Wednesday, March 28, 2012

BISKUT COKLAT CHIPS FAMOUS AMOS

 Salam sejahtera semua...bersua kembali dipagi yang indah penuh kedamaian..hihihihi tetiba ajer nak mengarang macam menulis di majalah.pagi ini akak benar benar rehat.kain baju akak dah basuh dan sidai malam tadi..sarapan hari ini akak buatkan sandwich sadin,sambil tunggu anak anak bersiap untuk kesekolah akak buka lappy dan blogwalking mana blog yang dah awal awal  ada N3 resipi..bila anak anak dah gerak kesekolah lagi lah akak tenang..tak ada gangguan nak mengadap lappy.Umar pulak masih tidur..dapat lah nak posting biskut yang sangat sedap nih.dua hari berturut turut akak mengadun biskut ini.
 Apa ke idak nya,buat yang pertama siap ajer kena ngap....tak dan tunggu hingga sudah..bila tengok dah tinggal ciput,dan kebetulan Hb akak belum merasa akak buat lagi esok hari nya..nasib baik ada buttercup yang memang kalau keluar berbelanja akak beli..
Biskut ini sangat sedap,rangup dan tak banyak bahan yang digunakan..terimakasih pada Nazrah bakery diatas resipi nya ini..akak copy paste dari rumah Ika sebab dia yang mencetuskan keinginan akak untuk mengkukis nih!!!



BISKUT COKLAT CHIPS FAMOS AMOS HOMEMADE
Sumber Asal :KAK NADZ
Copy n paste : KAK Q n KAK DIANA Bahan di ayak:
  • 280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
  • 10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate>> kita kurangkan sikit(sama juga)
  • 2 tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan2 lain
  • 250 gm mentega(guna buttercup aje)
  • 150 gm gula kastor>>yg ni kita kurangkan ke 110g
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa>>yg ni mmg kena kurangkan sbb manis klu letak byk2
  • 100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang >>yg ni cuma letak bdm, nxt time buat letak kekacang kurangkan coklat cips.
  •  Kismis _ Optional ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa )

Cara2
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  6. Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
  7. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  9. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

11 comments:

  1. Salam kakasma!! kita chupppppp! nak stgh balang pun jadiklahhh hihihi... dah macam raya dah ni kak, kita dgn satenyer, akak dgn beskutnyer hihihi..

    ReplyDelete
  2. kite pnah buat sekut ni dulu...boleh pulak lupa nak snap gambar. pastu dah ngap sampai habis baru teringat. hahah...bleh cenggitu pulak kan? ehheh

    ReplyDelete
  3. Assalam asma..sedap nya..nanti nak cuba buat la..bila ada masa..

    ReplyDelete
  4. salam kenal2an juga kak asma.....wah bestnyer sekuk nih..dah trasa cam nk raye bile makan kan...hihiihih

    ReplyDelete
  5. Kak asma,
    Buat lebih tak? Nanti pos kat sini sebalang ye....

    ReplyDelete
  6. wahhh...saya pun suka biskut ni..memang sedap..nasib baik baru2 ni ada buat jugak..kalau dak memang teringin...biskut ni kalau sentiasa ada stok kat dlm rumah pun tak pe...msti licin nya..hehhehe

    ReplyDelete
  7. kak nak tanya tsp tue maksud dia ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tanpa Nama,
      tsp tu sama juga dengan sudu teh.untuk sukatan biskut begini dan lain2 jenis kuih atau kek ada dijual sudu yang mmg digunakan sebagai sukatan..harap dapat membantu..terimakasih

      Delete
  8. betul ke rasa macam cookie Famos Amos ni kak asma? cemane plak bleh sama rasa dia? tapi takpe, saya cuba gak laa resepi yg akak post tu.. terima kasih akak asma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak pernah makan yang famous amos tu,
      tapi kalau Am buat pasti teruja akan kerangupan dan rasa nya..
      nak sedap bubuh laa kekacang banyak2 sikit...
      dah buat bgtau yer

      Delete
  9. Tbsp tu,sudu besar ke,kak asma?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails