Saturday, March 17, 2012

KEK COKLAT MOIST





Salam pagi sabtu .....kek permintaan seseorang.akak buat untuk memenuhi hajat orang.selalu akak kalau buat kek tempahan hanya kek biasa ajer.tak de deko deko..jadi bila diminta untuk deko2 tu memang hancuss..tapi yang penting kek nih sedap katanya..hihihihi....bukan laa aper selalunya kek coklat nie banyak versinya.jadi akak suka memcuba resipi resipi yang telah akak google kat tenet.
Akak suka tengok kek yang Azura Rahman buat swirl2 tu..sangat cantik!!!!yang nih akak hanya hiaskan dengan stoberi ajer..




Resipi nyer akak salin guna tulisan steno.padan muka nak tulis kan dah tak pandai..jadi akak bagi resipi ringkas ajer laa..sapa yang empunya resipi tu memang akak tak tau.kot ada persamaan dengan resipi beliau minta maaf..izinkan akak letak disini sebagai memudahkan akak dan sapa sapa yang berminat nak cuba..nak bakar atau kukus terpulang pada masing2....akak bakar kek nih.. tapi sayang tak dapat nak tunjukkan kek sebab tu orang punye.




Resipi kek coklat moist

Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum(guna tepung naik sendiri)
2 cawan gula halus
3/4 serbuk koko
1/2 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat

2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
sedikit badam buat tabur diatas kek

caranya yang dipermudahkan
gaul dan ayak tepung,koko,baking dan soda
kacau telur,susu minyak hingga kembang
masukkan bahan kacau kedlam tepung selang seli dengan air panas.
kacau sebati, kemudian tuang adunan kedalam acuan 8" yang telah digris
Bakar atau kukus selama sejam.

Untuk topping akak hanya gunakan sebuk koko 1/2 cawan diayak terlebih dahulu,masukkan sedikit butter dan susu pekat.kacau diatas api hingga sebati dan pekat..sejukkan dan boleh laa dituang kekatas kek ...






Thursday, March 15, 2012

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

 Salam pagi Khamis ....Alhamdulilah pagi nie berkesempatan nak ajak semua makan jemput jemput berkentang nih.Lama tul tak berkongsi resipi resipi yang dah akak masak.sayang nya semua gambar gambar yang akak amek dah hilang bersama rosaknya komputer yang selalu akak dan keluarga gunakan.yang nih lappy second hand hb akak hadiahkan sempena birthday.jadinya tak banyak gambar gambar yang tersimpan difolder...tu pasal akak tak dapat nak meluangkan masa kat rumah alamaya nih..walaupun gitu akak ada juga berkunjung kerumah kawan kawan yang ada.

Dan pada yang memberikan komen pada entri acar telur puyuh dibawah terimakasih yer..nanti akak datang kunjung balas...
Jremput jemput nih senang ajer bahan nya tapi amat lembut,dah sejuk pun masih lembut..selalu akak buat gunakan nasi sejuk yang dikisar bersama dengan bawang merah.kali nih akak try guna kentang pulak.Meh kita tengok camner nak buat...kalau nak ubah dari bilis ke udang pun boleh...

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

  • sebiji kentang yang sederhana besar
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • segengam ikan bilis 
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam dan perasa
  • air untuk mengadun
Cara caranya:

  • Kentang dibersihkan dan dipotong kiub rebus dengan air hingga empuk.simpan air rebusan kentang.
  • dalam mangkuk satukan bawang,ikan bilis,garam dan perasa.gaul sebati.
  • kemudian masukkan kentang bersama dengan air rebusan tadi..elok kalau masih panas.
  • kacau rata dan  boleh lah digoreng.
  • enak dimakan bersama sos...tapi akak suka cicah dengan sambal kicap..

Thursday, February 23, 2012

ACAR TELUR PUYUH

 HAri ini masak awal sikit.Hb cuti jadi dapat laa pergi kedai beli bahan bahan untuk acar telur puyuh nih.Lama dah nak masak lauk nih tapi asyik tergendala aja..akak suka acar nih sebab suka kerangupan timun dan karot.masa makan krup krap bunyi..walllaaaaa....
 Lauk yang paling senang dan cepat nak dimasak....lauk nih akak gandingkan dengan ikan selar goreng,masak singgang selar dan sambal bilis kering.....jemput yuk!!!!
Resipi ACAR TELUR PUYUH
Source Dari rumah teres kakasma

Bahan Bahan:
  • 30 biji telur puyuh (rebus dulu)
  • 1 batang timun
  • 1 batang karot
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 batang lada hijau(belah dua)
  • 1 biji lada merah (belah dua)
  • 1 inci halia(hiris batang mancis)
  • sedikit kunyit serbuk,garam,gula 
  • 3 sudu besar cuka
Bahan bahan di kisar halus
  • 10 batang cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  •  sedikit belacan
Cara caranya:
  • Timun,karot dipotong batang mancis dan direndam dengan sedikit air kapur dan garam
  • Panaskan minyak,tumiskan bahan tumisan hingga terbit minyak.
  • Masukkan sedikit air,serbuk kunyit,bawang merah bawang putih dan sos cili.gaul sebati.
  • Kemudian masukkan timun dan karot diikuti biji sawi dan  telur puyuh tadi.
  • gaul lagi dan masukkan garam,gula dan cuka...perasakan agar rasanya seimbang,masam manis.
  • akhir sekali  msukkan lada hidup yang dibelah.gaul rata.padamkan api...

Wednesday, February 22, 2012

HIDANGAN PEMBUKA SELERA-PISANG MUDA MASAK LEMAK BERSAMA TETELAN

 Jemput makan semua..hidangan yang amat menyelerakan..ada sambal tempoyak,pucuk paku goreng kering,ikan pekasam dan lemak pisang muda bersama tetelan...
makan tak toleh toelh gak nyer kan...akak suka masak lauk nie bubuh tetel..dan tumbukkan ketumbar biji..walaaaaa...resepi nanti yer...nak mangan dulu

KARIPAP PUSAR@PUSING

Bila lama tak muncul disini,ada yang bertanya kabar..itulah bila dah sibuk,ditambah pulak dengan kesihatan yang kurang baik....jadi usaha untuk menupdate kat sini jadi malas..buka laptop akak hanya tengok2 blog melawat teman2,ada yang tinggal jejak ada yang silent reader ajer....
 Terimakasih pada sudi datang berkunjung kesini..dan terlanjur tu saja nak bercerita kat sini,dalam masa bercuti2 nie,kawan blogger akak iaitu Cik Puan AZITA ZAIN,telah sudi datang berkunjung kerumah akak dirembau nie.kebetulan Zita dan keluarga ke senawang untuk menghantar anak ketiga beliau ke SDAR..sekolah berasrama penuh..kebetulan sekolah tu tak jauh dari rumah akak..bila dia kata nak kesitu akak pelawa Zita datang rumah akak.hari tu akak buatkan Mee tomato,rojak ulek dan puding roti sebagai hidangan.terimakasih yea Zita sudi datang rumah akak...nak tunjuk pic laa hai gambar tak terang pulak...
Okay laa kita tengok pulak menu pagi ni.akak buat karipap pusar nie lepas tengok AYU tayang karipap nie.akak memang antu karipap.resipi nie ayu amek dari rumah SERI karipap pusing..akak dah pernah buat dulu tapi karipap yang ini memikat akak sebab textur kulitnya yang garing dan bila digorng cantik ajer..tak banyak serdak yang tinggal..memang berkenan betul...buat SERI dan AYU terimakasih berkongsi resipi ini..dan akak salin resipi nie semula senang nak buat rujukan bila nak buat nanti...untuk inti nya akak buat inti kentang dan ayam....

Resepi Epok-epok Pusing @ Karipap Pusing
Sumber:- resepi emak kite
Sources:-From Seri@Epok-Epok Pusing


Bahan A (Doh Minyak)

150 g tepung gandum

12 sb minyak makan (dipanaskan)


(Bahan digaul sebati hingga boleh dikepal bulat dapat dalam 10 biji)

Bahan B (Doh Biasa)

250g tepung gandum

6 sb minyak makan (dipanaskan)

sedikit garam

air secukupnya


(Bahan B juga digaul sebati hingga boleh dikepal bulat..doh ini besar sedikit dari doh A, juga dapat 10 biji)
* mak bilang minyak yang dipanaskan tu untuk dapatkan epok-epok yang garing..


Saturday, February 4, 2012

SOTO AYAM

 Akak buat soto nih sebab malas nak masak macam macam lauk.tak perlu banyak rencah dan ringkas aje penyediaannya.hanya perlukan setengah jam semua complete..iyelaa tukan..apa tidaknya sambil rebus lontong segera,sebelum ditumiskan kuah soto,akak gorengkan dulu kacang tanah dan bawang goreng.minyak untuk mengoreng kacang dan bawang tadi,boleh dibuatkan tumisan untuk rempahnya pulak.
Bahan2 untuk membuat soto ayam
source dari rumah teres kakasma

  •  1 ekor ayam(potong kecil kecil-bersihkan dengan kunyit serbuk bilas bersih)
  • 1 paket lontong segera nona
  • rempah tumis 4 sekawan
  • serbuk lada hitam @ putih
  • sup bunjut
  • 1/2 cawan santan(jika suka)
  • garam dan perasa
untuk menyediakan kuah soto:(dikisar)
  • 1 paket kecil rempah soto
  • 1/2 paket rempah kurma
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia,lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 biji buah pala
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
Cara2nya:
  • Dalam periuk rebus ayam yang telah dibersihkan bersama dengan sup bunjut,sedikit halia dan bawang putih yang ditumbuk kasar.
  • Dalam kuali panaskan minyak,tumiskan bawang besar,rempah tumis 4 sekawan hingga naik minyak,kemudian masukkan bahan yang dikisar.biarkan bahan ini hingga terbit minyak.
  • kemudian matikan api dan masukkan kedalam renusan ayam tadi.gaul rata.
  • masukkan garam,perasa dan serbuk lada putih atau hitam(ikut suka yang mana satu)dan santan.
  • cara ini akak panggil tumis darat.
  • biarkan kuah mendidih.perasakn dengan garam dan perasa.
bahan hiasan:
  • daun bawang dan sop(hiris halus)
  • kacang tanah digoreng
  • tauge.
  • bergedil
  • bawang goreng
  • sambal kicap(10 batang cili api,2 biji bawang putih,gula-kisar halus kemudain campurkan dengan kicap (habhal dicadangkan) hingga memenuhi sambal tadi,perahkan asam limau)



cuti 4 hari nih boleh laa layan soto ini kalau suka..hidangan yang menyelerakan..akak pulak cuti nih nak menyiapkan tempahan 30keping alas meja berskirting yang ditempah oleh bekas ustazah anak akak..rezeki jangan ditolak..cuma banyak tukan..agak2 sempat ke siap..selasa nih ustazah tu datang ambik...uwaaaa masak simple2 ajelaa cuti nikan..selamat bercuti cuti yea

Thursday, February 2, 2012

AYAM GORENG CILI API

 Ini lauk akak masak semalam.pagi semalam teragak pulak nak makan bubur nasi..akak jerang segenggam beras dan masak hingga jadi bubur.sementara menunggu Hb akak balik dari rehat kerja sebab dia akan beli lauk untuk dimasak tengahari.akak cuma pesan dia belikan telur asin..sedap makan ngan bubur telur tu.
Hb akak belikan ayam seekor.separuh akak masakkan kari ayam tu.yang lebih nya akak masak kan lauk ini.Senang aja nak buat...makan dengan bubur nasi tu sedap..ada kuah kari..bertambah tambah makan!

Ayam goreng cili api
resipi dari rumah teres kakasma


Bahan bahan
  • Isi ayam
  • 10 batang cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit daun bawang dan sebiji limau kasturi
  • garam dan secukup rasa
cara caranya:
  • Bersihkan ayam(seeloknya guna isi ayam) bubuh kunyit dan sedikit garam.gaul rata dan digoreng setengah masak.
  • cili api,bawang merah dan putih juga halia tumbuk jangan halus sangat.
  • Hiriskan sebiji bawang besar,panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu,masukkan bahan yang ditumbuk.biarkan bahan hingga naik minyak.masukkan ayam,garam dan perasa.
  • sebelum padamkan api taburkan daun bawang dan air limau kasturi.
  • sedap dimakn dengan bubur yea

Tuesday, January 31, 2012

NASI MINYAK N THE GANG


 Inilah hidangan untuk menzipkan mulut anak2 kat rumah sempena cuti kelmarin.kebetulan ada adek ipar datang bertandang,jadi kira cantik laa kan.tapi yang kelakarnya akak tak amek gambar cantik cantik.malu dengan adek ipar.yelah kan diarang tak tau akak ada blog nih..jadi jangan terkejut semua piuk kuali bagai kuar yoo.
 nak resipi untuk dalca nie,,,semua orang pandai buatkan...
 ni pencuk lagi senang akak hiriskan nenas,timun,bawang merah kecil,lada merah dan hijau.gaul rata masukkan sedikit garam dan gula.perahakn limau kaasturi...siap

Ayam masak merah nie dah ada resipinya,cuma akak tambahkan daun pandan masa menumis..bau wangi dan ada kelainan pada rasanya,
Nasi minyak ni pueh cari resipi yang sesuai,akhirnya jumpa kat rumah Hana.resipi dari mr.dayat.Hana kata sedap,jadi akak pun ikut aje laa resipi nih.memang betul...cubalah pada sape yang nak masak nasi nih bila bila nanti.


Bahan-bahan
  • 4 cwn beras basmathi
  • 6 cwn air(ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bwg besar (hiris)
  • 2" halia (hiris)
  • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cwn susu cair
  • sedikit minyak sapi utk menumis
  • sedikit garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan
Cara-cara
  1. mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
  2. dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
  3. masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
  4. bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
  5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
  6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan. -

Monday, January 30, 2012

RANCANGAN APAKATAWANITA...ZAMZARINA dan BLOG KAKASMA

Assalamualaikum semua,lama juga akak tak dapat bersiaran kat blog vogue akak nie,bila cuti akak pun terpaksa bercuti dari duduk menghadap lappy,banyak hal kena bereskan,terutama nya hal menambahkan lemak2 dan zip mulut anak anak dengan menu menu yang menjadi keinginan tekak diarang,dah siap masak ada yang akak tonggeng tonggeng amek gambar ada yang tak sempat,,jadi untuk resipi akak akak masukkan nanti yer.cuma pagi nie akak nak kongsi sikit cerita kelako pun ada,seronok pun ada.TApi tak ada pulak niat nak menunjuk nunjuk atau berbangga.saja nak kongsi cerita kat sini
Akak suka tengok rancangan AKW Zamzarina kat tv1 setiap ahad,Nak dijadikan cerita masa menonton rancangan nih ada dikabarkan pasal Blog Pilihan,pada yang berminat boleh laa menghantar email pada zamzarina,habis rancangan akak pun dengan penuh semangat taiplah email,dengan harapan nanti blog akak jadi blog pilihan,hihihihi,,,akak tau laa blog akak tak seberapa jika dibandingkan dengan blog blog masakan yang dah femes,punya ramai pengikut.kalau tengok blog akak nih takde yang istimewa,yelah akak buat blog pun sebab suka suka,dapat kenal ramai kawan2.
Petang semalam bila akak buka blog ramai yang masuk dan tengok blog akak,terkejut juga,Bila ILAHJY mesej kat inbox kata blog akak masuk rancangan tu,memang akak terkejut sungguh,sebab akak tak tengok pulak rancangan tu semalam.Anak akak sibuk nak tengok pesona 3 kat tv3.Frust betul.!!! dan yang kelako nya penerbit rancangan nih ada antar email kat akak bgtau pasal blog akak akan dikeudarakan semalam.tapi tak per jumaat nih ada ulangan.dapat laa akak tengok nanti,insyaALLAH.
pada yang berminat nak sertai rancangan tu jangan lupa tonton rancangan ini setiap ahad jam tiga petang ditv1 dan siaran ulangan jam1 petang ditv2.

Friday, January 20, 2012

RENDANG AYAM




Dah petang baru sempat nak letak lauk rendang akak kat sini..banyak kerja nak dibuat..sib baik Izah datang tanya..kalau idak sok kot baru dapat merasa rendang akak nie..tu laa kalau dah ada kerisek senang ajer nak buat


resipi rendang yang paling mudah nak dibuat..tak payah ditumis bagai..semua lebur ajer..tapi agak lama laa nak tunggu lauk nie kering..

sebab akak suka masak yang mudah mudah.>>>>
.bersihkan ayam,masukkan santan dari sebiji kelapa kedalam kuali..bahan bahan seperti bawang merah,bawang putih,halia 3btg serai ,lengkuas dikisar bersama dengan sedikit lada kering yang telah direndam dulu...masukkan sekali daun pandan,daun kunyit,daun limau purut,garam gula dan kerisek.biarkan sehingga kering..kalau nak pedas bubuh laa cili api sikit yer..akak bubuh juga rempah tumis empat sekawan tu..


SPONGE CAKE

HAri ni ramai kalangan kawan kawan blogger tayang lauk berasaskan ayam.seronok pulak.dengan ayam shah jahan kat rumah ummi,kari ayam tomato kat rumah izah daut,kepak ayam panggang kat rumah mamasya...DAN akak sedang merendang ayam..cewah maklumlaa tengah mewah dengan kerisek..tapi akak tayang nanti nanti dulu  laa yer.

Meh kita tengok kek yang akak buat,,,ermmmm cantik tak tu..hah amek ko segala warna masuk.selagi ada bentuk buat..nak bagi perabis buttercream yang dibuat..akak buat sponge cake nie saja suka2..nak makan sebab senang ajer nak buat.resipi nie adek akak bagi.dia belajar kat pertanian ayer hitam.kalau nak tau rasa nyer cuba laa.memang ada rasa cam kat kedai..hihihihi

Yang penting disini akak nak bagitau,buat ikut sukat betul2,butter cairkan dan sejukkan awal awal.jangan masa tu ank buat masa tu laa sibuk gi panaskan..kalau idak tak jadi..cam bantat gitu.sebab ni kali ketiga akak buat..baru mnepati piawaian ras tekak akak dan semua tukang rasa.makan tak hingat samapai lupa nak snap bila dah dipotong..
resipi Sponge cake
source dari rumah tere kakasma

Bahan2:
  • 200gm tepung gandum{akak tambahkan sesudu susu tepung}
  • 6gm baking powder
  • 200gm gula castor{180gm aje}
  • 256 gm telur{3 biji gred A}
  • 20gm ovellete
  • 100gm mentega{cairkan dulu baru timbang}
  • 80gm air sejuk
  • 1sudu teh esen vanila
caranya:
  1. Tepung diayak bersama dengan baking powder
  2. Masukkan telor,gula,ovellete dan esen vanila dalam mixer,pukul dalam kelajuan tinggi selama 3 minit.
  3. Masukkan air dan pukul lagi 20 minit.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan aduan sebati
  5. akhir sekali masukkan butter cair gaul rata.
  6. Gris loyang 8x8 ,alas dengan kertas kuih masukkan aduan dan bakar 45 minit suhu 180 darjah.
  7. bila telah masak sejukkan diatas redai..potong dua..sapukan dengan buttercream atau jem yang disukai,
  8. hias cam akak ...kalau mau

Thursday, January 19, 2012

KERISEK


 Adek ipar bagi akak sebiji kelapa.lama terperap kelapa tu,nak hantar kerumah jiran minta tolong parutkan malas nak pergi.ahad lepas akak minta anak akak pi antar parutkan kelapa tu.kalau nak tau paling banyak kerja dapur memarut kelapa guna mesin memang tak pernah akak buat..ngeri dan tak pandai..percaya tak!!!bagi laa upah cam mana pun tak akak buat.bila dah diparut,berangan nak buat kuih,tak juga dibuat,keluar masuk esbok kelapa tu..takut basi akak kukuskan kelapa tu dan simpan balik dalam esbok..semalam akak goreng dalam kuali cadang nak buat kerisek..tapi malas sungguh nak tunggu kelapa tu jadi garing..akak padamkan api,masukkan dalm bekas.pagi tadi kesian tengok kelapa tuh kan..jadi akak pun ambik kelapa tu buh dalam dulang pembakar dan bakar...


kelapa tu dalam proses dibakar,elok aje kejadian nyer...kena adjust suhu laa yer
dah siap...boleh laa disimpan dlam freezer,time nak guna amek sikit..
tengahari nie nak cuba buat asam pedas ikan bubuh kerisek..agak agak sedap tak yer...

Monday, January 16, 2012

ROJAK TEPUNG

 Assalamualaikum....ohayo gozaimasu...heheehee semalam akak gi jepun kejap jenguk kat rumah Dek Hana kita tu,eh diakan dah balik malaysia kan..tak de laa akak di intai intai dapur dia yang lama benar tak keluar asap.tup tup dengar khabar dia dah dapat baby gegirl lagi..akak selalu gak chit chat ngan dia ..tak pulak dia kabarkan..hish..hish..tak patut..tak patut..tapi seronok laa kan tahun ni bakal ramai yang akan menimang baby,Mas duniaku pun akan ikut jejak Hana gak tukan..kita sama sama doakan semuga semua nya selamat..
bercerita pasal baby nie time menunggu nilah saat yang paling mendebarkan..tak gitu Mas...hihihihi..jaga diri dan kesihatan yer dek!!!
 haippp ...panjang celoteh lak pagi nie..meh kita layan rojak tepung resipi angkut dari dapur Hana kita tu..senang ajer nak buat,kata orang pejam mata dah boleh buat..ada ker gitu..seap tul masa makan..kebetulan akak buat sambal tu banyak sikit,sampai petang siap buat sekali lagi adunan tepung..makan petang pulak...sapa teragak nak buat cubalah..memag syok makan ..akak amek resipi kat sini
Rojak tepung
sumber:HaNa' family
copy: Hana dan kak asma
 Bahan-bahan

UTK KUAH
  • 10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
  • 40g kacang tanah - goreng n blend
  • 40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)-Akak gantikan dengan kentang rebus
  • *segenggam udang kering
  • *sebiji bawang besar
  • *5 biji bwg merah
  • *3 ulas bwg putih
  • gula melaka
  • air secukupnyer - dlm 6-7cwn
  • garam
  • gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)
UTK TEPUNG ROJAK
  • 2 cwn tepung gandum
  • satu sudu makan rata yis
  • 3 sudu gula
  • garam
  • air
  • 1/2 sudu teh baking powder(akak tambah)
  • pewarna kuning - optional
  • myk utk deep fry
BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
  • timun - hiris
  • tauhu - goreng n hiris
  • tempe goreng - hiris
  • sengkuang - hiris
  • salad lettuce - hiris
  • kangkung celur (optional)
  • taugeh celur (jika suka)
  • telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
  • kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
  • ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
  • mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee
Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)




Friday, January 13, 2012

DAGING MASAK HITAM MANIS

 Lauk ini akak masak sebab ana2 tak mo makan lauk asam pedas tetel nun dibawah tu,kalau hidangkan lauk camgini laju ajer anak2 makan.kejap licin.nama resipi cam sedap kan.tapi tu hasil campak campak lagi.gitulaa kalau dah penat masak lauk lain tiba tiba request datang minta lauk lain.kena laa tunaikan permintaan....
Daging Masak hitam manis...
source dari dari dapur kakasma
  • setengah kilo daging,seelok nya guna daging batang pinang..basuh dn hiris nipis,ketepikn
  • 1/.2 biji bawang besar hiris
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas awang putih*{ditumbuk  lumat}
  • sedikit halia-hiris halus
  • 1 batang lada hijau
  • 4/5 atang cili api
  • sedikit serbuk lada puth
  • kicap,sos tiram,sos cili
  • daun bawang daun sop
  • garam,gula dan sedikit air asam jawa
caranya:
  1. panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang besar ,bahan tumbuk dan halia hingga wangi,kemudian masukkan kicap dan kedua dua sos tadi.
  2. kacau rata dan tambahkan sedikit air.masukkan serbuk lada putih,lada hijau dan daging.masukkan garam,gula dan air asam jawa.
  3. perasakan dan biar daging empuk dan akhir sekali sebelum api dimatikan masukkan cili api dan daun sop juga daun bawang.

Thursday, January 12, 2012

ASAM PEDAS TETEL

 selamat pagi semua,terimakasih atas kunjungan kaawan kawan keteratak akak yang tak seberapa ini,maaf yer lum sempat lagi nak taip resipi keria ngan cucur badak nun kat bawah tu..tapi tak apa,sebagai pemujuk akak nak tunjukkan menu akak masak ini,Kat rumah akak tak ramai yang berminat dengan lauk ni,yelah kan kalau asam pedas ikan atau ayam masih lagi ada pengemarnya,dan kena masak setiap minggu,kira lauk wajib gitu,mula cadang beli tetel ni sebab nak buat mee jawa kunun kunun nyer..tapi tak jadi.
nak buat pun senang ajer......
.Akak beli 3 inggit tetel ni,dah bersihkan dengan sedikit kunyit serbuk dan bilas kemudian toskan,selalunya tetel nie dah siap bersiang kecil2.bahan lain cuma 1senduk lada kering yang telah dikisar bersama 1 biji bawang besar,2 ulas bawang putih,sedikit halia dan lengkuas,1 batang serai,belacan,untuk masakan ini akak tambahkan 2 batang lada merah.Hiriskan 2 biji bawang merah kecil dan tumiskan sebentar,masukkan sedikit halba dan diikuti bahan kisaran tadi.tumis hingga naik minyak.masukkn sedikit air dan daging tetel tadi,tambahkan garam,perasa dan sedikit gula diikuti air asam jawa.masukkan daun kesum,hirisan bunga kantan,akak tak bubuh apa2 sayuran dalam lauk kali ini.cuma sebelum dimatikan api akak masukkan tomato yang telah dihiris.

Monday, January 9, 2012

KERIA KELEDEK DAN CUCUR BADAK

 Petang petang hari akak tayang kuih yang paling senang nak buat.kalau rajin semua bolehkan..bahan cuma keledek dan tepung gandum campurkan sikit tepung ubi..
 Cucur badak nih pulak kena laa merajinkan diri buat inti serunding pulak.buat banyak sikit inti senang lain kali kalau nak buat tinggal buat.
 dah siap goreng..tinggal nak sira keria pulak...sebenarnya nampak kat rumah kak wan ,terus buat..tapi kena laa cari bahan dulu ya

dah siap...jemput makan.....resipinya nnti akak masukkan yer...nak buat kopi jap!!!!

Sunday, January 8, 2012

LASAGNA

 Salam pagi ahad semua,akak buat lasagna ni atas permintaan anak anak.masuk yang ini dah tiga kali buat.dulu kalau kawan kawan buat akak telan air liur aje.sebab masa tu tak tau mana nak dapatkan kulit lasagna nie.masa pergi yummy tahun lepas ada nampak tapi masa tu terpikir pandai ke anak anak makan.
bila akak cerita kat anak anak,apalagi diarang pun sarankan akak buat dulu.nak bagi tau senang ajer apa tu lasagna tu akak suh diarang buka youtube..
Resipi lasagna nia akak buat ikut resipi campur campur,makna nya ikut mana yang termudah..akak edit mana yang perlu.termasuk bahan bahan.ada yang kena skip.tau tau laa anak2 ada yang suka itu tapi tak suka ini..kiranya lasagna nie lasagna simple aje....akak c/p dari rumah fotopages ibu dini dan haziq aka MADIHAH sini   hehehe terimakasih yooo ..madihah akak siap bookmark page tu kat pc akak ...

Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering (MaDiHa beli jenama San Remo dlm kotak. ( sama)
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm Daging cincang (Madiha guna jenama ramlee sepeket 400 gm tu)
250 gm Tomato, kupas, parut (Madiha guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun)
300 gm Sos Tomato dlm botol
100 cc Air (madiha guna setengah cawan jek)
3 blok kiub maggi lembu
1 s/k Oregano serbuk
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air
400 cc Susu Cair Evaporated (Madiha guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (Madiha guna 100 ml)
125 gm Keju Cheddar parut (Madiha guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi lembu
¼ s/k serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu MAGGI, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10". susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.


Thursday, January 5, 2012

SIAKAP BAKAR BEREMPAH

 Siakap ni akak bakar sebab dah selalu dimasak tiga rasa,stim goreng berlado laa..sesekali layan makan dengan dibakar sedap juga...tapi bila tengok banyak resipi kena guna itu ini..akak pening juga.camner nak bg rasa ada tapi dengan bahan yang terhad...kira resipi mitch match laa nie..

Resipi campak campak Siakap Bakar berempah:
 source:dari rumah teres kakasma

Ikan siakap nie bersihkan dulu..kelar sikit badan nya..lumurkan dengan limau kasturi,garam dan serbuk lada sulah.
Dah siap tu..bubuh dalam alumium foil.sementara tu siapkan 2 sudu lada giling,1 biji bawang besar,3 ulas bawang putih,sedikit halia, sebatang serai,2 sudu rempah kari.
Bawang,halia serai kisar,campurkan dengan cili dan rempah kari.Panaskan minyak tumis semua bahan ini hingga naik minyak.masukkan daun pandan,hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan hirisan bunga kantan.
kalau nak sedap masukkan sedikit santan pekat.sebelum dipadam api masukka sebiji tomato yang didadu,garam gula dan sedikit perasa.perahkan asam limau.tuangkan bahan tumisan keatas ikan tadi..
bakar dalam oven 180 darjah sehingga ikan masak.
 siakap dalam proses dimakan...ermmmmm enak!!!!

Wednesday, January 4, 2012

CERITA UMAR DAN ACID

 Assalamualaikum makcik makcik kawan mak,meh tengok aksi Umar dan abang acid..sambil tengok cerita upin dan ipin Umar hisap jari dan berangan.....
 nak kuatkan sikit volume suara..tak dengarrr......abang acid kyusuk tengok upin dan ipin..Umar pun sama...
 Petang semalam Umar ikut Bapak pergi hantar kakak Amira daftar masuk asrama..seronok dapat lari lari kat padang..
Yang nie nak tunjuk apa yang abang acid tulis..tengahari tadi abang acid dengan penuh semangat tunjukkan kat mak kerja sekolah cikgu bahasa Inggeris dia bagi.Mak gelak besar sebab abang acid tulis nama dia Rasyid BM...tu sebenarnya nickname abang acid kat blog dan facebook..kelakar sungguh abang acid.dia patut tulis Muhammad Abdul rasyid B Murad..bukan rasyid Bm..nasib baik belum siap..jadi cikgu tak tau..
Abang acid nie sebenarnya tak sekolah tadika pun..tahun lepas dia menangis sebab tak gi sekolah..dia nak jaga Umar.abang belajar sendiri kat rumah..tapi tulah kan mak dah kata...apa nak buat tukan...
tu cerita Umar....

Esok baru akak tayangkan menu menu dari rumah akak yer..selamat menyambut tahun baru..hehehe lum terlambat kan...terimakasih kerana sudi berkunjung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails