Monday, May 11, 2009

Masalodeh II

masalodeh ni akak buat lg petang semalam.bukan ape hari tu masalodeh yg akak buat kureng cantik dan berderai sebenarnyer.yg akak post tuh sib baik nak menjadi.jadi selepas mendapat sokongan moral dari Noorma supaya cuba lagi hingga berjaya jadi inilah hasilnye...alhamdulilah.

bahan bahan untuk masalodeh nih:
  • 1 mangkuk kacang dhal(rendam semalam)
  • 1 labu bawang merah (hiris halus)
  • sedikit jintan manis(tumbuk kasar)
  • sedikit daun kari (hiris halus)
  • lada kering(gunting halus)
  • sedikit pati ikan bilis
  • garam dan sedikit perasa(jika suka)
cara cara:
  1. kisar kacang dhal guna pengisar kering
  2. separuh kisar halus sedikit,separuh lagi agak kasar
  3. semasa mengisar masukkan sekali jintan manis
  4. masukkan kacang yg telah dikisar kedalam mangkuk
  5. masukkan bawang hiris,daun kari,lada,garam ,pati ikan bilis dan perasa
  6. gaul sebati..bila telah sebati ambil sedikit dan dikepal bulat dan dileperkan.
  7. panaskan minyak dalam kuali..masukan kacang dhal td.goreng hingga kekuningan.
  8. pastikan telah benar2 masak..boleh lah diangkat...siap untuk dimakan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails