Thursday, April 22, 2010

KUIH LAPIS

sambil masak tadi akak bancuh adunan untuk buat kuih lapis nie.tengok kat umah Noorma dia buat kuih nie.pagi tadi gie umah yatie pun ade gak.tak boleh jadi so akak buat gak..tapi buat perasa koko ngan buh warna kuning je..sedap jum makan!!akak ikut resipi Noorma buat kuih ni..dan dah c/p aje dari umah dia.terimakasih yo noorma buat akak masak kuih ni...

Bahan-bahan 1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk(akak gantikan dengan santan 4cawan)
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.(akak buh serbuk koko dan pewarna kuning)
4 cawan air(tak bubuh sebab dah gantikan santan)

Cara-cara 1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak



GORENG KACANG PANJANG BERSOTONG

makan tengahari kalau ada lauk ni berkawan dengan ikan kering bulu ayam(peberet kat umah akak)sambal tumis ikan bilis dan bening kentang(sup kentang)..makan nasi hangat hangat..mesti tak toleh mane mane kan..kalau gitu sape yang agak agak lum makan lagi meh datang umah..jamu selera..huhuhuhu..jgn risau tak naik berat badan...

untuk goreng kacang ni senang aje..mayang bawang kecil 2 biji,sebiji bawang putih,sebiji cili merah..tumiskan masukkan sotong(akak rebus kejap).perasakan dengan garam dan bubuh sedikit maggi seasoning.kalau takde buh aje serbuk perasa.akhir sekali masukkan kacang panjang.siap.

ANUGERAH BLOG DARI KAKCHIK

pagi tadi buka blog ade mesej dari KAKCHIK>>keluargaku sayang.blogspot.com.Kakchik bagi akak anugerah nie.ewah mesra mata tu..suka akak dapat anugerah nie.walaupun hanya dialam maya aje.tak per laa kan.seronok bila kita disukai.tak kira laa macam manakan.Buat KakChik terimakasih banyakkk..

AWARD dari NANAE

 Nanae dari salamdaripuncak.blogspot.com bagi akak award nie..ade syarat syarat nye.tapi akak tak buat.takper kan nanae.akak ni biasa biasa ajer.pepun terimakasih banyak sudi bagi award ni pada akak..

Wednesday, April 21, 2010

CARROT CAKE @KEK KAROT

petang semalam selepas balik dari klinik akak buat epok epok lagi.kali ni cuba inti keledek.selalu guna kentang.tapi semalam akak buat inti keledek sebab nak test market.kot semua suka boleh laa buat selalu..tapi tak laa post n3 epok2 tu.jemu pulak asyik layan epok2..sebelum maghrib akak parut lobak merah sebatang.
butter mmg dah siap keluarkan dari pagi..amek buku resipi terus buat kek karot nie..sesuai tul ngan tekak.meh lah buat selain bahan mudah buat pun cepat...amek resipi kat umah hana..salin semula nie

Bahan2:
  • 125g mentega
  • 3/4 cawan gula halus-boleh kurangkan klu tk suka manis
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan whipping cream(akak ganti susu cair)
  • 1 camt.esen vanila
  • 3/4 cawan parutan lobak merah
  • 1 genggam isi kacang pistachio.cincang kasar(akak ganti ngan kelapa kering)
cara-cara
  1. panaskan oven pada suhu 175C.lenser loaf tin ukuran(9x4x3.5) dgn mentega,alas dasar dgn kertas minyak.lenser kertas minyak tadi.Ambil 2 sudu besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dgn lobak merah parut hingga rata.ketepikan
  2. putar mentega dengan gula halus dan gula perang hingga putih,masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.Pada kelajuan sederhana,masukkan esen vanila diikuti tepung berselang seli dengan whipped cream(susu cair) hingga habis kacau rata.
  3. tambahkan lobak merah dan kacang(kelapa kering).gaul sebati.Tuang dalm tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak.Uji kek dengan mencucukkan lidi sate bhgian tengahnya.jika lidi tadi keluar bersih,tandanya kek telah masak.
  4. keluarkan kek dan boleh lah dihidangkan.sesuai untuk minum petang..(akak makan malam2 dan pagi hari)
selamat mencuba...

APAM TEPUNG GANDUM

Buat apam nie sebenarnya untuk minum petang isnin.ingat nak post semalam.tapi tak sempat.semalam bawa Umar gie klinik unutk pemeriksaan dua bulan.kebetulan hb akak cuti,jadi memang tak dapat nak curi curi posting kan n3..mulanya nak buat apam tepung beras,tapi ntah kat mana akak letakkan tepung beras pun tak hingat.jadi akak buat ajer laa apam nie.dulu pernah buat,ikut resipi amek kat umah CMG..tapi tak de kelapa..sebab tukang beli kelapa sekolah.jadi makan gitu ajer..pun sedap!!!resipi cari kat lebel apam yer.InsyaALLAH jumpa..

Monday, April 19, 2010

ROJAK ULEK

semalam jenguk umah cikgu zana nampak rojak.aduh kena gak buat.paling suka makan rojak ni adalah hb akak.akak tau kalau tengahari balik untuk rehat dan buka tudung saji ada makanan kegemaran dia mesti nak makan dulu..apa apa makanan yang ada kacang memang dia suka.jadi hari ni akak buat sekali rojak ulek nie..tapi tak cukup laa bahan.tak de tahu,tauge,kangkung celur..tapi tetap sedap..biasalah kalau dah namanya rojak..layan lagi...
untuk buat kuah rojak ni akak rebus 6 keping lada kering,ulek bersama dengan belacan yang dibakar,sedikit gula merah,gula pasir dan air asam jawa.selalu letak sikit lada padi,ni tak letak..masukkan 3 sudu besar petis..kacau lagi.perahkan asam limau..dan akhir sekali masukkan kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar atau tumbuk kasar kasar..

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

dalam pantang tak boleh makan asam pedas.tengok Umar dah boleh bila akak makan pedas gini akak pun masak asam pedas.lauk kemestian dalam keluarga akak.tak kira ikan apa.dari yang sekecil kecil ikan hingga lah ikan besar..layan lauk ni..ermmm sedap menghirup kuah..pedas minum air..tapi akak tak berani lagi.makan sikit aje..

Friday, April 16, 2010

EPOK-EPOK

Orang johor panggil karipap sebagai epok-epok.kalau dibagi pilihan antara epok-epok ngan pizza akak lebih suka epok-epok.tu sebab sampai sekarang akak still cari resipi yang benar benar bila dibuat jadi rangup epok-epok tu.frankly ler kan akak ni dulu jarang buat kuih muih petang hari.kalau buat pun kuih yang mudah mudah cam goreng pisang(even kat umah ni kurang gemar-tak duli janji akak gemar),buat popia(sebab tggl buat inti yg mudah,balut dengan kulit popia ready made).hah menu selalu tu jemput jemput ikan bilis..hohohoho..kelalo kan.bukan per akak masa nak daro dirindu malas nak belajar buat kuih.adek akak semua terror buat kuih.akak jew tukang belasah.tapi kalau kuih moden like biskut raya tu mmg mahir..hihihi..tak per laa at least akak ni something useful gak time nak hari raya.bab akak yang tukang buat semua biskut2 kat umah.jadi chef laa pulak. tapi bile jadi blogger nie akak.suka laa try mana mana yang akak selalu fail tu.alhamdulilah dari tak pandai jadi pandai,tapi mungkin tak sesedap sifu sifu yg teror.
laaa bebel pepagi jumaat nikan.nak tunjuk epok epok tu tunjuk ajer laa kan..nilah akak nak tayang epok2 akak yg ntah kali ekberapa buat,baru nie akak dengar anak akak kata mak mmg best dan rangup.agak2 akak kembang tak???resipi akak amek kat umah JOURNAL RASA BDARIA..bagus info yg dia bagi.akak ikut jew.Resipi epok epok nie boleh amek kat sini..mesti tak kecewahttp://resepidaria.blogspot.com/search/label/Kuih%20Muih

Thursday, April 15, 2010

CHOCOLATE MOIST CAKE vs KEK MENTEGA PELANGI

hari ni harijadi anak akak yang ke empat.dah 11 tahun dah Muhammad Aliff Haikal.akak tak de laa nak buat celebrate apa apa.sebagai memenuhi permintaan Acid(dia tau hari ni birtday abang dia)so akak buat laa kek coklat moist.diakan hantu kek.bila dia tau hari ni harijadi abang dia,cepat cepat dia suh akak buat kek.masa dok pi sana pi sini umah kengkawan,akak termasuk satu umah nie.akak tak ler tau umah saper sebab akak tak link umah tu,tuanrumah tu kata kek coklat ni laa paling sedap pernah dia buat.agaknya dah banyak resipi dicuba kot.akak pun try la buat hari ni.tu laa kalau ditanya rumah sape mmg tak hingat.dah tu akak cuma salin bahan bahan ajer.tapi kalau dibagi markah pada resipi kek ni mmg akak bagi full kredit.tersangat sedap,lembut dan tak begitu terasa soda bikarbonatnya.
Dan kek mentega pelangi ni akak buat minggu sudah.ini pun resipi jumpa kat rumah Puan Noraini.resipi pun berlainan dari resipi kek marble yang biasa dibuat.nanti laa akak cuba surf balik umah kedua dua ni dan masukkan resipi..kedua dua kek ni memang sangat sedap...anak anak akak cukup suka.
Bahan-bahan :
  • 250 gm mentega
  • 220 gm gula kastor
  • 220 gm tepung kek
  • 4 biji telur A
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 50 ml susu cair(gantikan dengan fullcream milk)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna merah,hijau
Cara Membuatnya :
1. Griskan tin pembakar bulat berukuran inci dan lapik kertas serap minyak.
2. Satukan mentega dan gula lalu dipukul hingga gebu dan putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu cair.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan merah,hijau dan asal
6. Mula-mula masukkan 1 senduk warna merah ditengah-tengah tin. Kemudian tuangkan 1 senduk warna hijau diatasmerah tadi dan kemudian warna asal
7.  Ulangi proses hingga habis adunan digunakan. Ratakan adunan agar memenuhi tin.
8. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
9. Bakar kek selama sejam hingga masak. (akak bakar 45 minit ajer)

Wednesday, April 14, 2010

GAYA UMAR TIDUR MASA NI

Alhamdulilah Umar dah nak masuk dua bulan.dah berbagai perangai dah timbul.yang paling ketara time dia tido.kalau masa hidung dia tak selesa,akak tiarapkan memang dia suka.tengok ajer aksi dia tido..sekarang ni pantang ajer dia buat aksi ,dah jadi macam model laa pulak..dulu akak ingat tak nak masukkan dia dalam buai,tapi bila dia tido dibawah kejap kejap dia dah ek!ek!..tarik perhatian mak dia nie..kena stop segala kerja,melayan dia.acid pulak kalau disuruh minta tolong tengokkan adek dia mcm mcm alasan,kekadang dia suh akak letak adek dia sama dengan dia depan tv suh umar tengok tv sama..tak len asyik tengok hagemaru dgn fukuchan..sampai ralip..tengok ajer aksi Acid bila akak suh jaga Umar...
sekarang nie Umar dah tido dalam buaian,senang sikit akak nak bergerak,tido pun lena,badan pun makin bagai dipam pam..Buat AYU ni ler wajah Umar sekarang nie..meh datang rembau leh gomol Umar...

Tuesday, April 13, 2010

LEMAK CILIAPI TENGIRI VS TENGIRI GORENG BERLADA

bila dibelikan seekor ikan tengiri yang sederhana besar,dah siap dipotong potong agak agak apa menu yang sesuai dimasak.sebab siumar kecik lagi,perut dia tak boleh terima yang pedas pedas,asyik meragam jadi akak buat dua menu,satu dimasak lemak ciliapi negeri sembilan style dan goreng berlada..senang citekan.lagipun makan nasi tak berkuah macam kering aje tekak..
kat tempat akak dia orang masak lemak hanya guna cili api (tersangat ler banyaknya)dan kunyit hidup semata.ditumbuk halus.ikan tadi dimasak atas api kecik,masukkan bahan tumbuk dan beberapa keping asam keping.bila ikan separuh masak masukkan santan yang pekat dan garam.kacau sentiasa bagi mengelakkan santan pecah.akak masak tak bubuh banyak ciliapi..tak berani..berasap tinge nnti..

KUIH DADAR akaKUIH KETAYAP

bangun tido acid cakap ngan akak suh buat kuih dadar ni lagi.sebenarnya petang semalam akak buat kuih ni as a request from my tekak sendiri..huhuhu..akak ade buat inti kelapa manis.ingat nak buat kuih pau.kuih kegemaran seisi rumah akak .tengok banyak pulak inti tu akak pun bancuh laa batter untuk kuih dadar nie.blend ajer tepung,garam dan air..buh perwarna..agak agak aje kepekatannya..separuh buat dadar separuh anak akak makan dengan kuah kari.ala ala roti jala gitu..jadi pagi ni akak ngan acid sarap kuih dadar aje..ade lagi.kut spae lum sarap tu meh dtg umah tapi bawa air sendiri..mak aiii kedekuttt tulll!!!!

Monday, April 12, 2010

AYAM PANGGANG PENCUK

Sape lum makan lagi.meh laa datang umah akak.jamu selera dengan ayam panggang pencuk.akak cuba buat sebab teragak betul bila tengok chef wan buat lauk ni dalam rancangan Ole-ole chef wan.tapi sayang nya akak tak pulak ingat nak salin bahan-bahan.cuma main agak agak aje.cis!!..kunun kunun macam handal.hah..amek ko..tapi sebab dah teragak bebenar akak buat laa.macam kata anak akak main taram ajer.
cuma yang akak tak dapat nak bubuh dalam resipi ni adalah lada merah nya sampai 15 batang..hehehehe ngeri....dan kena bubuh daun limau purut.akak tak ade lak.(dulu ade lebat daunnya akak tanam..tapi dalam pantang tu takde sape nak siram,mati pokok akak tu),akak gantikan dengan rosemary..ala..ala mat saleh laa pulak..tapi memang sedap...sangat.

Atas permintaan ramai(eh ramai ker) cam bagus jer akak niekan..actually akak tak salin pun resipi ayam nie tapi ingat ingat gitu ajer..jadi akak harap sesiapa nak cuba resipi ni kalau nak adjust tu sila laa yer..akak pun adjust gak nie...ikut resipi chef wan kuantiti bahan banyak tul jadi pandai2 laa agak2 yerSe

Bahan bahan
  • Seekor ayam belah dua (akak amek dada ngan paha ajer)
  • 15 btg lada merah(yg nie akak ingat tul ngeri banyak tul kan)
  • 8 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih 
  • 2 biji bawang besar
  • halia,lengkuas,kunyit hidup(agak2 yer)
  • 2 btg serai (ketuk)
  • 3 biji buah keras
  • daun limau purut(racik halus)
  • semangkuk santan pekat
  • perahan limau nipis
  • gula melaka
  • garam dan perasa
cara cara
  1. kisar bawang merah,bawang putih, lada,halia ,lengkuas dan buah keras
  2. panaskan minyak dlm periuk,tumis bahan kisar(chef wan buat satu2-akak masuk semua)
  3. bila naik minyak,masukkan serai,ayam dan santan.kacau rata.
  4. masukkan gula merah,perahan limau nipis,garam dan hirisan limau purut.
  5. bila ayam agak setengah masak,keluarkan dan panggang atas api.akak masukkan dalam oven.
  6. kuah yang lebih tu masakkan hingga pekat.semasa proses memanggang curahkan lebihan kuah keatas ayam tadi.

AWARD DARI SHEILA

Dapat award dari Sheila.terimakasih atas ingatan sheila buat akak..seronok punya kawan kawan alam maya.walaupun belum pernah bersua,tapi dah macam kenal lama..semuga persahabatan alammaya nie kekal berpanjangan..Terimakasih bebanyak...

MEE GORENG MAMAK

Salam pagi Isnin,

wallaaa berapa hari tak update masak masak nie..kalau jumpa sabtu ahad tak merasalah akak nak duduk lama lama depan pc.nak post n3 pun payah.tapi sempat juga akak surf tenet cari bahan and tengok blog sifu sifu yang terror buat kek dan deko kek.sempat ler termengong sekejap dek tertarik dengan deko yang dibuat.tak per laa,nanti ada masa akak nak gak cuba melembutkan tangan belajar mengukir kek.uwaaa..
Okaylah hari ni akak tayang mee goreng mamak yang akak masak untuk sarap.cuba resipi rancangan icip icip di AFC channel.dah masak akak rasa kena tambah daging hiris untuk menyedapkan lagi rasa mee nie.maklumlaa akak suka kalau mee goreng dibubuh daging.baru ummphhh..

Bahan bahan:
  • 500gm mee kuning
  • 1 biji bawang besar(dimayang)
  • 2 biji lada hijau (hiris serong)
  • 1 biji tomato(hiris dadu sedang)
  • 1 biji kentang sederhana besar (kupas kulit rebus sebentar)
  • 1 keping tahu
  • 200 gm udang
  • sedikit daging(rebusdan dihiris nipis_ni akak cadangkan dan akak tambah)
  • cili boh atau lada kering dikisar
  • sawi, dan tauge
  • sos tomato,sos cili dan kicap pekat
  • garam,gula dan perasa
  • 2 biji telur
bahan tumbuk:
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
caranya:
  1. Panaskan minyak.gorengkan dahulu tahu dan kentang rebus.dah garing angkat,masukkan udang goreng sebentar.angkat dan ketepikan dahulu.
  2. dengan menggunakan minyak lebihan tadi tumiskan bawang besar,dan bahan tumbuk,kemudian masukkan cili boh.bila telah naik minyak masukkan lada hijau,tomato,tahu dan kentang.kacau sebentar.kemudian masukkan daging biar sehingga daging empuk dan kemudian masukkan udang.
  3. tambahkan dengan sos cili,sos tomato dan kicap pekat.masukkan sedikit garam,gula dan perasa.
  4. akhir sekali masukkan mee,kacau rata,diikuti sawi dan tauge.buat lubang tengah dan pecahkan telur.kacau lagi hingga kesemua bahan rata dan perasakan.
  5. siap untuk dihidang...
Nota.cadangan hiasan bawang goreng,timun dihiris dan dibubuh sos tomato dan limau kasturi..

Wednesday, April 7, 2010

PASEMBUR KODIANG KE ROJAK MELAYU

kalau kata pasembur kodiang tak mungkin..tepung tu tak de udang..hehehe,nak kata mee rojak pun tak boleh.semua tak ade..pagi ni teghase ghase nak makan semua tuh.semalam gi umah Kak InaKL nampak dia buat gado gado..terliur sungguh.haritu Hana ngan Ika buat pasembur ,gi Spore mamaHawa buat rojak mee.masa ni yang ade kat umah cuma telur sahaja.bahan bahan buat kuah rojak memang ade.bahan tuk buat tepung pun ade cuma takde udang.jadi amek resipi sana sini akak buat ini ajer..petang nnti kalau ade rezeki leh keluar cari tempe,timun,sengkuang,udang ke ayam ke..buat menambahkan bahan hidangan..jadi tengahari ni akak makan ini aje...

Tuesday, April 6, 2010

AYAM KANDAR

Hari ni akak tunjuk lauk pauk ajer.dah berhari hari asyik kuih jerkan.Ayam ni sebenarnya ayam telur.akak suh hb akak beli ayam segar,tapi kat kedai tu hanya ade ayam pencen ni.dah lah kematu,akak rebus nak bagi sikit empuk,tapi tak gitu laa berjaya.ape nak dimasak kan ayam camgini.tanya jiran akak dia kata masak kari kak!eee semalam dah kari takkan nak kari lagi,adehhh..nak buat rendang kelapa takde..tu belum kerisek ngan daun kunyit lagi.akhirnya akak masak aje Ayam Kandar nie..senang cete..tapi punya laa berjam jam nak masak.Ntah berapa kali bubuh air pun tak tau..yang penting sedap!!!
  • 1/2 kg daging(gantikan ayam)
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

DAGING MASAK HITAM MANIS

Daging masak hitam manis nie akak buat malam tadi.nak gak buat sebab tengok kat umah IKA dia masak nie smlm.tapi bahan tak cukup.jadi akak masak dulu kari daging.lauk kari memang menjadi pujaan kat umah nie.hb akak palinggg suka.berhirup kuah kalau akak masak kari..ni bukan kes masuk bakul,tapi agaknya bila kita dah biasa masak jadi sukatan dan bahan dah jadi sebati ngan kita...uwaaaa!!!!
bila akak nak panaskan lauk kari akak tengok dah tinggal kuah yang seciput.nak tak nak akak kuarkan daging dan masak hitam manis nie.belasah ajer sebenarnya..

Daging Hitam manis
Bahannya:
  • 300 gm daging..hiris halus bersihkan dan perap dengan halia dan bwg putih
  • sebiji bawang besar dimayang
  • lada merah buang biji hiris panjang
  • 2 sudu lada hitam dikisar halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • sekeping asam keping
  • daun ketumbar (jika suka boleh letak)
  • sedikit gula dan perasa
Bahan tumis
  • 3ulas bawang merah
  • 3ulas bawang putih
  • seinci halia (kisar semua bahan tumis ni)
Caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan bahan tumis.biar sampai layu sikit,masukkan daging yang diperap tadi.bubuh sedikit air.
  2. bila telah agak empuk masukkan sos tiram,kicap manis,bawang besar dan lada hiris dan asam keping.masak lagi hingga daging benar benar empuk.tambahkan gula dan perasa dan daun ketumbar.

Nota:akak bubuh banyak kicap sebab tu lauk ni nampak hitam sikit..

Monday, April 5, 2010

KUIH GETAS-GETAS

Balik dari umah AlongROZ yang duk nun di Sarawak tu,akak terus pi dapur,buka petiais kuarkan tepung pulut dan suruh anak akak pi beli kelapa  parut.Apa lagi akak pun terus adun kuih ni.Along buat guna tepung pulut hitam,akak hanya guna tepung pulut biasa.bagi yang gemar kuih ni memang sedap.Acid tanya akak apa nama kuih nie.akak kata Getas-getas..bila dia promote kat abang ngan kakak dia kata kuih getah getah..hehehe dia makan paling banyak..
Akak c/p resipi kuih ni dari rumah Jurnal Rasa BDaria.terimakasih buat Daria.

Bahan2:
250gm tepung pulut

150gm kelapa (kalau dapat kelapa yg agak muda lagi bagus)

sedikit garam

130-140ml air


1/2 cawan gula

1/2 cwn air

Cara-caranya

1. Satukan tepung pulut dengan kelapa. Gaul rata dan masukkan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia boleh dibentuk. Jangan terus masuk semua air tu serentak...agak2lah ye, bila dah boleh dibentuk berhenti menambah air.
2. Bentukkan mengikut kreativiti anda. Adunan boleh dicanai dan dipotong menyerong atau dibuat bulat-bulat dan leperkan.

3. Goreng kepingan kuih itu dengan api yang perlahan dan sentiasalah alih-alihkan ia supaya kuih tidak mengelembung. Goreng sehingga kekuningan dan angkat.
4. Dalam kuali lain, masukkan gula dan air. Guna api sederhana dan masak sehingga ia likat. Tutup api dan masukkan kuih tersebut dan sentiasa kacau sehingga berbunga gula. Kalau anda tak suka manis sangat boleh kurangkan gula tersebut.

Saturday, April 3, 2010

TALAM KACANG MERAH

Petang ni akak buat talam kacang merah.tapi sebab first time buat jadi kurang laa sikit rupabentuk nya.rasa memang sedap.anak akak makan lapisan atas sebab lemak lemak gitu.kredit untuk kak hanilieza atas resipi enak nya ini.akak buat pun sebab semalam akak gi Lousiana umah yatie yang rajin tul buat kuih talam.terliur tengok kuih talam yatie yang cantik gitu jadi akak pun try and error ler..dia buat guna kacang hijau,akak ubah ke kacang merah..
Talam kacang Merah
3 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan tepung beras
*1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt-tukar ke kcg merah)
*2 sudu makan tepung jagung
*sedikit pewarna merah
Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit/hingga masak.

Bahan Lapisan Atas:

*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus

Cara Menyedikan Lapisan Atas:
  1. Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
  2. Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
  3. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit/hingga masak

Friday, April 2, 2010

NASI GORENG SEMPOI

Jemput makan nasi goreng sempoi akak pagi ni.tengok dalam periuk nasi ada belen nasi malam tadi.semangkuk dah asingkan dan dah dibubuh dengan ragi..nak buat apam eno bila bila nnti.selebih nya akak buat nasi goreng ni.makan dengan dak acid aje.
akak goreng dulu sebiji telur.hancurkan dan angkat.tambah minyak sikit,gorengkan ikan bilis,bila agak garing angkat.masukkan bawang dihiris halus,lada merah hiris (buang biji..tak berani tumbuk sbb baru benar habis pantang).bila dah layu masukkan garam sedikit dan secukup rasa,masukkan nasi ,kacau rata,akhir sekali masukkan ikan bilis dan telur hancur tadi...

p/s: dengar kabar Azie dah bersalin..Alhamdulilah dah selamat dah..tupun akak tau dari Ita...anak apa tak pasti lagi..Tahniah laa kan buat Azie.

Wednesday, March 31, 2010

KEK PELANGI

Salam petang rabu..akak nak gak tayang kek pelangi yang jadi hidangan atas meja kawan kawan.projek membaking ni buat semalam dengan acid.pasal kek kek ni dia suka sangat.pantang akak cakap nak buat kek mesti dia kata kek harijadi dia.dia siap suh bubuh api atas kek ni..hihihi maksud dia suh bubuh lilin ler tuh..akak kata tunggu bulan Mei nanti...akak suka makan kek nie bila dah simpan sehari..terasa enak dan lembut nya...resipi ada kat label kek yer..malas nak taip laaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails