Wednesday, April 15, 2009

Kek dan puding Laici


Hari ni anak keempat akak genap 10 tahun.bila jenguk blog ghupernye sama tarikh ngan dak Amy German.kalau dekat pasti dapat hadiah tuhkan amy..huhuhu..sowei amy gurau yea.
Jadi pagi tadi akak buatlah kek nih.pastu buat ganache sekali siram jer atas kek tuh.hihihi..tu aje yang pandai.jadilah dari beli kat kedaikan.
selain tu akak buat lah sikit puding laici amek resipi dari kak hanilieza.yang pasti laici tu abih dulu dari pudingnya....ginilah kalau bukan pro yang buat.yang sedang sedang aje jadinya....

Tuesday, April 14, 2009

Novel dari Fiza Nordin


Dapat novel kiriman dari FIZA NORDIN petang ni tadi.lama juga menunggu.yelah dari hari khamis dia poskan hari nih baru dapat.bukan nya jauh PJ ke Rembau nih tapi tulah kan.nak komplain pun tak elok.yang penting dapat.anak anak gadis akak suka tul.dua orang nih ape novel pun jadi..pada Fiza terimakasih yea.len kali akak oder lagi yang lain pulak.tunggu fulus banyak sikit.hihihi.....

Monday, April 13, 2009

Sambal Tumis ikan bilis dan petai

Malam tadi adik ipar datang.dia bagi petai.jadi kena lah buat sambal petai nih.baru dimakan.kalau makan gitu aje alamat keringlah petai tuh.sambal ni semua tahu buat jadi tak payah lah akak letak resipinye yea...

Ungkep Ayam

Nih lauk orang malas.bukan ape tak dea idea lagi nak dibuat ape ngan ayam.ungkep ni lauk paling mudah.untuk masak ungkep ayam nih,ikut pepandai akak yea.kalau nak buat adjust mane yang patut yea..
Bahan2:
  • 1/2 ekor ayam potong kecil bersihkan
  • 1/2 inci halia*
  • 2 batang serai (diketuk)
  • lada merah 10 btg*(kalau tak suka lada hidup boleh guna lada kering)
  • 2 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • serbuk kunyit sedikit
  • garam dan perisa
  • jus asam jawa
  • air secukupnya
  • minyak
caranya:
Kisar halus bahan *.panaskan minyak dalam kuali.masukkan bahan kisar dan serai.tumis hingga naik minyak.bila telah pecah minyak masukkan ayam dan serbuk kunyit.kacau rata.masukkan garam,perisa,jus asam jawa dan air.masak hingga kuah agak pekat.kalau ayam belum begitu masak tambahkan air.masak hingga kuah pekat dan agak kering.siap.
Nota: akak suka letak hirisan daun sop untuk menaikkan bau dan rasa kuah ungkep ni..

Sunday, April 12, 2009

Nasi tomato Vs Ayam masak merah dgn Kuah Dalca

Hari coti coti gini kena masak len sikit.anak anak kata mak ape kata mak masak nasi tomato.lama dah mak tak masak.jadi sebagai memenuhi permintaan inilah hidangan tengahari kami.....Untuk nasi tomato nih akak bagi resipi ikut yang akak masak ni yea.bagi nak buat lebih tambahkan bahan ikut banyaknya beras.nasi ni akak guna beras biasa jer.tak guna pun beras basmati.

bahan nasi tomato:
  1. 4 pot beras (akak guna beras biasa)
  2. 1 labu bawang besar*
  3. 3 ulas bawang putih*
  4. 1 inci halia*
  5. 1tin kecil tomato puri
  6. 1 biji tomato biji (potong dadu kecil)
  7. 2 sudu buter
  8. bahan penumis 3 beradik
  9. 3/4 tin susu cair atau ikut suka banyak mana
  10. daun pandan disimpul
  11. garam
  12. bawang goreng dan daun sop hiris halus(untuk tabur keatas nasi bila nak dihidang)
cara membuatnya:
cuci bersih beras,toskan.tumbuk halus bahan *.panaskan buter dalam periuk tumis kan bahan penumis dan bahan bertanda*.tumis hingga naik bau.tambahkan sedikit air dan masukkan susu cair,tomato puri,tomato dadu,garam dan daun pandan.kacau rata.tambahkan air.akhir sekali masukkan beras.kacau rata.biar sebentar.bila dah sebati matikan api.alehkan nasi ni kedalam periuk letrik.kacau bagi sebati dan rata.(air tuk nasi ni agak agak yea)
biar nasi tanak betul.semasa hendak dihidang taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang


ni resipi kuah dalca.akak c/p dari noreen Uk.terimakasih kat noreen atas resipimu ini...

Bahan-bahan:
1/2 kg tetelan/daging/lamb - potong ikut suka
1 cawan kacang dhal - dicuci & toskan
2 biji karot - dipotong bulat atau ikut suka
5 tangkai kacang panjang - dipotong ikut suka
1 biji terung - dipotong bulat atau ikut suka
2 biji ubi kentang - dibelah 4 atau 8
1 cawan santan pekat
2 keping asam keping
garam secukupnya
air secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
9 biji bawang merah
1 inci halia
3 sudu makan serbuk kari daging

Bahan2 rempah tumis:
1inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan2 tumis:
2 camb minyak sapi
3 tangkai daun kari
3 biji bawang kecil - dihiris
3 batang cili kering - dipotong ikut suka


cara:

  • rebuskan tetelan/daging/lamb dan kacang dhal sehingga separuh empuk
  • masukkan ubi kentang dan karot dan biarkan sehingga empuk
  • setelah itu masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar
  • gaulkan rata dan renihkan seketika
  • masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga sebati
  • apabila mendidih sedikit, masukkan kacang panjang dan terung
  • tunggu hingga mendidih sambil dikacau supaya santan tidak pecah
  • apabila semua bahan2 sudah empuk tutupkan api
  • panaskan kuali lain dengan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 tumis: daun kari, bawang kecil dan lada kering sehingga wangi
  • tuangkan ke dalam lauk dalca tadi sambil digauk perlahan2 sehingga sebati
  • bolehlah dihidangkan dengan nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani, roti atau roti paratha

Saturday, April 11, 2009

Lemak Pucuk paku

saje nak tayang kat sini.mane tau ade yang dah lama tak makan lauk nih.sedap kan..jemput yea

Ayam Goreng sambal

semalam masak ayam nih.dah tak de idea lagi.ayam ayam... lama lama dah macam ayam.bila dah goreng gitu jer sekejap dah habis.pantang angkat dari kuali pasti ade yang tunggu.jadi nak elak dari kena ngap gitu aje akak masak kan sambal siram jer atas ayam goreng tuh.tak de sape boleh mengerjakan.hehehe jahat tul mak budak nih....

karipap pusing

jangan caya kat tajuk yea.nilah kalau pepandai sendiri.salin resipi tapi tak salin cara cara.ambik ko.karipap akak tak berpusing.membuncit ade la lagi.aduh....padan muka.anak akak yang bongsu beria ia menulung.yelah dah mak dia kata karipap ni nanti kalau jadi cantik.akak ikut resipi CMG.tapi tak menjadi.resipi CMG tu betul.akak je buat jadi tak betul.tapi at least akak tau la camne nak buat dah.pas ni nak menguli lah semula.buat betul betul ikut cara CMG.

Friday, April 10, 2009

vadai

vadai ni memang salah satu favourite kudapan.dari kecil akak dah diperkenalkan dengan vadai nih.pantang nampak mesti nak.ingat lagi masa kecil tuh akak stay kat spore,abah akak selalu belikan sebab dia tau anak dia suka sangat makan.tapi yang akak ingat masa tuh kalau makan vadai nih mesti ade lada hijau.krap krup makan tapi pedas nye jangan cakap.meleleh air mata.hari tuh nampak kat dapur noorma pastu merayau rayau nampak kat dapur yatt pulak.hish tak boleh jadi neh!kena buat.tarrrraaa...akhirnye.

Thursday, April 9, 2009

Mee hoon goreng


pagi ni tadi kawan akak datang umah nak tempah langsir.ewah rezeki nih....borak borak sambil mengambil ukuran dan bentuk mana nak dibuat,sampai tak sedar jam dah pukul 11.30.kalau masak nasi dan lauk pauk mesti tak sempat.seorang anak akak bersekolah sesi petang.kul 12.30 kena beredar dari rumah.laa akak pun tak de lah berhajat nak masak yang susah susah.ape lagi akak rendam mee hoon ni.dan siap kan bahan bahan.buat mee nih kan senang jer.sib baik sempat gak dihidangkan untuk makan tengahari ni sebagai alas perut.makan malam nnti kena pikir ape pulak nak dimasak.
akak rasa buat mee hoon goreng nih semua orang mesti tau kan..layan lagi ler menu akak nih..

kek warna warni

buat kek ni petang semalam.ape nak bg nama ek!..bab akak tambah tepung aiskrim 30 gm kedalam adunan kek ni.wallah bau nye mmg wangi,nak buat kek lapis malas nak melapis.tu yang jadi kek ni.yang penting ada kudapan petang semalam...biasalah tak pro kan..jemput yea..

Wednesday, April 8, 2009

Acar ikan masin


Alahai camne nak masak kalau dalam esbox dah takde bende nak dimasak.selak selak ade lak ikan masin gelama,1/2 potong timun,karot sebatang yang dah nak hampir tamat tempoh.apelah menu nak dibuat eh...fening fening...eh tingat lak kat acar.dulu akak selalu buat acar ikan.jadi akak terai ler buat ikan masin pulak.oklah sebagai pelengkap juadah.akak masak lemak kobis dan goreng telur dadar.okaylah kan dari atas meja kosong..hehehe....
untuk acar ni akak....
goreng ikan kering ni dulu.panaskan minyak dalam kuali masukkan hirisan halia goreng sebentar kemudian masukkan pes lada(cili kering+bawang merah+bawang putih).tumis hingga naik minyak,masukkan sedikit sos tomato dan sedikit je serbuk kari,garam( buh sikit je bab ikan dah masin)gula,biji sawi bawang kecil 3-4 biji,bawang putih 2-3 biji dan 2 sudu cuka.masukkan karot dan timun yang telah dihiris dan direndam dalam air kapur.perasakan dan akhir sekali masukkan ikan kering.gaul rata.

Tuesday, April 7, 2009

pau

Hehehe jangan ketawa kan ler kuih pau yang akak dah buat ni yea.bukan ape nilah first time buat.alahai memang buruk rupernye tapi jadi lah.keluarkan dari kukusan jea dah ade yang menunggu.anak anak excited sbb nilah kuih pau buatan mak diarang.kalau ikutkan mmg merbeles tau,tapi silalah abaikan rupa bentuk pau akak ni,,lupa nak tutup penutup kukus dgn kain,jadi inilah hasilnye.yang penting akak kena buat lagi petang ni as a request dari anak anak.lagipun inti ade lagi.resipi akak amek dari umah jasmeen fotopages.buat meen terimakasih yea atas resipinye.minta halal lah yer.akak cp jer resipi tu yea...
Pau Daging Gebu
(Versi x yah guna penimbang)

Bahan pau :-
*500gm tepung pau (tepung gandum pun boleh)
*1 sdt Double action baking powder
*6 sdb gula kastor
*1 sdt garam

1 peket yis segera
1/2 cwn air suam

1 1/2 cwn air suam
2sdb shortening.

>>Gaulkan semua bahan bertanda **
>>Dlm bekas besar yg lain, bancuh yis dgn 1/2 cwn air suam...tggu sehingga berbuih.
>>Masukkan Bahan * ke dlm bancuha yis...
>>Dgn hujung jari, putar tepung...& masukkan air...uli sehingga sebati..
>>Masukkan shortening & uli sehingga adunan licin & tidak melekat pada bekas. (anda akan dpt doh yg lembut spt doh roti canai)
>>Tutup doh dgn plastic sling & tggu sehingga naik dua kali ganda..
>>Tumbuk2 adunan & bulatkan kecil2...masukkan inti
>>Panaskan kukusan terlebih dahulu.
>>Kukus selama 10min menggunakan api yg kuat

Sunday, April 5, 2009

Kek Gula Hangus

Kek ni akak buat untuk makan makan.anak anak kata buat lah kek yang lain pulak.mak oii anak anak pepandai jer mengoder.akak selak ler buku resipi.nampak lak resipi ni.terai buat ok lah.tapi kalau ikutkan kek ni mesti bersarang sarang.hish kenape eh!!!...tak pelah yang penting kek ni lembut gitu..Entah sape lah empunya resipi akak tak tahu.ni kes main salin jer bila nampak resipi.jadinya kot empunya resipi ni terlihat mintak le halalkan yea....pepun mmg sedap kek ni..

Bahan bahan
  • 1 cawan gula hangus
  • 1 caawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 ccamt.soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega
Cara cara
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair
  3. masukkan mentega.sejukkan
  4. .telur dipukul hingga kembang dan pekat
  5. masukkan susu pekat kedlm telur,kacau sebati
  6. masukkan tepung dan soda.sebatikan
  7. last masukkan air gula.
  8. perap sebentar adunan.bakar dlam oven 180 selam 1 jam

kangkung goreng

ni pulak hidangan sampingan.lada merah,udang kering,bawang merah dan bawang putih tumbuk.panaskan minyak tumis bahan tumbuk,bila dah naik minyak masukkan kangkung sedikit air,garam dan serbuk pati ayam.kacau dan matikan api bila kangkung telah masak.

Gulai ikan parang

Salam petang ahad.hari ni masak gulai ikan parang.tapi masak style family akak.nak masak gulai style owang nogori ni alahai mesti tak jadi.untuk masak gulai ni akak blend halus cili api 8 biji,lada merah sebatang,kunyit hidup,bawang merah dan bawang putih.pijarkan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak.masukkan santan cair dan serai sebtg yang diketuk.bila dah mesra masukkan santan pekat,ikan parang,garam dan asam keping.kacau perlahan.boleh lah masukkan tomato dan hirisan nenas.biar mendidih sebentar...

Hadiah dari CikMin

Pink roses and pink ribbon ni hadiah dari CikMin.cantik tul!!!kalaulah dapat bunge yang betul betul alangkah bertuahnya badan.Tapi tak pe dapat hadiah ni pun dah kira ok.thanks 2 CikMin.sayangggg .....kat CikMin...

Saturday, April 4, 2009

Kerabu tauge dan kerang

makan kerabu ni krap krup.tak yah makan lain.ratah gitu jer pun sodapkan.kerabu nih akak buat dengan;

1/2 kilo kerang,bersihkan rebus sebentar
3-4 batang kacang panjang hiris halus (celur sekejap)
50 sen tauge (celur)
2-3 sudu kerisek
2 btg serai hiris halus
2 kuntum bunga kantan hiris halus
1 labu bawang besar dimayang
sedikit daun kesom juga dimayamg halus
garam dan sedikit gula
jus limau kasturi

cara buatnya:
masukkan kesemua bahan bahan kedalam mangkuk.gaul rata.perasakan dengan garam dan gula dan jus limau.siap untuk dihidang..selamat mencuba

Asam Rebus ikan dan nenas

Ni kes nak cepat.masak asam rebus ni lagi ringkas.pagi tadi kena pergi sekolah anak sulong akak.ada hari anugerah kecemerlangan dan mesyuarat PIBG.kalau tak g nanti tak tau perkembangan anak anak.alhamdulilah anak akak tu ade lah gak dapat hadiah.tak lah rugi pergi.balik je alamak ape nak masak.ingat nak buat mee bandung.tapi tak sempat nak g pasar tani.jadinya kansel.esok lah kot buat.insyaAllah.jadi layan mata dulu...

makan makan

acid minum air laici ikut abang abang nya.
gambar kurang clear maklumlah malam.
Petang semalam hb kata lama tak makan kat luar.sesekali makan kat luar memang syok juga.yelah dapat lah merasa menu yang lain pulak.kebetulan tomyam yang akak masak siangnya dah habis.asyik kena ratah.elok juga cadangan hb tu.jadinya selepas maghrib kami pun bertolak keTampin.kami ke Stesyen Keretapi Tampin untuk makan makan.kalau ssesiapa yang ada melihat rancangan singgah sahur terbitan TV3 pasti tau tempat ni kerana mereka ada menjamu selera disini.
Akak makan chicken chop bersama dua lagi anak,hb makan nasi goreng ikan masin,yang sulong makan mee goreng dan acid anak akak yang bongsu makan mee sop.ade gak oder otak otak tapi sayang nya dah habis.anak anak akak kata lagi sedap mee mak goreng,chicken chopnya ok lah.mee sop tu tak habis acid makan.biasalah dia hanya hirup kuah dan makan ayam aje.
mee sop yang acid makan.gambar lain tak sempat nak snap.dah kena belasah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails