akhir sekali masukkan daun kesum dan bunga kantan..ade resipi buh timun..akak letak ler timun..dan sebiji tomato..wallaaa sedap tulkan...


ni akak goreng sikit ikan tuh.anak akak suka ikan patin digoreng.laju ajer makan nnti tu..

sebagai memenuhi permintaan hb akak yang suka makan sambal ikan bilis kering ni akak masak juga ler sekali...moh ler kita makan..

Tuesday, May 12, 2009

Lemak cili api ikan talapia dan sambal gesek


Mai ler semua jemput makan kat umah akak..hari ni terghajin ler pulak.akak masak lemak cili api ikan talapia style owang nogori ngan sambal gesek...Yang nih ros onigiri mesti tau kan..kawan akak bagi ikan talapia ni sampai 12 ekor.minta akak buat ikan pekasam.jadi akak kata leh tak masak lemak barang seekor dua..dia kata masak ler.lebih buat ikan pekasam.ape lg menjadi laa projek akak.kirim jiran akak beli ayam kat pasar tadi jadi akak goreng gitu ajer.

ni ler ghuper sambal gesek.kat sini paling popular.terbakar tinge makan sambal ni kalau pior orang negeri yg buat..akak buh cili api sikit jer.hish kalau idak mau tempah cik jam jer nntikan.
sambal ni cili api,ikan bilis dan bawang merah ditumbuk.buh garam sikit.pas tuh perahkan limau kasturi.makan mentah gitu.kalau orang jawa bahan ni digoreng dulu.tak de perah limau..kita orang panggil sambal totok(betui tak hana!!!!!)..

Wednesday, May 6, 2009

Asam pedas Sardin

Akak masak lauk nih malam tadi.dalam gantung gantung periuk kena gak masak.anak anak nak makan nasi berlauk.takkan nak makan nasi goreng sampai kemalam.kejam nyer mak dier kan.jadi akak pk lauk ni the very senang dan berkuah.2 dalam satu...
untuk asam pedas nih:
bahan bahan;
  • 2 tin kecil sardin(akak suka tin kecil ikan nyer banyak dan kecik2)
  • pes lada(lada kering+bawang merah+bawang putih-yg siap diblend)
  • halia tumbuk
  • serai sebatang ketuk
  • bendi dan tomato bulat
  • 1 sudu besar tomato sos
  • daun kesum
  • garam dan perasa(optional)
  • minyak
cara caranye
  1. panaskan minyak,tumis halia dan masukkan pes lada hingga terbit minyak
  2. masukkan air,serai,bendi dan tomato sos.biar mendidih sebentar
  3. masukkan ikan sadin,garam dan perasa dan daun kesum..biar masak.
  4. bila dah mendidih,matikan api siap untuk dihidang...
  5. akak tak letak asam sebab dah masam ngan sos tomato..

Monday, May 4, 2009

Sambal kering Ikan Patin

Laa ni pun lauk malam tadi.ikan patin memang kesukaan akak sekeluarga.ikan ni akak goreng dulu.Cili api 10 btg(kalau nak pedas boleh tambah lagi),6 biji bawang merah,2 ulas bawang putih tumbuk atau nak senang blend kering jer.panaskan minyak,masukkan bahan tumbuk.tumis hingga terbit minyak,masukkan garam,perasa dan asam keping.masukkan ikan gaul rata.siap!!

Thursday, April 30, 2009

kembung tiga rasa

hape nak masak tengahari nih eh.pening tul nak fikirkan.kalau ade owang gaji ke tukang masak aka chef kat umah akak kan best..kalau request melalak melolong pun lum tentu dapek.biasa lerkan setakat umah cam main pondok pondok nak ade owang gaji buang jer ler angan angan tuh.hohoho....manekan mampu kan.sendiri makan pun miss tepi pintu.tak caya ni hah masak tiga rasa selalu ikan yang besar dan mahal.tapi akak guna ikan kembung jer.owang buat tiga rasa awak pun nak gak.amek ko!!
mailah cuba resipi tongang langang akak nih yo
bahan-bahan...
  • 4-5 ekor ikan kembung
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih (titik kasar)
  • 1/2 inci halia*(hiris btg mancis)
  • 1 biji lada merah(hiris bulat)
  • 1 biji lada hijau (hiris bulat)
  • 4-5 biji cili api hiris
  • 3sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 3biji limau kasturi (perah amek jus nye)
  • serai sebtg (titik)
  • 1 biji tomato potong bulat
  • garam,gula dan pati ayam
cara membuatnye;
  1. ikan dibersihkan,lumurkan garam dan kunyit.goreng sebentar
  2. panaskan minyak,tumis bahan bertanda* hingga naik terbit minyak.
  3. masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram,serai,garam gula dan serbuk pati ayam.kacau sebati
  4. masukkan ikan,jus limau,tomato biji.perasakan.boleh lah dihidang.tabur hirisan daun sop dan bawang goreng jika suka.

Sunday, April 26, 2009

Asam pedas tengiri

hohoho,nih sebenarnyer asam pedas malam semalam.saje jer bab ikan tengiri ni pesan suh akak masukkan dia dalam blog.akak tak nak laks asyik buh lauk nih jer dalam blog akak nikan.tapi mane tau ade yang pening kepala nak masak apekan jadi akak nak bagi resipi campak campak akak nih..kalau tak jadi sesedap akak jangan marah ler.hohoho tangan len len cam tuh ler.kalau nak pinjam tangan akak boleh mai ler datang umah..
asam pedas nih akak:
panaskan minyak dalam periuk.masukkan hirisan halia,kacau hingga naik bau jap,masukkan pes cili,bawang merah dan bawang putih(ni anggaran ler yea,ikut suka berapa banyak nak letak.kot sekor ikan tuh buh lah bawang banyakkan baru ler umph!!).tumis sebentar,masukkan air dan 2 sudu sos tomato,sekeping asam gelugur,garam dan serbuk perasa.masukkan ikan dan bendi.biar kuah mendidih dan pekat sedikit.akak letak hirisan nenas dalm kuah nih...tengok pic jer dah sedap kan!!kan!!!hohoho masuk bakul ler akak nampaknyer..selamat mencuba..

Sunday, April 5, 2009

Gulai ikan parang

Salam petang ahad.hari ni masak gulai ikan parang.tapi masak style family akak.nak masak gulai style owang nogori ni alahai mesti tak jadi.untuk masak gulai ni akak blend halus cili api 8 biji,lada merah sebatang,kunyit hidup,bawang merah dan bawang putih.pijarkan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak.masukkan santan cair dan serai sebtg yang diketuk.bila dah mesra masukkan santan pekat,ikan parang,garam dan asam keping.kacau perlahan.boleh lah masukkan tomato dan hirisan nenas.biar mendidih sebentar...

Saturday, April 4, 2009

Asam Rebus ikan dan nenas

Ni kes nak cepat.masak asam rebus ni lagi ringkas.pagi tadi kena pergi sekolah anak sulong akak.ada hari anugerah kecemerlangan dan mesyuarat PIBG.kalau tak g nanti tak tau perkembangan anak anak.alhamdulilah anak akak tu ade lah gak dapat hadiah.tak lah rugi pergi.balik je alamak ape nak masak.ingat nak buat mee bandung.tapi tak sempat nak g pasar tani.jadinya kansel.esok lah kot buat.insyaAllah.jadi layan mata dulu...

Wednesday, April 1, 2009

Kari ikan

Salam tengahari.....Inilah hidangan yang akak fikirkan untuk makan tengahari ni semasa membuat tag tadi.resipi sama jer kan.tapi sebagai tambahan akak goreng ikan tengiri masin buh hirisan cili api,bawang merah then perahkan limau kasturi.buat pulak sambal lonte (sambal cara jawa).dan terakhir buat lagi acar mentah tu.nenas ade lagi.tak tau ape nak dibuat dengan nenas yg tinggal ciput.jadi lengkap lah hidangan tengahari akak ni.

Sambal Lonte:Goreng cili api(ikut suka_kalau nak pedas buh lah banyak).lada merah,bawang kecil dan ikan bilis.kemudian tumbuk halus.letakkan sedikit garam dan serbuk perasa.cubalah
jemput makan yea.....

Tuesday, March 31, 2009

Asam Pedas ikan Patin Vs Acar mentah


salam semua...ni lauk akak untuk tghari tadi.tapi untuk malam kena buat siaran ulangan lah pulak.yelah rancangan tv pun ade siaran ulangan.nikan pulak pat masak memasak ni.alahai panaskan jer asam pedas ni.acar tu kena buat lah lagi.siang tadi dah punya dah licin..kena ratah.umah akak lauk asam pedas ni seminggu sekali mesti kena masak selain dari lauk kari.tak kira lah apa apa pun.semua boleh.even sadin pun kekadang akak masak asam pedas.mmg sedap.

acar tu akak hiriskan nenas,timun lada merah ngan bawang merah.gaul ngan gula sikit then perahkan limau kasturi.dah siap....

Saturday, March 28, 2009

Botok-botok ikan

Botok botok ni akak buat sebab masa beli barang dapur kat pasar tani pagi tadi ada terjumpa daun kaduk.banyak juga lah ulam ulam yang terjual kat situ.akak sambar lah daun kaduk,pucuk ubi,daun kunyit,ulam raja.
Balik bukalah Mesra.net untuk cari resipi camne nak buat botok botok ni.cubalah pada yang jarang makan.memang sedap.makan masa panas panas.lembut gitu.ni resipinya.akak cp je lah ye.akak cuma tambah kerisek sikit sbb ingat dulu arwah mak akak buat ade letak ni..
Terima kasih pada yang kongsi resipi ni.akak panjangkan untuk semua mencubanye..
Botok-Botok Ikan (Johor & S'pore)
Kiriman: Warda Leela
Sumber: Arwah Mami
Hits: 626 Rating: 10.00 Review: 0


Bahan-Bahan:
2 ekor Ikan Tengiri/Mambong
8 Ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2" halia muda (tumbuk)
1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar)
1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar)
1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar)
2 biji buah keras (kisar)
½ cwn asam jawa
1@2 sudu bsr lada kisar
p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan.

Daun pucuk Ubi
Daun kaduk
Daun pokok teh
Daun kentut2
Daun tengek burung
Pucuk labu, Pucuk betik.
p/s boleh tambah daun ulam ikut suka tapi main ulam ialah pucuk ubi dan semua dihiris sederhana.
Daun pisang (untuk bungkus)
Cara:
1. Ikan boleh digoreng dahulu atau tidak perlu goreng.
2. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga garing serta lada kisar dan apabila naik bau, masukkan rempah yg sudah dikisar. Tumis hingga separuh garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa & gula (ikut rasa).
3. Kemudian masukkan daun2 ulam dan masak hingga naik minyak dan sederhana kering.
4. Layukan daun pisang.
5. Letakkan sedikit kuah keatas daun pisang dan letakkan ikan(goreng@tidak digoreng) atasnya dan tutup ikan dgn kuah kemudian bungkus dgn daun pisang.
6. Panaskan kukus dan kukuskan ikan yg telah dibungkus dlm daun pisang lebih kurang 10 minit (hingga masak).
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan panas2 dgn nasi terutama waktu malam atau musih sejuk/hujan

Friday, March 6, 2009

gulai nenas ikan sepat

isemua tau camne gulai nenas ikan sepat ni.tapi owang negeri punya masak gulai ni memag power gitu.akak ni owang johor so gulai gulai ni fail sikit.kekadang hancur kekadang cantik jadinye.so akak bagi ni resipi owang negeri lah ye.

bahan2nye;
  • ikan sepat kering(ikut suka berapa ekor)
  • nenas sebiji kupas kulit potong sedang ye
  • cili api*kalau nak pedas menyengat letak banyak
  • kunyit hidup seinci
  • serai*tak letak pun tak pe
  • garam
  • asam keping
  • santan pekat anggaran 2 mangkuk
Masukkan cili api yang ditumbuk halus bersama dengan kunyit hidup,pastikan benar benar lumat,kedalam periuk bersama dengan nenas,santan,ikan sepat,garam dan asam keping.
kacau perlahan,supaya santan tak pecah.(kalau pecah dah tak cantik ler kuah ni).masak hingga nampak kuah mendidih.matikan api.hidangkan dengan ikan goreng.walaaa...
  • santan pekat anggaran 2 mangkuk


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails