Friday, January 21, 2011

My Homemade Chocolate

 Kat rumah akak coklat memang menjadi pujaan.anak akak kalau gi jejalan  atau gi supa mesti beli coklat.kebetulan sekarang nie tengah musim coklat handmade mari akak pun belajar laa buat coklat nie..adek bongsu akak belajar berbayar.akak belajar ngan dia pree ajer..hihihi..untung tu kan..
 bila dah buat coklat nie kawan akak datang bertandang.akak bagi rasa ..apa lagi dia pun memang suka makan coklat..minta akak buat kan.sekarang ni hari hari akak kena buat coklat sebab banyak dapat tempahan.walaupun bukan beratus ratus tapi boleh laa sebagai permulaan.Noorma dari cendanakasih pun ada ajar akak buat coklat dan bagitau kat mana nak dapatkan bahan.Timakasih yea Noorma.budi baik mu akak hargai..

 Coklat akak tak laa cantik macam orang orang yang dah pro buat..yelah belajar main2 dan buat dengan try n error ajer...
 InsyaALLAH bulan Mac nanti ada kawan akak nak kawinkan anak suh akak buat kan coklat tuk dibuat cendermata padan jemputan yang datang..Alhamdulilah..rezeki..rezeki..jangan ditolak..cuma akak kena laa buat lebih cantik dan pelbagaikan perisa...dan bentuk..banyak lagi bentuk coklat akak ada yang akak dah buat.tu akak ada tayang kat Facebook akak...saja nak memeriahkan....
yang nie pun dah kena tempah..rasa.ikut pelanggan.menyiapkan tempahan nie semalam menyebabkan akak tak dapat nak update blog semalam..seharian menyiapkan..tapi sambil buat ni sempat laa akak buat muffin blueberry dan masak lauk tenghari..nanti akak updatekan yea..

Wednesday, January 19, 2011

Telur Goreng Sambal sos

 Kalau dah tak idea nak masak lauk ,nak nak bila buka petiais hanya ada telur,lauk yang akak tayang nie memang sesuai sungguh,selain senang nak masak,bahan pun tak banyak..bak kata orang pejam mata pun boleh masak.
TELUR GORENG BERSAMBAL SOS
Sumber:Dari rumah teres kakasma

Bahan2:
  • 5 biji telur
  • 1 batang lada hijau(hiris)
  • 1/2 biji bawang besar(dimayang)
  • 3 sudu cili giling
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*(bahan* tumbuk lumat)
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • garam dan gula dan secukup rasa
caranya:
  1. Panaskan minyak,goreng telur  sebiji demi sebiji.Ketepikan
  2. Kmudian tumiskan lada hijau dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan cili giling,bawang yang telah ditumbuk,kacau sebati dan biarkan hingga tumisan naik minyak,
  4. Tambahkan sedikit air,diikuti sos cili dn sos tomato.masukkan garam,gula dan secukup rasa
  5. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi..kacau rata.padamkan api
  6. boleh lah dihidang .

Egg Benedict Vs Sardine puff

 Salam pagi semua,hari nie akak tayang menu sarapan biasa aja..kira orang yang berkerjaya pun boleh sediakan.beli aje roti dan readymade puff,isi inti yang menjadi kegemaran,bakar siap untuk dihidang.
 kalau akak buat puff nih memang kejap ajer licin..sebab menjadi kegemaran anak anak dirumah
dan egg benedict nie akak buat bila tengok puff dah licin..menjadi kegilaa pada Hb dan anak sulong akak.pantang dibuat...makan panas panas telur jangan masak sangat,memang thumbsup!!!

Tuesday, January 18, 2011

Sweet Bun @ Bun manis

 Projek malam sabtu sebenarnya.sambil buat Homemade coklat akak,akak buat juga roti nie.cuba resipi dari
Nor secubit Garam.dah jadi wallaaaa..gebu,lembut,makan panas panas sedap sungguh..siap ada permintaan lagi.akak buat lagi pagi ahad tu.tu yang ada dua versi.kalau perhatikan ada dua versikan...
 Akak buat satu berinti dengan inti kacang merah dan satu kosong aja.sebab nak makan bubuh butter.memang sedap..
Umar pun suka makan roti..tengok aksi dia yang tak sabar sabar nak ambek roti tu....
                                sebelum dibakar lagi..dalam acuan..tunggu dia naik sikit
                                  closeup sikit......
                          ni yang buat malam punya..resipi akak copy dari rumah nieza nun jauh di Findland dan                            terimakasih buat Nor atas resipi yang bagus ini.

Resipi Sweet Bun
Source:  Nor Secubit Garam.dan Nieza

  • 380gm tepung high protein (tpg roti) 
  • 3 sudu besar susu tepung 
  • 80 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A ~ dikocok sket dgn garfu
  • 100 ml air 
  • 100 gm water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gm butter 
  • 30 gm shortening
Cara :
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Ambil adunan dan bulat bulat adunan isi inti (akak buh inti kacang merah).
  9. Letakkan ke dulang bakar, biarkan naik lagi, kemudian sapukan bancuhan ( susu segar + telur + madu ) sebatikan dan sapu atas roti dan tabur gula dan terus bakar dgn suhu 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min  atau sehingga masak.
  10. Sapukan marjerin@butter atas roti masa roti masih panas utk mendapatkan roti yg lembab dab berkilat.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  • 50gm tepung gandum
  • 250ml air
Cara :
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan

Monday, January 17, 2011

Karipap Pusing

Hidangan pertama akak pada petang bulan januari tahun 2011..waaa lama tak bagi hidangan dari rumah penjenamaan baru akak..akceli buat karipap nie petang semalam..lama tul teringin nak buat karipap pusing nie..alhamdulilah menjadi dengan jaya nya...
 bila tengok karipap nie kembang hati jadinya..maklum laa sebelum nie beli ajer kat kedai..atau oder kat kawan.yang pasti lepas nie boleh buat lagi
 dah siap digoreng....
 banyak benar resipi tuk buat kulit karipap ini..jadi akak try yang Zana buat  sini


Bahan-bahan:
1. Doh minyak

300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin

150gm tepung gandum
100gm marjerin...(sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.akak tambahkan sikit minyak jagung )


Untuk inti akak buat inti kentang dan daging..




Wednesday, December 22, 2010

Sugee Kek @kek suji

 Pepagi dah tayang kek.apa nak buatkan,kalau dah peminat tegar ada,memang susah.kejap kejap kena cari idea kek apa nak dibuat.sebenarnya kek sugee nie lama dah berangan nak buat,amek resipi kat umah Fida@amida Dubai lama dah..baru nie dapat dibuat..Kalau ditanya pasal kek nie..memang tersangat sedap,tak caya buat laa...terangkat sungguh..tapi syaratnya masa makan kena tutup mata,ermmmm rasa lazat..uwaaa...perasan kejap yooo...
KEK SUJI

Sumber: Irma Iryani Said (Buku Resepi Pesta Perut)
                                       source akak Fida@Amida Dubai disini

Bahan-bahannya

400gm mentega ( chap tong/golden fern)
240gm tepung semolina/suji
2 sudu makan susu pekat
1 biji parutan kulit limau/oren
1/2 biji jus limau/oren
4 biji telur
10 biji kuning telur
300gm gula kastor
160gm tepung naik sendiri ( diayak )
100gm badam cincang
Acuan berukuran 28x20cm.



Caranya

Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung semolina, kulit limau dan jus limau. Gaul rata dan perapkan semalaman supaya tepung semolina kembang. Perap di suhu bilik dan bertutup.Esoknya....panaskan ketuhar 180 darjah. Gris acuan dan alas dasarnya dengan kertas kuih. Pukul telur, kuning telur dan gula hingga betul-betul kembang. Gaul rata pada adunan yang diperap semalaman.Masukkan tepung yang dicampurkan dengan badam cincang, sedikit demi sedikit. Tuangkan kedalam acuan kek dan bakar selama 45-60 minit. Setelah 40 minit, turunkan suhu ke 150 darjah.Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Friday, December 10, 2010

Tempe goreng sambal

Balik dari kuantan akak buat sambal tempe nie.saja buat tuk kudap kudap masa tengok tv..mata tengok tv,mulut penuh sambal.wallaaaa sedap tul!!!...jiran sebelah umah pak mentua akak buat perusahaan tempe,akak beli sikit tuk bawa balik.sikit sikit pun tak habis lagi tempe tu.dah puas goreng,masak ..bukan ape kat umah akak hanya akak sorang yg tukang bedal,anak anak dok hongges kacang ngan ikan bilis ajer...

Resipi tempe goreng sambal
  • 3 bungkus tempe
  • segengam ikan bilis
  • segengam kacang tanah
  • 10 tangkai lada kering
  • sedikit belacan
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • gula,garam dan air asam jawa
Caranya
  1. hiris tempe,goreng garing dan toskan
  2. ikan bilis dan kacang tanah digoreng juga
  3. lada kering,belacan bawang merah dan putih dikisar halus.Kemudian ditumiskan hingga naik bau.
  4. masukkan garam dan gula(kena lebihkan sikit) dan air asam jawa,
  5. akhir sekali masukkan tempe,kacang tanah dan ikan bilis tadi.kacau sebentar.padamkan api.siap untuk dihidang.

Thursday, December 9, 2010

Daging masak Palembang

 Pagi nie akak nak share resipi masakan yang akak makan masa adek akak buat rumah terbuka raya lepas.memang sedap kalau makan ngan lontong atau nasi.cuma kepedasan nyer tu yang buat ayer mate meleleh bab kalau nak sedap kena bubuh cili api sket..memang gerenti asyik kena lap  lap jer hehehehe...pada nak cuba akak nak bagitau yea,resipi ni percubaa akak selepas merasanya sebab biasa laa kalau lenu tuk berniaga jarang orang nak bagi reipi yang tepat..kena cuba baru tau sedap ke idak..kalau sedap bagitau akak tak sedap diam diam jer yer...
Resipi Daging masak Palembang

1kilo daging
1 mangkuk kicap manis
15 biji bawang kecil*
8 ulas bawang putih*
1 inci halia*(* dihiris halus)
3-4 sudu besar cili mesin(lada kering dikisar)
rempah tumis 4 sekawan
1 mangkuk kerisek
2 mangkuk santan pekat
sedikit daun kari
cili padi yan dibuang tangkai(agak2 yea)
garam,gula dan secukup rasa

Cara caranya:
  1. Daging dibersihkan,hiris halus.masukkan kedalam periuk,tambahkan sedikit air dan kicap.rebus hingga empuk.(nie kena agak2 ya airnya kalau kurang tambahkan)
  2. Dalam periuk laun tumiskan bahan yang telah dihiris halus,rempah tumis 4 sekawan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili mesin dal digaul rata,biarkan bahan tumisan masak rata hingga naik minyak
  4. masukkan daun kari,santan,kerisek,garam,gula dan secukup rasa.
  5. Daging ynag telah empuk tadi masukkan kedalam bahan yang ditumis.biarkan hingga mesra bahan tadi.
  6. dah masak taburkan cili padi kedalam lauk tadi..
  7. sedap dimakan bersam lontong dan nasi.

Wednesday, December 8, 2010

Jumpa Aishah Ummiaqil diKuantan

Salam petang rabu...nie pic akak amek bersama Aishah Ummi Aqi disini sewaktu akak berkunjung ke rumah Chah di Indera Sempurna Kuantan..Akhirnya dapat juga jumpa dengan Chah nie..Akak balik Kuantan sabtu lepas sebab adek ipar akak bertunang Ahad  tu.Akak tempah kek pertunangan dengan Chah.cantik kek dia buat..bau harum cuma tak dapat nak merasa .....seronok dapat jumpa Chah walaupun sekejap,kecik molek aje orang nya,ramah macam dah kenal lama,sayang jumpa sekejap sebab hari dah petang Chah siap buat laksa terengganu ada ciskek lagi..sedap walaupun chah kata masa buat tu terkecut sket..alhamdulilah.akak gie umah chah dengan anak akak dan adek ipar,ada masa len kali kalau dtg kuantan akak ngan chah cadang nak serbu umah  Ummi pulak..boleh gitu!!!!
sempat bergambar depan umah Chah masa nak balik.
 Inilah kek pertunangan yang akak tempah dari Chah...cantik dan sedap...(kata bakal biras akak)

Wednesday, December 1, 2010

Kek Mentega Lembap

Wah....lama sungguh akak menyepi.wallaa bukan aper..bila sekali malas,makin panjang malas nyer..tapi bila akak buat kek nie semalam jadi teringin pulak nak share ngan semua resipi nie.tapi pagi nie akak sibuk sikit..jadi bila akak ada pree masa nanti akak masukkan resipi yer..memang mebeles sungguh kek nie..tak tau nak cakap..ecececeh..iye..iye aje ..
Akak dapat resipi nie dalam tenet,masa tu main print aje time nampak resipi yang berkenan kat tekak.tapi tak ler akak buat.satu fail resipi akak.jadi semalam akak try ler bongkar fail tu semula dapat resipi nie,nampak sedap gitu.bahan pun mudah aje.sambil masak tengahari akak suh mesin mixer akak adun.nielah hasilnya.dan yang akak mekapkan macam nak rak tu bukan ape,saja test tangan yng tak berseni nie.hah amek ko mmg haru biru jadinya.tapi memang sedap sungguh kek nie.simpan semalaman lagi laa.kalau suka dihias dengan cream pun bagus.

Kek Mentega Lembap
resipi dari Puan Firza Nordin


A:(dipukul hingga putih)
227 gm mentega(akak guna jenama Anchor)
1 sd teh esen vanila

B:
 6 biji telur gred B
80 gm gula icing
120 gm gula castor
1/4 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovellete

C:
210 gm tepung naik sendiri
1 sudu besar esen butter vanila(ni akak guna butter emulco)
2 sd besar susu cair

Caranya:
1.Sapu tin pembakar 9" dengan mentega dan ratakan.akak bubuh tepung dan ratakan juga.
2.Pukul telur dan kedua dua gula hingga telur hancur.masukkan baking powder,ovellete.pukul hingga ovellete larut dan seterusnya pukul lagi hingga naik 3 kali ganda dengan speed yang paling tinggi.
3.masukkan tepung sedikit sedikit (lebihkurang 4 kali masuk sambil dipukul dengan kelajuan 1 dan bila telah sebati baru masukkan susu cair.
4.Pukul lagi pada kelajuan tinggi selama sepuluh minit.
5.Masukkan bahan A(mentega dan esen vanila yang telah dipukul terlebih dahulu) kedalam adunan B+C sedikit sedikit pada kelajuan 3 hingga habis.
6.Masukkan butter emulco atau esen butter vanila dan dipukul lagi selama 5 minit.Tuang kedalam acuan kek dan bakar pada suhu 160darjah selama 1 jam.

Nota Akak: sebaik aje kek siap masak terus keluarkan dari tin pembakar bagi mengelakkan kek jadi kecut ditepinya.buat kek nie ikut step resipi InsyaAllah pasti tak mengecewakan.


Wednesday, October 20, 2010

2010 - 2010 tarikh keramat ...sempena Umur akak dah bertambah jadi 45

Alhamdulilah hari ni genap umur akak 45 tahun..dah bertambah tua rasanya..bila difikir fikirkan usia yang meningkat ni banyak lah doa akak panjatkan kepada ALLAh swt,moga akak diberikan kesihatan yang baik,umur yang panjang aar dapat lebih beribadat kepadaNYA,dapat membesarkan anak anak dengan sempurna,dapat menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta,dapat jadi sahabat yang baik kepada teman teman yang mengenali akak...dan banyak lagi..harapan akak semoga ALLAH mengabulkan permintaan akak yang tak seberapa tuh!!!..
pada semua yang sudi datang kerumah alammaya akak nie...walaupun dengan macam biskut gayanya,kejap ada kejap takde akak harap tkada yang boring datang menjengah..tulaa masalah akak belum dapat diatasi..tapi harap harap lepas nie semua kembali ok.pada coment2 yang terdahulu yang tak sempat akak balas akak mohon berbanyak banyak kemaafan.
Jadi sebagai menghargai semua meh tengok aksi Umar yang anak akak rakamkan.harap semua terhibur.yang penting akak SAYANG semua...Terimakasih atas persahabatan kita yer!!!!

Wednesday, October 6, 2010

salam buat semua..lama tak bersiaran kan...

 waaaa.....betul betul bercuti akak kan..lama tul tak berblog nie..tulaa bila dah bercuti nak mula tu malas betul!.lagipun masak masak tak laa disnapkan..kamera hp akak dah rosak..jadi tak dapat laa nak bergaya dengan masakan kat sini..tak tau laa sampai bilakan..jadi akak hanya berkunjung kerumah kawan2 ajer..meleleh air liur tengok lauk lauk dan masakan yang dihidang..hari nie akak tayang ajer gambar2 raya masa akak kat kampung di air hitam johor.terimakasih tak terhingga pada yang masih ingat kat akak lagi..dan datang bertandang..InsyaAllah ada kelapangan akak akan datang berkunjung balas nanti..jemput jamu mata .
ni akak bersama adek beradek akak,hanya dua aje lelaki,yang lain perempuan....
                                sebahagian dari anak buah akak....
                                  hero hero akak.....

                                                  anak dara akak bersama Umar dan Acid
                                 anak buah,adek dan anak dara akak







Wednesday, August 25, 2010

Maaf yer akak tak sihat dan Umar pun baru sembuh



Salam ramadan semua...
minta maaf bebanyak..sebab lama betul akak tak post apa apa masak masak kat sini.walaupun hari hari masak tapi akak tak sempat nak buat posting..akak dan anak anak akak tak sihat.kena demam selesema dan batuk yang agak teruk..memang menguji betul ramadan nie..tapi alhamdulilah dapat juga menyempurnakan puasa akak.ada yang bertanya kemana akak pergi senyap ajer..buat yang sudi berkunjung dan bertanya kabar akak ucapkan terimakasih sangat.terharu sungguh.sebab ingat kat akak.Buat crew yang hari hari dtg berkunjung,buat mamahawa,nur,ros,haryati..dan ramai lagi yang bagi komen pun terimakasih sangat.memang tak sempat nak buat kunjung balas..InsyaALLAH jika ada kelapangan dan kesihatan akak dah pulih akak akan buat kunjung balas yer..ada juga akak dtg jenguk cuma tak bg komen..baca dan tengok resipi kawan kawan...Nie saja nak tunjuk pic Umar yang dah mula meniarap dan dah berkeliling ruang tamu..Umar pun baru dia hari nie sihat.sebelum tu Umar selalu merengek..akak ingatkan dia nak berdukung ajer..rupa rupa nyer bila bawa gi urut,tempurung lutut dan buku lali Umar dah tak betul.patutlah dia sayik merengek..sakit sangat agaknya.
Tapi alhamdulilah semalam akak bawa dia gi berurut kat seorang tukang urut yang memang pakar bab tulang nie,dah Umar dah beransur sihat..dan dah gila nak merangkak pulak..harap harap Umar segera sembuh dan dapatlah bergembira raya nantikan..Terimakasih buat semua,jangan serik datang umah akak yer..

NOTA AKAK: terimakasih buat follower akak yang dah bertambah tu..nanti ada masa akak dtg melawat yer..doakan semuga akak cepat sembuh..

Thursday, August 12, 2010

Kuih Lopes

 salam ramadan,hari ni akak bg idea pada sapa yang pening nak buat aper tuk berbuka nanti.gilah dapur kalau ada pulut tu rendamlah kejap.sempat lagi kalau nak buat.berbuka manis manis gini sedap gitu...
 resipi akak amek dari umah kak Rusnah  disini

Bahan bahan:
* Beras pulut setengah kilo *seeloknya direndam semalaman*
* pati dari air perahan daun pandan + sedikit pewarna hijau epal
*1 sudu besar air kapur (ni akak ganti dengan air abu soda)
*daun pisang
*tali rafia
* kelapa parut + garam
* air sirap gula merah/gula melaka


Cara buatnya:

1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian ditanak dengan air yang bercampur pati daun pandan,air kapur dan pewarna hijau.
2. Tanak separuh masak sambil dikacau2 supaya tidak hangit.
3. Bila sudah kering air dan pulut agak separuh kental, mulalah menggulungnya di dalam daun pisang yang dah siap dilayur sebelum itu.
4. Ikat di kedua2 hujung daun pisang dengan tali rafia. Ikat juga di bahagian tengah supaya tidak pecah semasa merebus.
5. Bila siap semua, rebuslah selama 1 - 2 jam.
6. Toskan dan biarkan sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa + garam
7.Potong menggunakan benang yang diregang.
8.Sedap sangat dimakan pula dengan sirap gula merah.
9.Bungkusan pulutnya yang didalam daun pisang tu boleh tahan 3 hari sebab
adunannya tidak dimasukkan santan

 cuba jangan tak cuba.....
 Selamat berbuka puasa,semuga puasa kita hari ini diberkati



Wednesday, August 11, 2010

Rawon-Bumbu paste pemberian Deetha

 lauk nie akak masak dah lama dah.tapi baru nie dapat nak update.mmg mudah semudah 123 nak masak kuah rawon nie.maklumlaa dapat pastekan senang..kalau dapat masak guna resipi yang deetha bagi lagi best agaknya..tapi masalah nye mana nak cari buah keluak..sebab buah tu laa bahan utama..
 pepun dapat bumbu nie pun dah okay.dapat laa melepaskan rindu..kalau kat Singapura ada dijual nasi rawon nie..ada paru goreng lagi mmg sodap sungguh..tu yang tingat sangat tu..kat msalaysia nie mmg tak de jumpa lagi..
buat Deetha maceh yo mbakyu merealisasikan keinginan nak makan lauk rawon nie..

GA dari Kelly's Life

akak tengok kat blog kelly nie ada GA..bg apron yang cantik nie..waa akak pun nak join juga.mantau ada nasib menang cantik tu..nnti bergaya masa buat kuih raya hehehe..meh laa ramai ramai join..suka suka ajekan..ada syarat syartanya tau  tengok kat bawah nie

Syarat2 nya mudah sahaja : -
 Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
>>>>>>ok akak dah buat
Link kan blog Kelly's Life
>>>>done
Letak komen kat N3 ni
>>>>>done
Mestilah follower kat blog Kelly's Life
>>>>>>dah follow
Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je
>>>>>akak mmg duk malaysia,tu yg join tu 


Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Almubarak dan Kad dari AlongROZ

Salam pagi selasa:-)
lama sungguh akak bersiaran kat sini.tapi hari ini akak nak juga sama sama merasakan suasana menyambut ketibaan Ramadan yang dinanti nantikan kita semua.Bulan yang penuh dengan keberkatan dan limpahan pahala dari ALLAH SWT buat kita yang mau merebutnya..dikesempatan ini akak ingin menghulurkan tangan memohon kemaafan seandainya ada salah silap sepanjang akak beblog dan mungkin ada terkasar bahasa dengan teman teman,adik adik semua..jadi akak wakilkan Umar dan Rasyid untuk menyampaikan salam buat semua..sudi sudikan laa ya..

Dan yang ini kad dari ALONGROZ sempena ramadan yang bakal menjelang esok InsyaALLAH..Makasih yea along ingat kat akak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails