Monday, May 18, 2009
Roti
Mee Goreng Basah n Tahu Sumbat
Saturday, May 16, 2009
Gulai siput sedut
Salam malam sabtu...hari ni lewat hantar resipi akak masak untuk tengahari ni..pagi sebelum g pasar tani,kawan akak telefon ajak akak g Kajang..nak tau ape akak buat kat kajang tuh...Hehehe projek baik punye..akak g kedai BAGUS..memborong barang bakery...habis satu kedai akak jelajah..penuh bakul...semua barang rasa nak dibeli..tapi hb bagi akak duit tak banyak jadi akak beli ikut bajet ler..kira kira ade ler barang yang kena kuarkan balik dari bakul..huhuhu..cedih tapi tak per len kali akak nak g lagi....nak borong barang yang akak dah tagg...eh banyak lak bebel..
okay lah hari ni akak masak gulai siput sedut nih.akak ngan hb jer yang suka makan.anak anak bab menyedut nyedut ni tak pandai..puas laa nak kena sedutkan..alah susah susah akak masak kan anak anak akak ikan goreng sambal ajer...
Bahan bahan:
- 1 kilo siput sedut(akak bersihkan dengan hampas kelapa,perahkan asam limau)
- 10 batang cili padi
- 2 inci kunyit
- 3 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 3kpg asam keping
- santan dari sebiji kelapa(ambil pekat sahaja)
- daun kencur(ni akak tambah sendiri -tngok hana msk lemak letak ni)
- garam dan sedikit perasa
- blend atau tumbuk halus cili api,bawang merah,bawang pituh dan kunyit.(kalau blend guna sedikit santan untuk mengisar bahan2 ini)
- masukkan kedalam periuk bahan blend tadi.masukkan sekali asam keping.
- diikuti dengan siput yg telah dibersihkan.
- masukkan santan.kacau selalu untuk mengelakkan santan menjadi pecah.
- tambahkan garam dan perasa.bile telah mendidih masukkan daun kencur.padamkan api...
Friday, May 15, 2009
Birthday Boy
Puding Roti
Akak buat puding roti ni pagi tadi.nak buat penambahan untuk makan makan sefamily akak petang nnti..saje nak celebrate birthday anak akak.amek resipi kat umah Hana lagi.duh Hana ko nih mmg tempat refer ler nak masak masak.ghajin tul le mak yung adek ku sorang nih..pepun tocie ye..resipi nnti akak n3 kan yer...layan dulu pic ni.hehehe..tapi derhaka sikit kat resipi nih.akak tambah perisa stoberi..bab akak suker sgt ngan stoberi nih
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 8gram serbuk agar2
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk
Biskut Dwi Chocolate&White chips
Lepas maghrib malam tadi,akak tingat yang pagi tadi ade jengah dapur Diana.dah lama tak menjengah.nampak resipi biskut nih.tengok bahan semua ade.apelagi akak pun buat ler adunan biskut nih.memang merbeles biskut nih.lembut dan rangup.anak anak akak menunggu jer bile lah nak masak biskut nih.akak buat dua adunan.dapat banyak...tapi tak tau berapa bab dah kena ngap dulu...dan hari nih anak akak yang bongsu genap empat tahun..tengah terpikir kek ape nak dibuat jap lagi.ingat nak buat makan makan tapi tak tau lagi ape nak dimasak..

BISKUT DWI CHOCOLATE & WHITE CHIPS
Sumber: Fizan (FRD)
Bahan-bahannya
100 g majerin ~ saya guna butter, lebih sedap..
25 g gula perang
120g tepung gandum
60g coklat chips atau coklat dwi choc + white chips
30g serbuk badam
1/4 esen vanila
Cara-caranya
1. Pukul majerin, gula dan esen vanilla hingga hancur
2. Kemudian campurkan tepung,coklat chips dan serbuk badam gaul hingga sebati.
3. Bentukkan doh besar 50sen di atas loyang. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau kekuningan.Boleh angkat.
Read more...
BISKUT DWI CHOCOLATE & WHITE CHIPS
Sumber: Fizan (FRD)
Bahan-bahannya
100 g majerin ~ saya guna butter, lebih sedap..
25 g gula perang
120g tepung gandum
60g coklat chips atau coklat dwi choc + white chips
30g serbuk badam
1/4 esen vanila
Cara-caranya
1. Pukul majerin, gula dan esen vanilla hingga hancur
2. Kemudian campurkan tepung,coklat chips dan serbuk badam gaul hingga sebati.
3. Bentukkan doh besar 50sen di atas loyang. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau kekuningan.Boleh angkat.
Read more...
Thursday, May 14, 2009
Daging Kandar
Chocolate Custard Muffin
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack)
25gm tepong jagung
Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna*
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali
Cara-cara
- Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.
- Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.
Wednesday, May 13, 2009
Tuesday, May 12, 2009
Kuih Lompang
Buat untuk minum petang akak hari nih.tengok resipi kat umah bro rozzan.tapi kena adjust sikit..kalau nak tanya sedap ker idak...kena tanya tukang ghase akak.dia kata bolehhhh laaa..eh ellleee....cam gitu ler nasib chef kan..pepun dah hampir selesai tuh...untuk resipi kuih lompang nih akak cp dari umah ah mat gebu.bile akak tengok resipi tuh sama cam akak buat.walaupun tengok kat umah bro rozzan.akak dulu ingat ade jiran akak buat kuih ni guna air kelapa.tu yang puas mencari resipi nih.akak try and error ler projek kuih ni..tapi akak buh sikit air kapur untuk rasa kenyal.ade yang kata boleh letak air alkali.akak nak cuba satu hari nnti..betul ker letak air nih ok..
Bahan-Bahannya :-)
250 g tepung beras*
120 g tepung ubi*(disatukan dan diayak)
1 cawan air kelapa
3/4 cawan air
1 cawan gula*
1 cawan air*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga larut dan biar sejuk sedikit)
Pewarna makanan mengikut kegemaran
Kelapa parut putih + secubit garam, gaul rata
Cara membuatnya :-)
- Panaskan kukusan. Lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Ketepikan.
- Masukkan tepung tadi dalam satu bekas, tuang air kelapa, air dan juga air gula. Kacau hingga rata dan tapis. Letak pewarna kegemaran dan kacau hingga sebati.
- Panaskan acuan sekejap dalam kukusan. Tuang bancuhan kuih 3/4 penuh. Buat hingga siap dan kukus 10 - 15 minit. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
- Hidangkan bersama kelapa parut tadi.....
Ikan pekasam
Lemak cili api ikan talapia dan sambal gesek
Mai ler semua jemput makan kat umah akak..hari ni terghajin ler pulak.akak masak lemak cili api ikan talapia style owang nogori ngan sambal gesek...Yang nih ros onigiri mesti tau kan..kawan akak bagi ikan talapia ni sampai 12 ekor.minta akak buat ikan pekasam.jadi akak kata leh tak masak lemak barang seekor dua..dia kata masak ler.lebih buat ikan pekasam.ape lg menjadi laa projek akak.kirim jiran akak beli ayam kat pasar tadi jadi akak goreng gitu ajer.
sambal ni cili api,ikan bilis dan bawang merah ditumbuk.buh garam sikit.pas tuh perahkan limau kasturi.makan mentah gitu.kalau orang jawa bahan ni digoreng dulu.tak de perah limau..kita orang panggil sambal totok(betui tak hana!!!!!)..
Monday, May 11, 2009
Kek Orange Soft
Masalodeh II
bahan bahan untuk masalodeh nih:
- 1 mangkuk kacang dhal(rendam semalam)
- 1 labu bawang merah (hiris halus)
- sedikit jintan manis(tumbuk kasar)
- sedikit daun kari (hiris halus)
- lada kering(gunting halus)
- sedikit pati ikan bilis
- garam dan sedikit perasa(jika suka)
- kisar kacang dhal guna pengisar kering
- separuh kisar halus sedikit,separuh lagi agak kasar
- semasa mengisar masukkan sekali jintan manis
- masukkan kacang yg telah dikisar kedalam mangkuk
- masukkan bawang hiris,daun kari,lada,garam ,pati ikan bilis dan perasa
- gaul sebati..bila telah sebati ambil sedikit dan dikepal bulat dan dileperkan.
- panaskan minyak dalam kuali..masukan kacang dhal td.goreng hingga kekuningan.
- pastikan telah benar2 masak..boleh lah diangkat...siap untuk dimakan
Sunday, May 10, 2009
Sosej roll versi akak
Kad Hari Ibu dari LindaFendi

pepagi nih akak baru sempat nak mengadap pc.tak ada apa apa pun entry masak2 semalam.cuma tuk sarap pagi jer.anak akak yang bongsu tiba tiba demam.panas benar badan dia.walaupun tak merengek dan masih boleh bermain tapi risau juga.Alhamdulilah pagi ni badan acid dah beransur okay..hilang risau dan ngantuk sebab sejak pukul 2 pagi tak tidur menjaga dia...buka pc ade pesanan dari Linda suh amek kad kat umah dia.Terimakasih bebanyak yea Linda..cantik kad nih..akak suker tul dapat kad cute nih maklumlah kan hari nih hari ibukan,..kepada kawan kawan yg mengucapkan selamat hari ibu buat akak,Terimakasih yang tak terhingga diatas ingatan yang begitu bermakna buat akak..Buat semua akak pun nak ucapkan ucapan yg sama yer...Sayang semua dari hati yang ikhlas....semuga Allah memerkati ikatan persahabatan kita ini...dan moga kita sentiasa dalam lindungan rahmat dan inayah NYA..
Saturday, May 9, 2009
Nasi Goreng Mentega vs Jemput2 ikan bilis
Kad Selamat Hari Ibu dari Kak INA KL
Malam tadi Kak Ina tinggal pesan suh amek kad dari umah dia.waaa suker nya hati akak.berbunga bunga cam kat pic tu..terimakacih yea kak Ina ingat kat kita..yelah kita ni kan mom mom yang vogue gitu..kak Ina,saya amek sekali gambar kak ina buat kenangan kat umah ni..soweii errr..tak per kan..sayang kak ina....
Friday, May 8, 2009
Kad Hug Bear dari Suzi Adelaide
Masa jengah umah Suzi tadi dia ade bagi akak kad nih..cantik nyer..akak suker sesangat..bestkan kalau ade bear tu in real...rasa nak hug juga..Terimakasih..Thanks...Arigato...buat Suzi....diatas ingatan nih buat akak...psssttt..ade lagi yg len tak....heee tak malu ler akak nih..dah bg betis nak paha laksss kan..
Telur Dadar Bungkus
Subscribe to:
Posts (Atom)
1/2 kg daging (potong, rebus, simpan air rebusan)
6 ulas bwg putih/1 inci halia (blend)
2 sudu besar kicap pekat (maggi)
2 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos cili*
2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pn boleh)*
* gaulkan bersama
1 labu bawang besar mayang,
1 ulas bawang putih mayang,
kulit kayu manis, bunga lawang
daun kari
1. tumiskan bawang besar, k.kayu manis, dan bunga lawang. daun kari
2. masukkan bwg putih dan halia..
3. masukkan campuran rempah
4. masukkan daging dan airnya.
5. masukkan garam, perasa masak hingga pekat..
sesuai makan ngan nasi atau roti.