Tuesday, February 19, 2013

MEE TOMATO yang sangat sedap

Alhamdulilah dah petang baru dapat nak hidangkan sajian yang menjadi kegilaan dirumah akak. sekurang kurang nya pasti kena buat paling tidak pun sekali dalam sebulan..Pada yang tak pernah membuat dan merasakan betapa lazatnya Mee ini cubalah..
Bagi yang ingin memcuba nya akak sertakan resipi turun temurun keluarga akak..Sewaktu kawan blogger dari seberang iaitu DeetHa Melbu Plewon( pasti ramai yang mengenali beliau) datang berkunjung ke Malaysia hujung tahun lepas dan singgah kerumah akak,akak hidangkan Mee ini sebagai sajian.Wah Deetha bagitau Mee nie menjadi kesukaan dia.Banyak kali masak dan makan tak jemu2 dia kata.Buat Deetha terimakasih sudi datang dan cuba resipi ini..

Bahan2nye:
  • spaghetti(rebus bubuh garam n sedikit minyak)
  • 1/2 kilo daging(bersihkan potong kecil2 kemudian rebus)
  • 20 biji cili kering*
  • 2 labu bawang besar*
  • 7 biji bawang kecil*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji tomato(potong dadu kecil2)
  • kobis (agak2 akak suka letak banyak.hiris halus)
  • 1 tin sedang tomato pure
  • garam dan secukup rasa
  • minyak untuk menumis
bahan untuk hiasan;
  • timun dipotong bulat hiris nipis
  • daun sop hiris halus
  • bawang goreng
cara membuatnye;
  • kisar bahan bertanda * hingga halus.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak.masukan daging yang telah direbus bersama air rebusannye sekali.masukan kobis yang dihiris,tomato dadu dan tomato puree.
  • tambahkan air anggaran 2 mangkuk.perasakan dengan garam,gula dan aji.biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit.matikan api dan bolehlah dihidang. 
Selamat Menjamu Selera

11 comments:

  1. assalam asma..bila akak nak merasa mee sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh laa kak datang bertandang rumah kita,
      InsyaALLAH kita masak nanti..tapi bgtau awal tau...

      Delete
  2. aslmkum kakasma..tgok kuah mee yg mengancam ni terus rasa lapo jer.. bila la nk smpi rumah akk agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzana,

      akak nak sampai kampung pun tunggu cuti lama sikit,
      kalau Zana ada gi keKl meh laa datang,pintu umah sentiasa
      terbuka..
      nanti akak buatkan kek suji yang zana nak rasa tu sanma mee nie..

      Delete
  3. memang akak nampak pun sedap snagat tu mesti makan bertambah2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak,

      akak kena cuba buat,
      sangat sedap..try laa kak

      Delete
  4. assalam kak asma,tgk pon mmg dah nmpk sdp mee akk tuh,owh gna spahetti ya,pastu da kelainan juga letak timun,salu timun mkn ngan laksa jerk..mee2 n spaghetti bgai nih sy pntng lgi,pasnih leh ler try,nk rsa airtgn akk pkai xdpt ler,wat sendri jerk,feling cam akk yg mskkan,hihi..tq kak share rcp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Zalieda,

      waa memang kena cub Zalieda,
      nanti jadi cam Deetha,
      makan selalu tak jemu..

      Delete
  5. whaaaaa......
    mee ni lah buat aku tergilagila... hahahahahha
    jadi kangen, ingat makan mee tu 2 piring :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails