Assalamualaikum dan salam pagi Khamis yang cerah,
Mee kari yang ini akak buat langsung tak bubuh bahan lain kecuali hanya kerang sahaja.Hb akak teramat laa suka mee kari.tapi selalu akak bubuh laa udang,sotong dan kekkdg isi ayam..atau pun daging.Mee yang ini dia request akak supaya jangan letak apa apa kecuali kerang.Dia kata mee kari yang banyak kerang laa baru mee kari yang ori..
Sebagai memenuhi permintaan dia akak buatkan mee kari kerang sahaja..tapi dalam lada kering yang akak kisar akak bubuh sedikit udang kering sebagai penambah rasa..tapi not bad laa kan...
Bahan bahan hiasan sama saja macam selalu...
Mee Kari Kerang
Bahan2nya:
sekilo kerang,bersihkan dan direbus hingga masak
3 sudu besar cili giling*
sepeket rempah kari daging Babas*
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih *
Sebiji bawang besar*
sedikit halia*
sebatang serai*
Segenggam udang kering(goreng sebentar)*
sedikit belacan(dibakar dahulu)*
5 cawan santan
garam,gula dan perasa
Caranya:
Kerang setelah direbus ambil isinya ,ketepikan.Bahan bahn yang bertanda dikisar hingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk ,tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan kerang,santan,garam,gula dan perasa.Biarkan kuah mendidih.perasakan.Akhir sekali kalau suka boleh masukkan tahu pok..
Mee kuning>>>>celurkan sebentar
Daun salad
Telur Rebus
Daun Sop/bawang>>>hiris halus
Lada Hijau>>>>hiris bulat
Bawang goreng
Limau kasturi
Selamat menjamu selera













