Thursday, July 23, 2009

Egg Benedict

Entah macamana pagi ni teragak lak nak cuba buat egg benedict.hari tu tengok kat umah Ros Onigiri dia buat untuk sarapan.bila jalan jalan kat umah Ayu pun nampak dia ade buat camgini..sedap ghupernya .Hb akak makan sampai licin..sedap katanya..
Ikur resipi kena buang kulit roti nie.sayang pulak nak buang,lagipun bila dibakar garing sedap la pulak.akak buh butter banyak banyak...adehhhh pada yang tak pernah buat cuba laa..tak rugi..

ni resipi akak c/p dari umah ros onigiri..terimakasih ros ..
Bahan-bahanye

  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked ( ros guna lada sulah je)
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam ( tak letak)

Cara-cara

  1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam. ( sebelum letak telur tu, ros tekan kan kt dasar roti dan buat bulatan, supaya telur apabila di pecahkan nnt elok je tengah-tengahnye, dan mengelakkkan telur dari terkeluar dari permukaan roti).
  3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.

8 comments:

  1. semalam dah tergerak nak buat mr.benedic ni bila tengok kat blog ijan,,blogresipi..sedap ya?nampak menarik walaupun doh terpeleok dalam bekas sempit tu hihi

    ReplyDelete
  2. Amboi...sikit punya glamer namanya.. egg benedict... woahhh kiranya ni 'selera antarabangsa' la ni kan... kita lom penah try buat canggini... hehe

    ReplyDelete
  3. Asma..nak buat macamana..tak bagi resepinya..

    ReplyDelete
  4. Cikmanggis,
    hehehe betul tuh Cm,mmg sedap nie..daha sekali buat cam nak buat selalu.senang jer..kena buat laa nie Cm

    ReplyDelete
  5. Fzi,
    kita first time buat,nak cuba ker,mesti taw bab sedap sangat,nnti kita buh resipi yea...

    ReplyDelete
  6. El,
    sowei tak sempat nak c/p dari umah ros nnti kita tepek yea..janaji kena buat nie..sedap sangat...

    ReplyDelete
  7. kalau guna mikrowave je boleh? meletup tak? kita selalu panaskan lauk je dalam mikrowave

    ReplyDelete
  8. geraugebang,
    akak tak de lak mikrowave tapi boleh ajer guna...bab egg benedict ni dibakar gitu..kejap ajer bg rotigaring sedap taw

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails