Tuesday, March 27, 2012

Murtabak Daging Segera

 Anak anak suka betul makan murtabak.kalau pergi pasar tani mesti pesan belikan murtabak.kalau beli sampai 4 keping tu pun tak cukup lagi.jadi bila masak kari cuti semalam akak buat laa murtabak segera resipi minami133@myresipi.tengok ramai yang buat.lagipun guna kulit popia senang sikit.tak payanh nak menebar nebar tepungkan.

 

Tak rugi buat,sambil digoreng sambil makan..lepas nie akak nak buat bingka yang bakal hot dipasaran..hehehehe bingka sekut..tengok Mas pun dah tayang tadi..sama kita Mas suka bingka..

 

Resipi:Minami133@myresipi

 

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


17 comments:

  1. tima kasih sudi jenguk dapur ucu yg bersepah ni..
    jap lagi nk pg tesco cari daging cincang n kulit popia..nk jugak buat mcm asmah punya..

    ReplyDelete
  2. si teruna berlesung pipit tu suk makan murtabak jugak tak kakasma. hehehe... bak nak satu slice. nak waseee.. cantik la gambo kat wall blog akak ni. suke tengok!

    ReplyDelete
  3. salam kakasma! kita dtg bawak roti mini sosej nak bg pakwe 2 org tu yaaa :D baru kuar oven niiii hihihi... murtabak bungkuskan sekeping ya kak :D

    ReplyDelete
  4. sedapnyer tgk pic...minta share resepi yer nak try juga..

    ReplyDelete
  5. Salam Asmah..
    Hawa pernah jgk buat ikut resipi nie.. tapi bdk x suka lah
    dieorg lbh suka gunakan kulit roti canai utk dibuat murtabak... haishh!!

    ReplyDelete
  6. salam akak...uish...saya ingatkan akak dah buat frozen murtabak, tingin gak nk beli...hehehe

    ReplyDelete
  7. assalam K.Asma
    memang anak2 sy pun tiapkali g pasar tani mesti beli 2 keping w/pun tiap2 minggu tak jemu2 budak2 ni kan he he

    ReplyDelete
  8. ASSLAAM ASMAH..AKAK KALAU PI PASAR TANI REMBAU PUN SUKA BELI MURTABAK..DAH 4 RINGGIT SEKEPING

    ReplyDelete
  9. Good idea ni Kak Asma... Selalu ada org guna biskut, MM tak pernah cuba plak. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  10. Ucu,
    kita pun ucap terimakasih sudi dtg jenguk..
    kena cuba juga..sedap sangat...tak yah menebar2..tapi kalau nak menebar pe salah kan..kan...



    Izah,
    cantik yoo..terimakasih..penat gak cari pic tu..hihihi
    eee jangan kata umar dulu yang cuit 2 murtabak tu kalau nak tau..

    ReplyDelete
  11. JAH,
    baru tengok kat wall pesbuk pg tadi ...suka tul dapat rasa sosj montel dan cumel2 ...cukup yer satu :)

    eLL,
    cuba laa mmg menepati citarasa sefamily..senang dan sedap!!!

    ReplyDelete
  12. Hawa,
    iye ke..tu laa anak2 nie kekdg payah nak pk suka dirangkan..tapi mmg senang guna kulit popia kan..nak tebar tepung tu yang kena tunggu lama tu yang bercinta sket kan...

    CK,
    ahaaa laa gud idea gak ni..boleh gak cuba kan..hehehe

    ReplyDelete
  13. Mama Sara Nur,
    owh sama kite yer..yg kat pasar tu mmg sedap diarang guna tepung..tapi mak bdk2 nikan malas senang keje cari resipi yang mudah2..tu yang buat nie...

    Acik Erna,
    Tu laa kan masa beli ritu 4 hinggit terkejut,selalu 3.50 aje..tu yang bile beli kurang kan keping..hihihi bangkrap lak kan...

    ReplyDelete
  14. MM,
    mmg gud idea..hahaha..cuba cuba MM..rugi tak cuba sedap!!!

    ReplyDelete
  15. cantik jer rupa mertabak ni..hai...teringin ler pulak..

    ReplyDelete
  16. salam kenal kak asma.berziaarah disini..rupanya byk resepi best2 disini..sy follow akk yer.:)

    ReplyDelete
  17. As'salam Kak Asma

    ada sekali mencuba buat murtabak inti daging, tapi tak sempat nak amik gambo sebab makan panas dengan kopiO memang laju aje masuk mulut. Tambah malas nak klik2 ni sebab dah petang cahaya pun dah kurang cantiknya. Nak cepat habis lepas goreng terus aje ngap masuk mulut...hehehe

    kat rumah pun suka murtabak macam ni Kak Asma, memang laku aje :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails