Friday, March 26, 2010

AYAM ALA KASIM

Salam petang Jumaat.Wah malam ni kalau dekat dengan umah Hana boleh pergikan.Tapi tu laa jauh benar..seronok kalau gi yasinan gini.Orang Jowo rajin buat yasinan.Akak rasa lauk yang akak masak malam tadi ni sesuai untuk dibuat hidangan.orang jawa kalau buat yasinan maupun kenduri yang makan makan kami buat makan tu dalam dulang besar.lauk wajib sambal goreng jawa,serunding,ayam masak kicap ke,mee basah goreng,kacang panjang goreng dengan hati ayam,ikan kering goreng(ikan bulu ayam) dan hirisan timun.
Adehhh...tak boleh ingat ni mau meleleh air liur..
Eh melalut la pulak akak ni.akak masak Ayam Ala Kasim dari Azura Suhaimi ni malam tadi.lama nak buat tapi baru ni dapat merealisasikan nya.memang sedap lauk ni.amnak anak akak cukup suka.akak bubuh kicap lebih sikit.pada yang belum pernah cuba akak sarankan cubalah.selain senang bahan pun tak cerewet..maklumlah akak kan masak nak yang mudah aje..akak c/p dari umah Zaura nie..terimakasih buat zura atas resipi yang enak nie..

Ayam ala Kasim
Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam | dipotong
  • 1 labu bawang besar | dihiris nipis
  • 3-4 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 3 sb lada kering kisar
  • 2 sb kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • sedikit garam & gula
Cara-cara

1. Bersihkan ayam, perap dengan garam & kunyit. Sedia untuk digoreng sebentar saja.
2. Panaskan minyak & tumis bawang dan lada kisar hingga wangi & pecah minyak.
3. Masukkan kicap pekat tumis hingga agak garing dan masukkan ayam. Masukkan sedikit air dan kacau.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa dan biarkan hingga masak.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails