Thursday, March 29, 2012

PAU 3S (MAZ ILHAM DAPUR)

 Bila petang mesti nak ada kudapan untuk makan petangkan.tak kira kuih yang mudah ataupun perlukan kesabaran untuk membuatnya...selalu pening kepala apa nak buat.nak nak bila bahan nak buat ada.petang semalam teragak nak buat pau.tapi tepung pau lak tak ada.

Baru teringat resipi Pau 3S dari Maz ILHAM DAPUR,sebab boleh guna tepung gandum saja.tengok ramai dah mencuba dan hasilnya ramai yang kata ok.jadi akak menguli laa..memang betul.kejap ajer licin kebetulan buat tak banyak...makan tengah panas panas ..wallaaa..

jadi kalau tak de tepung pau jangan risau kita masih boleh membuatnya..akak buat dua inti..kelapa dan kacang merah...Terimakasih yer Maz atas resipi main main Maz nie..hasilnya sangat tak mengecewakan..
akak copy dari rumah Dzana resipi nih..mana tau ada nak cubakan


PAU 3S(Sumber : ILHAM DAPUR )
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 120ml air sedikit suam (anggaran sahaja) saya letak sikit2 sehingga doh bgumpal shj)
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau

Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.





13 comments:

  1. salam asma..akak memang tak pernah guna tepung pau kalau nak buat pau..guna tepung gandum je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik,

      owh ye ke kak,
      dulu kalau nak buat mesti cari tepung pau,
      kalau tak tak buat takut tak gebu..
      terukkan..hehehehe

      Delete
  2. as-salam kak asma
    beru blh comment.. selalunye tak blh...wahhh!! gebu npk pau tu..suka dgn inti kacang merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ady,

      laa iye ke...terimakasih yer dtg..
      kena cuba lak ady resipi nih..mmg gebu
      akak prefer inti kelapa,tapi inti kacang merah tak tolak gak

      Delete
  3. lama dah mas tak buat pau..
    cantikk gebu jerk pau akak tu..

    ReplyDelete
  4. Salam kakasma!! nak pauuu inti kelapa :D kita skrg ni tak berapa sgt dgn inti kacang, kalau masa sekolah2 dulu asyik inti kacang merahhhhhh ajerrr hihihi kelapa kita tak suke tp terbalik pulak sejak2 dah nak tua ni kan hihihi... pakwe mana? tgh nyapu rumah ke kak? ehehehe... auntie bwk jus :D

    ReplyDelete
  5. assalam mbak yu,waras??
    aloooaallo bestnya pau lama tak ngukus best ni kak

    ReplyDelete
  6. salam kak.. ita pun guna resepi ni sedapkan kak.. lembut je paunya

    ReplyDelete
  7. salam kak asma
    gebu pau tu.:)sy nie peminat tegar pau kelapa..klu kcg merah tu mcm kurg ckit..tp klu dh x der mkan jew la..x kesah mana2 pun..

    ReplyDelete
  8. boleh buat frozen ni...kot2 nanti bermalas-malasan, leh kukus bebile pulak...heheh... nani suke pau...tapi dah lama tak buat... nak beli inti kacang dulu ni...

    ReplyDelete
  9. Salam kak Asma, anak2 saya suka betul pau inti kacang ni (anpan). boleh kata sebulan tu berapa kali la buat. nmpk cantik dan gebu pau akak tu. :)
    *btw saya duduk yamagata ken. akk dulu kat mana?

    ReplyDelete
  10. sedapny akak pau..saya pun suka resepi pau 3s ni..lembut je...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails