Friday, March 13, 2009

resipi rendang

akak nak tepek resipi rendang minang turun temurun abah akak.tapi tak ada pic ye.lum ade masak rendang lagi.saje letak manetau ade yang berhajat nak cuba.

Rendang Abah
Bahan2nye
  • 1kg daging (ayam pun ok-nak lebih sedap kalau guna ayam kampung)
  • 1/2 biji kelapa dibuat kerisik
  • 2biji kelapa ambil santan pekat 2mangkuk,santan cair 1mangkuk
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 inci lengkuas diketuk
  • 2 helai daun salam
  • 1helai daun pandan(disimpul)
  • 2 helai daun kunyit(disimpul)
  • garam
  • rempah tumis 3 beradik
  • 1 labu bawang besar dihiris
Bahan kisar;
  • 10-15 biji bawang kecil
  • 15 tangkai lada kering
  • 6 ulas bawang putih
  • 1inci halia
  • 1sbesar lada hitam
  • sedikit ketumbar*
  • sedikit jintan halus*
  • sedikit jintan kasar*(bahan* disangai dulu)
cara membuatnye;

panaskan kuali.bubuh sedikit minyak masak.tumis bahan penumis,masukkan bahan yang dikisar,lengkuas dan serai.Tumis hingga terbit minyak.masukkan daun pandan dan daun salam.kemudian masukkan daging dan santan cair.bila telah mengelegak masukkan santan pekat,kerisik, garam dan daun kunyit.Masakkan hingga kuah rendang ni pekat dan berwarna kehitam hitaman.
Biarkan hingga kuah rendang ni betul betul pekat dan berwarna kehitam-hitaman.

petua


Dah lama akak dapat email ni.sepupu hb akak yang anto.mula mula baca dah terasa seronok bukan ape info dan petua petua yg di utarakan benar benar bagus untuk dilaksanakan.walaupun akak tak berape gemuk,ececeh....mula lah tukan perasan!!!
jadi akak rasa elok dijadikan bahan rujukan bagi mereka yang ingin menguruskan badan.selain dari akan dipandang cantik insyaallah kita sebenarnye dapat mengelakkan penyakit datang menerobosi badan kita.
Info bagi mereka yang ingin berdiet:
  1. ketika memilih piring makanan ambilah piring yang rata bukan piring cekung.ambil sayuran dahulu utk memenuhi piring diikuti nasi dan terakhir lauk dagingnya.jika ingin menambah hanya sayuran sahaja yng digalakkan diambil.
  2. Selain memberi peluang makanan turun kebiasaan berjalan jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dr makanan itu.setiap 25langkah anda berjalan satu kalori digunakan.lebih-lebih lagi jika anda menaiki tangga.tapi pastikan dilakuakn secar santai kerana perut baru sat diisi.(kena kira tu langkah2 kita...ahaks...
  3. Untuk mengempiskan perut gerakan punggung yg ringan tetapi lama akan lebih efektif.Latihan dapat dilakukan dengan alat spt untuk permainan hula hoop.(pas ni kena g kedai beli hula hoop lah nampaknye ye)
  4. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap sudu gula mengandungi 32 kilo kalori!!!
  5. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.
  • Jalan cepat.
  • gunakan tangga berbanding dgn lif.(lebih tinggi tingkat lebih bagus....kalau akak 3 cukup,sebab pastu jual lidah...penat)
  • renang adalah sangat baik kerana ini adalah latihan menyeluruh.
  • Tunggang basikal dgn mengayuh perlahan lahan tetapi dalam tempoh lama.ini dapat merampingkan dan mencantikkan peha.
Petua bagi meurunkan berat badan:
  • Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari.perahkan airnya kedalam gelas nerisi air sejuk.masukkan kedalam peti sejuk.jadikan amalan meminum air ini setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam.cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.amalkan meminumnya selama sebulan,berat anda akan beransur turun.
  • Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
  • Air asam jawa juga baik dijadikan minuman harian.ia akan mengurangkan kadar lemak dalam badan.caranya ambil sebuku asam jawa.ramas kedalam segelas air.masukkan kedalam peti seju.anda jadikan minuman selepas makan tengahari atau makan malam.amalkan setiap hari anda akan dapati tubuh akan bertambah segar dan langsing.
  • Untuk menurunkan berat badan-selepas makan amalkan minum teh hijau atau teh cina tambahkan serbuk kayu manis dan madu.
  • mengemiskan perut dapat dilakukan dengan meminum teh tanpa gula yang diperahkan air limau nipis.amalkan meminumnya setiap hari.(petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit)
jadikan lah tip dan petua diatas sebagai santapan harian kita.marilah kita sama sama mengamalkannya.sape nak cuba!!!
Mengempiskan perut-minum tea tanpa gula dan diperahkan air limau nipis.amalkan meminumnya setiap hari.

Thursday, March 12, 2009

soto

pepagi lagi hb dah bagitau dia nak guna pc.member hb minta tolong upgradekan pc dia.alahai tak dapat ler nak n3 resipi tuk hari ni.tapi akak sabar menanti.sambil tunggu pc member tu siap akak masak ler hidangan tengahari ni.
petang semalam anak akak bagitau nasi himpit untuk makan lontong dah abih.alamak....parah ni.so lepas maghrib tu akak masak lagi nasi himpit.jadinye adelah lebih nasi himpit.untuk tidak membazirkan makanan so akak pun buat ler soto.okay tak?
ni akak tepekkan resipi soto akak tu.

Soto Ayam

bahan2 untuk nasi himpit

  • 3 pot susu beras
  • 9 pot susu air
  • sedikit garam
  • sehelai daun pandan
cuci bersih beras.masukkan kedalam periuk nasi diikuti air,garam dan daun pandan.jerangkan biar sampai tanak.bila telah tanak keluarkan.tumbukkan biar jadi halus sikit.masukkan kedalam loyang yg telah dibubuh sedikit minyak.tekan dan ratakan.biarkan sejuk.

untuk kuah soto:
  • setengah ekor ayam(bersihkan potong kecil)
  • 8 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • serai sebatang
  • 1/2 bungkus perencah sup
  • 1/2 bungkus rempah kurma
  • sedikit santan
  • garam, lada sulah
bahan penumis
  • rempah tumis 3 beradik
  • bawang besar dihiris
untuk hiasan
  • sedikit tauge
  • daun sop dan daun bawang
  • bawang goreng
  • bergedel
  • kacang tanah goreng
sambal kicap
  • 10 batang cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap
  • limau kasturi
tumbuk halus cili api,bawang putih dan gula.masukkan kedalam mangkuk kecil bubuh kicap dan perahkan limau kasturi.

Untuk membuat kuah soto.

Kisar bawang kecil,bawang putih,halia,lengkuas,serai.panaskan minyak dalam periuk.tumis bahan tumis hingga naik bau.masukkan bahan yang dikisar,perencah sop,rempah kurma,lada sulah.tumiskan hingga naik minyak.masukkan sedikit air diikuti ayam,perasakan garamnya.tambahkan air mengikut banyak mana suka ye.akhir sekali masukkan santan,biar mendidih.siap untuk dihidang..

Wednesday, March 11, 2009

lontong




lontong dengan kuah lodeh,ayam masak merah dan kuah kacang


Hidangan tengahari ni.dah lama berhajat nak buat.tu yang hari ni masak beria ia.bukan ape kang asyik tingat je.payah pulak....pepagi tadi dah masak nasi untuk buat nasi himpit.jimat sikit.kalau tidak malam tadi mesti dah kena masak.untuk nasi himpit tu akak masak dengan sukatan 1 pot beras dengan 3 pot air.insyaallah elok jadinye.buh garam sikit dan simpulkan daun pandan.masak dalam periuk nasi elektrik je.keluarkan tumbuk tumbuk bg nasi tu halus.masukkan dalam loyang yng diletak sedikit minyak.tekan nasi dan ratakan.biarkan ia sejuk.

Kuah lodeh:
Bahan bahan untuk sayuran
  1. kobis(hiris halus),kacang panjang potong serong
  2. sengkuang dan karot potong macam lidi mancis
  3. 2kpg tempe dan 2kpg tahu potong sedang (goreng dan ketepikan)
  4. 1 btg lada merah dan lada hijau dihiris halus
  5. soo hoon dan tahu kering (rendam utk melembutkannya)
Bahan untuk dikisar
  1. 3sudu besar udang kering
  2. 1 labu bawang besar
  3. 6 biji bawang merah
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 1inci lengkuas
  6. 1 btg serai
bahan lain
  1. 2 mangkuk santan pekat
  2. 1 mangkuk santan cair
  3. garam dan perasa(jika suka)
cara membuatnya:
  • panaskan minyak dalam periuk.masukkan bahan kisar.Tumis hingga wangi.bila telah naik minyak masukkan santan cair diikuti sayur sayuran kecuali tahu dan tempe.kacau lagi.biar mendidih.masukkan garam dan perasa.akhir sekali masukkan tahu dan tempe.bolehlah dimatikan api.

karipap


Yess...yess...akhirnye berjaya jugak akak merealisasikan impian.ececeh..........
hari hari jengah dapur semua kengkawan ade kuih tu,muffin ni, kek tu,mak oiii sedap sedap.akak ni pulak memang fail bab kuih kuih ni.semalam teragak jenguh dapur bro rozzan.nampak karipap ni.dah petang tak tau nak buat ape eh.tu yang teragak buat karipap ni.alhamdulilah jadi pulak.pagi tadi anak anak sarap karipap buatan mak diarang.ahakks.......
resipi akak cp dari link bro rozzan.maaf bebanyak ye bro.ppun thanks resipinye...


Epok-epok

1kg tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
1 sudu makan minyak sapi (kalau tak gemar, boleh ditiadakan)
80 ml minyak masak .......(majerin & minyak sapi dicairkan & campur dgn minyak masak)
350 -375 ml air hangat
1 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang ketiga2 minyak tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.

Inti Kentang (Daging)
800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 sudu besar (bumbung) rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
300 gm daging lembu/kambing (potong kecil-kecil, direbus hingga ¾ empuk)
secukup minyak untuk menumis
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh gula
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota:
*Jika anda inginkan kulit yg lebih garing, kurangkan sukatan tpg by 50 gm dan gantikan dgn 50 gm tepung beras. I did that and the results- not bad, lebih garing.

*Jika menggunakan hirisan/potongan isi ayam, tak perlu direbus dahulu. Setelah rempah garing, dimasukkan sahaja isi ayam tersebut.

Tuesday, March 10, 2009

chicken chop

salam pagi,

ni hidangan hari sabtu tu.anak akak yang bongsu tu asyik ajak pegi kfc.kfc anak kecil pun tau nak minta.tu yang payah.ajak hb pegi pasar.beli ayam seekor buat chicken chop ni walaupun ala ala western tapi tak ler sebiji rasenye.dah siap buat hb akak kata ok ni,tak yah g kedai ke kfc.cukup ngan makan kat umah.jimat.....
akak buat mashed potato ikut cam resipi dak hana jepun.menjadi gak ler.sayang nye lupa nak beli kobis ngan karot nak buat coslow.tak pe len kali boleh buat lagi


Monday, March 9, 2009

ketam masak kari


salam maulidur rasul buat semua,
cuti cuti maulidur rasul ni kena lah pk pe nak masak buat ratahan sefamily.hish kalau ikut cuti cuti ni patut dapur pun kena cuti.tapi kalau dapur cuti alamak kelaparan lah tak....tak patut tak patut.aritu gi jenguk dapur amy nun di german tu dia masak ketam pedas berserai.tapi kalau akak masak ikut resipi dia memag sedap.laa anak anak tak de kuah parah pulak.
jadinye kena buat lain lah pulak.akak masak kari ketam.dua dalam satu.ade kuah sekaligus leh lah meratah.
meratah ketam ni penat wooo.....tapi sedap nye tu yang tak tahan.

pastu akak buat ler sekali kerabu mangga muda.walaaa.......tak cukup ni kena buat second round .lenkali lah pulak.layan dulu menu kerabu mangga akak ni.

Bahan bahan kerabu mangga;
  • sebiji mangga muda kalau dapat yg agak kuning tu lg ok
  • timun separuh je
  • tomato sebiji
  • 2sb udang kering(goreng dulu)
  • bawang besar sebiji
  • cili api 5 biji (kalau nak pedas tambah lg)
  • serai sebatang(racik halus)
  • bunga kantan sebatang(racik halus)
  • kacang tanah (goreng dulu kemudian tumbuk kasar)akak kisar je
  • 2sb sos ikan
  • 2biji limau kasturi(ambil jusnye)
  • garam gula
mangga dan timun dibuang kulit potong macam lidi mancis kasar sikit.masukkan dalam mangkuk besar.udang kering ditumbuk.bawang besar,cili padi dihiris.masukkan dalam hirisan mangga tadi.diikuti dengan hirisan bunga kantan,serai,tomato yang didadu,sos ikan,garam dan gula.perasakan.akhir sekali taburkan kacang tanah.kalau nak sedap boleh tambah hirisan daun ketumbar.umph....hidangkan.memang sedap makan gitu jer.

Sunday, March 8, 2009

nasi lemak buah bidara

nasi lemak buah bidara.ewwaaa buah nye tak de.pagi ni akak sarap makan nasi lemak berlaukan sambal sotong kering.enak.intai intai lah ye.resipi nasi lemak ni sama jer kat mane mane.tapi akak letak sikit halba untuk menambahkan aromanye.bak kata hana jepun tu ngencessss..........

Friday, March 6, 2009

gulai nenas ikan sepat

isemua tau camne gulai nenas ikan sepat ni.tapi owang negeri punya masak gulai ni memag power gitu.akak ni owang johor so gulai gulai ni fail sikit.kekadang hancur kekadang cantik jadinye.so akak bagi ni resipi owang negeri lah ye.

bahan2nye;
  • ikan sepat kering(ikut suka berapa ekor)
  • nenas sebiji kupas kulit potong sedang ye
  • cili api*kalau nak pedas menyengat letak banyak
  • kunyit hidup seinci
  • serai*tak letak pun tak pe
  • garam
  • asam keping
  • santan pekat anggaran 2 mangkuk
Masukkan cili api yang ditumbuk halus bersama dengan kunyit hidup,pastikan benar benar lumat,kedalam periuk bersama dengan nenas,santan,ikan sepat,garam dan asam keping.
kacau perlahan,supaya santan tak pecah.(kalau pecah dah tak cantik ler kuah ni).masak hingga nampak kuah mendidih.matikan api.hidangkan dengan ikan goreng.walaaa...
  • santan pekat anggaran 2 mangkuk


bingka


malam tadi teragak lak nak makan bingka.jagung dalm tin ade tu.santan dalam pack ade gak.hish kalau dah ade santan tu mmg boleh jadi.yang penting ade kemahuan.tulah dulu akak memang tak reti sangat nak buat kuih muih tradisional.kalau buat baik kuih apa pun pasti fail.merah jer tanda....biasalah kita nikan kalau lebih disini kurang pulak disitu.
Pernahlah akak buat karipap.Inti memang ler enak,maklumlah kentang berdaging buh lak kari sikit.kita menguli doh,anak anak kuar masuk bawak mangkuk minta nak makan inti.tak ke parah tu.tapi dah namaye anak bagi jerlah kan.ewah mase tu penuh semangat menguli.macam jadi........
hah kau amek bila dah digoreng ade mase baling kedinding melekat....sebabnye liat.
ade tu pulak bila siap baling dinding meletung bunyi....ahak...
Kena terima kenyataan lah akak nampaknya.tapi alam ciber ni telah membuka mata dan ketuk pintu hati ececehhh tak semua kekurangan maupun ketidakmampuan tu akan jadi paksi untuk terus mampat..hehehe ,,,
so pagi ni td akak buat ler bingka jagung.tak lah seterer kak hanilieza ke bro rozan,tapi bolehlah...lepas ni kena usaha sungguh kan.
resipi ni akak amek dari link kak ummi kuantan.tq yer..sebab memudahkan kerja.hanya gantikan pandan ke jagung.anak anak pantang nampak jagung...beres

Thursday, March 5, 2009

bihun sop


makan tegahari ni buat bihun sop je.walaaaa...bukan malas tapi tadi ada kawan datang menanyakan pasal nak tempah langsir.borak borak dah nak pukul 12.00.ape nak dimasak ni eh....
asyik manjang mee kan.takpe dari tak de biar lah apapun asalkan ade juadah untuk dihidang atas meja.ahak......resipi campak campak je.layan dulu yee....

mesin oh mesin


salam pagi ....

hari ni lum terpikir nak masak ape untuk tghari.so akak nak cete sikit pasal mesin jahit akak.bukan ape nak cete,pengalaman kekadang mengajar kita untuk lebih berusaha dan belajar dari kesilapan.dulu mase belum berkahwin,muda remaja ewah baju baju semua antar ke kedai.berfesyen fesyen.nak nak tahun 80an ke 90an.bergaya sakan.duit jangan cete lah kan.tak terpikir nak menimba ilmu baik kat sekolah jahitan maupun ibu sendiri.

bila dah mendirikan rumahtangga lagi lah parah.kain mak beli,siap suh buatkan sekali.dah siap balik kampung ambik dan bergaya.lama juga lah berlarutan kemain manjanye kat mak.tapi masa mengubah corak pemikiran kita.sudah lah makan masa untuk mendapat balik baju yang dah siap.(akak duk jauh dari kg halaman).yang lucu nye bukan baju apapun baju kurung.

dipendekkan cerita,dengan kepandaian yang tak begitu sangat akak cuba lah buat.ni nak bgtau jer orang johor kalau tak pandai buat baju kurung alahai buruk benar rasanya...akak dengan berbesar hati pun belajar lah dari adik akak yang kebetulan mmg mahir menjahit sebab dia ni belajar.tak macam akak dia.Alhamdulilah berkat sabar dan ingin mencuba dapt gak ilmu tu walau hanya baju kurung sahaje....eee malunye.

bile kawan kawan tanya akak tau tak buat baju kurung.ewah macam bagus lak tu kata boleh.akhirnya dari ingin mencuba akak berjaya lah juga.walaupun tak lah sebanyak tukang jahit kat kedai.tapi sekarang ni dah beralih arah pulak.akak suka mejahit langsir lah pulak.pasal pendapatan quite okay.lepas lah nak beli ape ape yang berkenan.

jadi akak rase lepas ni kalau ade sesiapa yang terpikir pikir untuk mencari pendapatan sampingan elok di jadikan menjahit ni satu caranye.selain tak payah bersusah payah berhimpit himpit naik bas ke atau kena bangun awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja.ooops...ni idea untuk mereka mereka yang belum mempunyai perkerjaan ye.tapi belajar lah dengan mereka yang benar benar mahir.

ppun selamat berjaya dari akak...ahak

Wednesday, March 4, 2009

asam pedas

hah dah siap asam pedas ikan parang akak.rase ummph....marvelles...perasan lak.tak pe yang penting akak nak sape yang jenguk dapur akak try resipi ni.
kebetulan jiran akak g pasar arini so akak kirim ler ikan parang ni.selalu buat asam pedas ni tak kira pepe ikan pun.kalau kat johor bile akak balik kampung halaman akak selalu masak ikan duri.nak nak yang ade telurnye mak oii selalu mesti berebut ngan adik adik.sedap telur ikan tu.
ni resipi akak
bahan bahannye;
  • ikan parang
  • cili kering*(anggaran sndri ye,akak suka pekat cikit so banyak le guna)
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 inci lengkuas diketuk
  • sebatang serai diketuk
  • bendi
  • daun kesum sedikit untuk menaikkan bau
  • lada hitam tumbuk kasar
  • tomato pure(anggaran satu sudu besar)
  • jus asam jawa
  • garam,aji dan sedikit halba
ikan dibersihkan,kisar bahan * hingga halus.panaskan minyak tumiskan sedikit halba,bawang besar yang dah dihiris,lengkuas,serai.masukkan bahan kisar.tumis hingga naik bau,masukkan tomato pure,jus asam jawa,garam dan aji.biar mendidih kemudian masukkan ikan,daun kesom dan bendi tambahkan sedikit air.biar betul betul mengelegak dan agak pekat sikit kuahnye.matikan api.

nota. bagi yang suka belacan boleh lah letak.akak tak letak becos hb tak gitu suka makan belacan.selamat mencuba.

saje saje

semalamkan birthday anak sulong akak.ewah balik sekolah anak bongsu akak bagitu kat akak dia."kak mak buat kek harijadi acid.mailah tengok.tu ade siput kat atas kek"hehe....kan semalam akak kata kek akak tu pecah.akak salut ngan coklat masakan dan buat ler buttercream resipi akak amek kat noreen uk.nak tutup kek tang pecah tu akak buat ler bentuk siput.huh compang camping kek tu jadinye.tapi yang penting jimat ler duit buat sendiri.ppun anak akak tu syok gak.yelah ade kek walaupun rupa hodoh.
tk pe len kali akak nak buat lagi.ciss....tak nak mengalah.boleh lah jenguk jenguk mane mane yang buat kek cantik.
hari ni hb dah request suh masak asam pedas.nnti dah siap masak akak n3 resipi ngan pic lauk akak tu ye.

mee lagi


pepagi gini lepas subuh td goreng mee.bukan ape nak bawakan anak bujang akak nak buat bekal.semalam dah makan mee.tapi berkuah.alahai tengok dalam petiais adelah sikit sikit bahan.campak campak je lah.ehem.....janji mee goreng siap.anak anak takde hal.ape mak dia masak belasah semacam.ok lah layan ler mee akak ni.biasa jer resipinye.

mee goreng

bahan2:
  • sekilo mee kuning(basuh dan toskan)
  • daging (hiris nipis rebus sekejap,air rebusan jgn dibuang)
  • udang (buang kulit ye)
  • lada kering*
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • tauge sedikit je
  • kobis hiris halus(akak tak guna sawi-nak guna pun ok)
  • daun kucai(hiris kasar )
  • telor 2biji (kocok sikit)
  • tomato sos
  • tomato cili
  • sos tiram
  • kicap
  • garam, gula
bahan hiasan
  • bawang goreng
  • timun
cara membuat mee
  • kisar bahan*.panaskan minyak dalam kuali masukkan bahan kisar.biarkan sebentar hingga naik minyak.bila dah terbit minyak masukkan udang dan daging berserta air daging.kacau lagi.kemudian masukkan tomato sos,cili tomato dan sos tiram garam dan gula,diikuti dengan kobis.masukkan mee kacau lagi.buat lubang bubuh sikit minyak masukkan telur yang dikocok tadi.kacau rata.akhir sekali masukkan tauge dan hirisan daun kucai.matikan api.boleh lah dihidang.

Tuesday, March 3, 2009

harijadi

3mac.hari ni hari ulangtahun kelahiran anak sulong akak.wah dah besar panjang dah anak dara akak ni genap 14 tahun.ewah masa lahir dulu betul betul time pagi hari raya aidilfitri.beraya kat sepital akak.nur amirah syuhadah hb bagi nama.sempat lah dibayarkan zakat becos keluar lum solat sunat aidilfitri.waa kena berpantang time hariraya uhu uhu.....sedih tapi gembira yelah anak pertama ler katakan.
soa sebagai tanda surprise akak buat ler kek sebiji.ikut resipi kat blog si jo kat ireland sane.senang and sedap moist coklat kek nye.tapi tak dapat nak n3 gambar.kek lembut sesangat.pecah.sogan lak akak.
tapi akak siap buat mee tomato sebagai hidangan tambahan.cubalah sekali buat pasti nak buat selalu.selain mudah ianya memang sedap.


mee tomato
resipi keluarga(nama jer mee tapi guna spaghetti ye)

Bahan2nye:
  • spaghetti(rebus bubuh garam n sedikit minyak)
  • 1/2 kilo daging(bersihkan potong kecil2 kemudian rebus)
  • 20 biji cili kering*
  • 2 labu bawang besar*
  • 7 biji bawang kecil*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji tomato(potong dadu kecil2)
  • kobis (agak2 akak suka letak banyak.hiris halus)
  • 1 tin sedang tomato pure
  • garam gula dan aji
  • minyak untuk menumis
bahan untuk hiasan;
  • timun dipotong bulat hiris nipis
  • daun sop hiris halus
  • bawang goreng
cara membuatnye;
  • kisar bahan bertanda * hingga halus.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak.masukan daging yang telah direbus bersama air rebusannye sekali.masukan kobis yang dihiris,tomato dadu dan tomato puree.
  • tambahkan air anggaran 2 mangkuk.perasakan dengan garam,gula dan aji.biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit.matikan api dan bolehlah dihidang.

Monday, March 2, 2009

resipi ikan




masakan untuk keluarga tuk hari ni...ikan sambal kegemaran anak bujang.pantang dimasak kejap kejap jengah dapur.mailah cuba.makan ngan sambal belacan dan ulam ulam.sebaenarnye ade lauk singgang ikan sekali.tu yang menambahkan enaknya makan tengahari,nasi panas.
Bahan2nye;
  • Ikan selar kuning
  • 20biji sili kering*
  • 5biji bawang merah*
  • sebiji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • serai sebatang(diketuk)
  • sos tomato
  • garam,gula.aji
  • sekeping asam keping
Cara membuatnye
Ikan dibersihkan kemudian garamkan bubuh sedikit kunyit.goreng dan ketepikan.Bahan2 bertanda* dikisar halus.panaskan minyak anggaran 3 sudu besar, tumiskan bahan kisar hngga naik minyak.masukkan serai dan sos tomato.kemudian masukkan garam gula dan aji dan sama keping.akhir sekali ikan yang telah digoreng.gaul sedikit agar ikan dan sambal rata.matikan api.

Nota:kalau nak lagi sedap hiriskan daun sop dan taburkan keatas lauk tadi.
untuk membuat sambal belacan akak selalu goring lada,sebiji bawang merah,belacan.kemudian barulah ditumbuk.tambahkan air limau kasturi.hiriskan nipis2 kulit limau kasturi untuk menambah sedap sambal belacan.

coretanku


salam pagi,,,asyik sungguh melihat blog kawan2.camne eh nak buat secantik mereka.tapi ni saje yang mampu aku buat.sebagai permulaan.sib baik Hana jepun tu ajarkan gimane nak mencantikkan lagi blog ku ini.hah...ni aje lah dulu ye.saje nak tunjuk nilah kekasih hatiku selepas hb ku tu,pantang tak de yang mengadap;sekarang ni satu rumah berebut.kekdang tu terpaksalah mengalah.niler family IT.

Wednesday, February 18, 2009

Daging goreng berlada

ni adelah resipi pertama kak asma nak kongsikan ngan sesiapa yang sudi nak cuba.tpi tak de pic resipi ni.tak ade laa tu.simple tapi sedap dan menjadi kegemaran anak2.
Bahan2nye.....
  • 1/2 kilo daging(hiris nipis)
  • 10 btg cili merah(tumbuk halus)
  • 2 biji bawang besar
  • daun sop
  • 2 biji limau kasturi(ambil jusnye)
  • garam,aji.
  • sedikit minyak(untuk mengoreng daging)
  • sedikit buter
  • Daging digoreng sebentar.jangan garing sangat.panaskan kuali masukan sedikit buter.Masukkan daun sop kacau sebentar diikuti bawang merah yang dihiris,kemudian masukkan lada merah yang ditumbuk kacau hingga naik minyak.masukkan daging ,garam aji dan jus limau kasturi.biar sebentar hingga daging mesra.
  • coretanku

    salam buat kenkawan.menyusuri lelaman kenkawan buat hati tertarik untuk sama berkongsi ape ape saje.resipi ade ler ckit ckit.kak asma ni bukannye pandai bebenor.setakat lepas bagi hb n anak2 menjamu ok ler.kekadang tu fail gak lah.tapi bile masuk satu dapur ke satu dapur mak nye banyak yang boleh di buat.asalkan jgn ade penyakit M.....tapi kot nnti ade resipi turun temurun kluarga tanpa pic sori ler ye.kak asma lum expert lg nak upload edit pic.kena belajar tu.sape sape yang sudi mengajar tu wah besar dulang akak tadahkan.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails