Saturday, July 10, 2010

Kuih Lapis keladi


haaa....inilah kuih lapis keladi yang akak cakap semalam.walaaa memang sedap..berbaloi akak buat.ada cerita mengapa akak buat kuih lapis nie.akceli akak dah buat talam keladi isnin lepas.tapi apa yang silap tak tahu ler..mungkin silap teknik..betul kata bdria kekadang bila buat satu satu resipi kita mesti heran mengapa tak menjadi kuih kita tuh..pada hal kita ikut sebiji gedebuk resipi..step by step lagi..tapi kalau teknik tak betul gitu laa jadinya..kuih talam akak timbul bahagian putihnya masa akak nak curahkan bahagian atas.jadi terbalik..yg ungu bawah yang putih atas..tak ke haru tu.!!!!! dah siap serupa camkuih lapis hihihi..tapi rasa kuih tu memang sedap..kena buat lagi nanti..kuih nie akak buat cam kuih lapis kopi yang lalu.cuma akak lenyekkan keladi tu.


BAHAN A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh garam

BAHAN B
1 cawan keladi direbus dan dilecek
perisa keladi (ni akak guna jenama double lion kira siap warna ungu dan berperisa keladi)
1/4 cawan air suam
semua bahan dicampur rata dan tapis.

BAHAN C
1/4 cawan air suam


CARANYA
Gaulkan semua bahan A sehingga sebati. dan tapiskan. Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan bahan B kedalam satu adunan, kacau rata. Biarkan warna asal satu adunan dan campurkan bahan C kacau rata. Masukkan satu senduk adunan keladi kedalam loyang dan kukus selam 5 minit. Lapiskan satu senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit. Lapiskan adunan keladi dan warna asal selang seli sehingga adunan habis.

9 comments:

  1. salam kakasma...dtg pepagi sbb nak kuih lapis yg comey tu...yum..yum...:)

    ReplyDelete
  2. alahai...sedapnyer kuih lapis keladi, semalam masa saya pegi Mydin, dh amik keladi, cadang nk masak ngan siput sedut, pas tu jalan2 saya letak balik ubi keladi tu, beli batang keladi jer.. abis kat Mydin saya singgah plak kat pasaraya satu lagi..tgk lagi keladi..amik...pas tu letak balik..last2 beli keledek..sebenarnya suami saya takleh makan keladi..masak siput sedut saya campur keledek jer, batang keladi yang beli tu saya wat masak lemak..pas tu cepat2 makan sengsorang..hehehe..gambo pun tak sempat nk amik...

    ReplyDelete
  3. rasa secantik dengan rupanya:)kena buat ni..teringin sanagt sb hari tu buat terlebih bubuh pewarna.

    ReplyDelete
  4. salam kak asma,
    cantik kuih lapis akak tu..kita sukalah buat macam ni senang nak makan...

    ReplyDelete
  5. Salam..macam dah terasa kat mulut..hehe..

    :-)

    ReplyDelete
  6. suzi,
    nak ajak makan dah habis..mmg sedap suzi..kalau buat keladinya biar kasar2 terasa nnti..hihihii

    ReplyDelete
  7. Noorma,
    laaa kelako akak baca cete ko nie..ooo mmg ada org alah makan keladi nie..dan ada yg mmg tak gemarkan..alahai rugikan..akak setakat nie semua belasah ajer janaji tekak terima..hihiihi tupasal tak turun turun berat badn..sedap yea mask btg keladi buh keledek..rasanya kalau masak lemak okay kotkan..tak kisah laa kan maa..jnji hb kita suka makan...senang ati kalau dah masak...dia suka makan tu dah cukup..

    ReplyDelete
  8. Cik manggis,
    haaa kena buat lagi tu cik manggis..pas nie try guna pewarna dan perisa yang asma guna..mmg tak rugi...baru 2 inggit aje sebotol..

    ReplyDelete
  9. Ayu,
    betul..betul...senang nak ngap..tak yah susah susah nak cari pisau plastik nak potong..hihihihi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails