Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Apam Polka Dot...lagi

 Salam sejahtera buat pengunjung pengunjung selera kakasma hari ini...Lama sungguh akak tak buat apam cantik nih.bukan aper,kekadang belum hilang lagi penat dan panas tengok tengok apam nih dah tinggal sket..anak anak bila tengok cantik cantik dan cute suka sangat.kebetulan sewaktu jiran akak buat kenduri dua minggu lepas,dia ada tanya akak tau tak buat apam comel..dia tunjukkan pada akak apam polkadot nih.Laaa...akak kata selalu dulu buat makan makan ngan anak2..dia kata kalau akak pandai dia nak minta akak buatkan untuk dibuat doorgift masa adek nikah bulan jun nanti..tu yang akak buat ubtuk pra tunjukkan..dia minta akak buat kan tema pink hitam...
 yang lain lain tu untuk menjamu anak anak aja....buat tak banyak warna,yang ungu tu ada perisa keladi akak bubuh inti blueberry..

 resipi sama aja...tapi kali nih akak kurangkan susu dan bubuh air...saja nak test..!!!

RESIPI APAM POLKADOT(akak c/p dari www.ciktom.com)
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (200gm)
150 ml susu segar/ susu cair(akak guna susu cair 50ml dan air 100ml)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry
pewarna

CARA2NYA:

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas itu baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu air, tepung,baking powderdan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api sederhana dan kukus selama 10-15 minit .

Friday, May 7, 2010

Apam Tapai Beras

masih panas lagi apam nie..baru keluar dari kukusan.meh jemput semua datang rumah akak.kita jamu sama-sama..akak bancuh tengahari tadi semasa masak lauk tuk makan tengahari merangkap kemalam.petang ni tengok dah elok kembang akak terus masukkan eno dan kukus..

Apam Tapai Beras
Bahan-bahan:
  • 1 kampit tepung beras(akak guna cap teratai)
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan tapai(nasi dan dibubuh ragi...simpan dua hari-akak buat semlm)
  • 1 peket eno (yang warna biru)
cara nya:
  1. Blend kesemua bahan bahan kecuali eno.
  2. tapiskan 3x.masukkan kedalam mangkuk dan tutup adunan.
  3. biarkan kembang.setelah kembang masukkan eno dan kacau rata.
  4. kalau nak bubuh warna berlainan asingkan dan bubuh pewarna.
  5. sediakkan kukusan.masukkan adunan kedalam acuan dan kukus dengan api kuat selama 15 minit.
  6. siap untuk dihidang bersama parutan kelapa yg telah digaulkan dengan garam..

Wednesday, April 21, 2010

APAM TEPUNG GANDUM

Buat apam nie sebenarnya untuk minum petang isnin.ingat nak post semalam.tapi tak sempat.semalam bawa Umar gie klinik unutk pemeriksaan dua bulan.kebetulan hb akak cuti,jadi memang tak dapat nak curi curi posting kan n3..mulanya nak buat apam tepung beras,tapi ntah kat mana akak letakkan tepung beras pun tak hingat.jadi akak buat ajer laa apam nie.dulu pernah buat,ikut resipi amek kat umah CMG..tapi tak de kelapa..sebab tukang beli kelapa sekolah.jadi makan gitu ajer..pun sedap!!!resipi cari kat lebel apam yer.InsyaALLAH jumpa..

Friday, January 29, 2010

Apam Beras

Pada yang belum pernah buat apam beras ni akak cadangkan buat laa tuk minum petang nie.senang dan cepat jer buatnyer..akak buat pun sebab Yatie yg duk kat Louisiana bagtau apam nie lembut cam salju..akak c/p dari umah yatie nie..rajin tul adek sorang nie,dah berbagai bagai menu bulan januari nie..tak terkejar akak dek kerajinan dia..huhuhu....terimakasih ye yatie
Bahan-bahannya.

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Monday, April 20, 2009

Apam ENO

Apam nih buat malam tadi.pagi ni baru dikukus.buat sarapan pagi.ni siaran ulangan jer.resipi ade kat buku masak akak carilah yea

Apam Balik

Apam balik nih akak buat malam sabtu lepas.baru ni dapat nak n3.bukan ape masa amek gambar akak guna camera hp.nak upload kedalam pc tak boleh.banyak keje nak kena buat.kena antar pic kedalam email.pastu barulah dapat din3 kan.hehehe bukan ape punye lah syok menjadi apam balik akak nih.sib baik dapat tangkap satu untuk diamek pic nye.anak anak suka benar ngan apam balik nih...saje nak cete abah akak sebenarnya penjual apam balik kat pasar pasar malam diJB.tapi anaknye yang sorang nih tak pernah belajar nak buat.amek ko!!!kena lah cari resipi.akak dapat resipi ni jauh benar.kena g Denmark.hehehe.....Terimakasaih buat Suejoshua.tapi resipi ni akak c/pkat umah kwn ita,soweii eh tak ingat name nyer.terimakasih yea


Bahan-bahan
2cwn tepung gandum
1sk serbuk penaik
1sk soda bikabonat
1/2cwm gula
1biji telur
1 1/2cwn air
Bhn tabur: kacang tumbuk, jagung krim, gula
Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik, soda, telur dan air. Pukul sebati. Blender semua sekali pun boleh.
  • Biarkan 1/2jam. Panaskan pan dan masukkan 1 senduk aduan. Tabur dgn kacang, jagung krim dan gula. Bila masak lipat 2 dan sapu dgn butter.

Saturday, March 21, 2009

Apam Eno @Apam Makoke


Salam pagi sabtu.sebenarnye ni projek petang semalam.selak buku resipi akak yg duk terperap.akak terjumpa resipi apam ni.pemberian makcik akak.ambik jer resipi tapi tak pernah buat.sebenarnye tapai nasi nya dah lama akak buat,simpan dalan petiais.yelah buat simpanan mane tau bila bila teragak boleh buat.
siap jer tadi,mase nak snap gambar,agaknya masih panas lagi akak bubuh kelapa bercampur ngan gula tanjung tu yang warna apam ni bercapuk capuk.biasa lah bukan pro photograper.
pepun yang dinamakan apam,memang sedap dan menjadi kalau ikut betul betul resipinye.
ni resipi Apam Eno @Apam Makoke.
  • 1 kampit tepung beras
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan tapai
  • 2 sudu eno
  • pewarna ikut suka
  • kelapa+garam sedikit
  • gula tanjung(pada yng gemar)
cara cara membuat
  1. Blend tepung beras,air, gula dan tapai nasi hingga halus.Tapiskan kedalam mangkuk.ketepikan dan perap dalam 5-6 jam.(akak bancuh lepas maghrib semlm)
  2. Bila telah elok kembang nye masukkan eno kacau dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  3. boleh lah dibubuh pewana yang disuka.
  4. Panaskan kukusan.sebelum memasukkan adunan apam ni panaskan terlebih dahulu bekas apam.
  5. kukus 15-20 minit.bolehlah dihidangkan bersama kelapa bergaram.

Wednesday, March 18, 2009

Apam tepung gandum dan Mushroom Soup



Entah hangin ape agaknye yang melanda akak petang semalam,akak pun tak tau.cuma
yang pasti mood terajin datang melanda.ewaaah.......lepas zohor akak bancuh kuih apam biase jer.belek belek umah CMG ade resipi ni.cuba buat menjadi lakkkk.hihihi cuma sowei ye CMG akak tukar gula perang ngan gula tanjung.okay lag gak.bab tu ler warna apam akak tu jadi kaler oren gitu.rasa ok cuma kalau nak manis kena lebihkan gula.makan ngan kelapa.sedap!!!!
resipi apam ni CMG guna 5oogm tepung gandum,3/4 cawan gula perang(akak guna gula tanjung
1cawan),2 cawan air,1 pkt yis kering+1/2 cawan air(larutkan).Bancuh dalam mangkuk semua bahan perap selama 1 jam.boleh lah dikukus macam biasa kita kukus kuih2.makan dgn kelapa yang digaul dengan garam.
Lepas maghrib akak try laksss buat mushroom tengok resipi kat umah Jenilicious.kebetulan
hari tu mase g pasar tani akak ade beli mushroom segar ni.beli tapi tak tau ape nak dibuat ngan
cendawan tu.nampak resipi ni akak cuba lah.memang sedap.akak suggest kan sesiapa yang suka kat cendawan cubalh buat.bahan bahan pun senang jerrr..cuma akak tukarkan pati ayam tu kepada ayam yang akak cincang halus.Terima kasih laa kat Jeni atas resipi ni

Cream of Mushroom Soup
http://allrecipes.com/Recipe/Cream-of-Mushroom-Soup-I/Detail.aspx

5 cawan cendawan butang segar
1 1/2 cawan stok ayam (Saya gunakan 1 kiub ayam + air)
1/2 cawan bawang cincang
1/8 sdt thyme kering (Saya tak letak)
3 sdb mentega
3 sdb tepung gandum (kalau tak cukup pekat boleh tambah lagi)
1/4 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada hitam
1 cawan half-and-half (saya gunakan 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan whip cream)

Cara

  1. Masukkan cendawan, stok ayam, bawang dan thyme dan periuk dan rebus selama hingga cendawan empuk.
  2. Setelah empuk masukkan dalam food processor atau blender, kisar tapi jangan sampai hancur cendawan tu. Biar nampak chunky2 sikit.
  3. Dalam periuk lain, cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau campuran tersebut sehingga sebati. Masukkan campuran susu segar dan whip cream, garam, lada hitam dan campuran cendawan yang dikisar tadi. Boleh masukkan leek dan extra slice mushroom jika suka.
  4. Kacau selalu sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
  5. Siap untuk dimakan.

Maaf laa gambar kurang cantik.akak ni tak pro pasal ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails