Friday, June 19, 2009

Kuih Lapis


Percaya tak akak tak pernah buat kuih lapis seumur hidup akak.ni cete benar.akak tak berapa pandai buat kuih muih tradisi camgini.tapi sejak berblogging ni minat nak mencuba pelbagai jenis kuih mula bercambah.ikut resipi teman teman ciber.tu lah untungnya punya ramai teman.boleh bertukar tukar minta dan kepakaran.
petang semalam tiba tiba tingat nak cuba buat kuih lapis.akak pun g umah Noorma.godek lemari dia.akak cuba resipi dia.Noorma memang sedap dan lembut gitu.anak2 suka.siap bawa bekal g sekolah.Resipi asal dari tulipMyr..terimakasih pada kedua duanya...boleh buat lagi..

Bahan-bahan
-1 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
-1 st garam
-2 paket santan serbuk(akak guna santan dan jadikan 3cawan santan+ 1cawan air)
-1 st minyak masak
-3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.(ni akak guna pandan emulco dan coklat emulco)
-4 cawan air(tak gunakan air gantikan santan)

Cara-cara
-Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
-Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
-Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling.
-Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
-Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.
-Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
-Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk dan bolehlah dipotong

2 comments:

  1. kuih lapis ni memang sedap kakasma kan? saya pernah gak buat...yummmy! anank2 saya amatlah suka kuih2 tradisional cam ni...

    ReplyDelete
  2. yang ni akak first time buat suzi..alhamdulilah menjadi..tak sangka lak..sama anak2 pun suka...kena lah buat selalu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails