Wednesday, July 1, 2009

Roti berinti Daging


Haaaaaa..ini baru betul menu akak buat hari nie..masa buka email ade email dari fotopages.biasalah akak ade daftar fotopages Rinnchan ngan Kak Rusnah.jadi bile mereka ni update ajer mesti ade email.jadi akak buka lah fotopages rinncan,selak selak resipi ade roti berinti daging nie...kebetulan akak cadang nak buat samosa petang nanti.jadi akak buat lebih inti daging tuh.
teragak juga laa nak buat roti ni.rinnchan tak guna BM tapi guna tangan ajer masa menguli.akak masukkan kedalam mixer..tapi terlekat lekat laaa pulak.adehhhh kena lah keluarkan dan uli guna tangan..alhamdulilah menjadi pulak.hihihi betul kata Ros Tokyo jangan putusasa..buat Ros arigato neee bagi semangat.begitu juga Ita Yokohama..tak jemu jemu bagi semangat.so terhasil laa roti ni.ade dua versi..satu tuh akak bakar bagi gesenggg sikit..

akak c/p ajer resipi ni kat umah rinnchan.kes malas nak taip ler niee...
ROTI INTI DAGING
Sumber : Pn Effiza Abdul Rahman, Majalah Suri 87.

Bahan-bahan :
500gm tepung high protein
22gm yis
1 camca teh garam
100gm gula caster
2 sudu besar susu tepung
1 camca teh bread improver
1 biji telur
240ml air
70gm mentega

Cara-cara :
1. Bancuh yis dalam air yg dicampur dengan sebahagian gula. Ketepikan.
2. Satukan bahan2 kering iaitu tepung, garam, sebahagian lagi gula, susu tepung
dan bread improver.
3. Pukul campuran bahan kering selama seminit. Masukkan bancuhan yis dan telur. Pukul lagi seminit.
4. Masukkan mentega dan pukul lagi 20 minit.
* Rinn tak guna mixer tapi uli dengan tangan selama 25minit !!! Dah lama tak exercise lengan dan tangan..
5. Setelah doh elok dan kental, bulat-bulatkan doh dan masukkan inti. Tutup rapat-rapat
supaya inti tidak terkeluar bila doh mengembang.
6. Sapu sedikit mentega pada loyang dan susun doh seperti bentuk bunga. Lihat gambar.
7. Tutup loyang dengan cling wrap atau tuala lembab dan perap doh selama 1 jam.
8. Glazekan permukaan roti dengan campuran air & telur. (Rinn omit yg ni) Taburkan bijan
di atasnya.
9. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 15minit. Keluarkan roti dan terus glaze lagi. (Rinn sapu mentega saja)

Inti:
200gm daging cincang
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 camca teh lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Sos Lea & Perrins
Garam & gula secukup rasa
* Tumis seperti biasa hingga daging cukup masak. Toskan air dan minyak yg berlebihan supaya tidak meleleh keluar daripada doh yang telah dibulat-bulatkan.

4 comments:

  1. Uli pakai tangan 25 menet tu boleh timbul urat2 saraf rasanya kak..hehe... (kes malas ler nie :D).. tp nampak roti tu gebu jer...

    ReplyDelete
  2. ijan,
    akak guna mixer dulu tapi bila dia uli samapi penuh tepung tu kat batang pengadun tuh,so akak keluarkan uli ler pakai tangan.hehehe penat laa pulak nak membersihkan bekas dah diguna..hehehe okay gak kan..ni baru ler menjadi.

    ReplyDelete
  3. akak, nanti kalo akak g kedai bakery, carilah Vital Wheat Gluten (saya beli kat Yen Bakery), benda ni boleh melembutkan roti. Lagi satu akak boleh letak Bread Improver 2000 (bukan bread improver biasa yg jual kat kedai tau, hanya kedai bakery jer,,,) benda ni pun leh melembutkan roti....ok..slamat mencuba yer akak ku sayang !!

    ReplyDelete
  4. noorma,
    terimakasih atas info nyer tuh..huhuhu tapi akt rembau ni satu kedai bakery pun takde.kalau ade pun semua kuih dan roti yg dah siap..tapi mana tau kot satu hari nnti tersesat ke kajang lagi leh laa cari...cayangggg noorma gak tau...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails