Wednesday, August 25, 2010

Maaf yer akak tak sihat dan Umar pun baru sembuh



Salam ramadan semua...
minta maaf bebanyak..sebab lama betul akak tak post apa apa masak masak kat sini.walaupun hari hari masak tapi akak tak sempat nak buat posting..akak dan anak anak akak tak sihat.kena demam selesema dan batuk yang agak teruk..memang menguji betul ramadan nie..tapi alhamdulilah dapat juga menyempurnakan puasa akak.ada yang bertanya kemana akak pergi senyap ajer..buat yang sudi berkunjung dan bertanya kabar akak ucapkan terimakasih sangat.terharu sungguh.sebab ingat kat akak.Buat crew yang hari hari dtg berkunjung,buat mamahawa,nur,ros,haryati..dan ramai lagi yang bagi komen pun terimakasih sangat.memang tak sempat nak buat kunjung balas..InsyaALLAH jika ada kelapangan dan kesihatan akak dah pulih akak akan buat kunjung balas yer..ada juga akak dtg jenguk cuma tak bg komen..baca dan tengok resipi kawan kawan...Nie saja nak tunjuk pic Umar yang dah mula meniarap dan dah berkeliling ruang tamu..Umar pun baru dia hari nie sihat.sebelum tu Umar selalu merengek..akak ingatkan dia nak berdukung ajer..rupa rupa nyer bila bawa gi urut,tempurung lutut dan buku lali Umar dah tak betul.patutlah dia sayik merengek..sakit sangat agaknya.
Tapi alhamdulilah semalam akak bawa dia gi berurut kat seorang tukang urut yang memang pakar bab tulang nie,dah Umar dah beransur sihat..dan dah gila nak merangkak pulak..harap harap Umar segera sembuh dan dapatlah bergembira raya nantikan..Terimakasih buat semua,jangan serik datang umah akak yer..

NOTA AKAK: terimakasih buat follower akak yang dah bertambah tu..nanti ada masa akak dtg melawat yer..doakan semuga akak cepat sembuh..

Thursday, August 12, 2010

Kuih Lopes

 salam ramadan,hari ni akak bg idea pada sapa yang pening nak buat aper tuk berbuka nanti.gilah dapur kalau ada pulut tu rendamlah kejap.sempat lagi kalau nak buat.berbuka manis manis gini sedap gitu...
 resipi akak amek dari umah kak Rusnah  disini

Bahan bahan:
* Beras pulut setengah kilo *seeloknya direndam semalaman*
* pati dari air perahan daun pandan + sedikit pewarna hijau epal
*1 sudu besar air kapur (ni akak ganti dengan air abu soda)
*daun pisang
*tali rafia
* kelapa parut + garam
* air sirap gula merah/gula melaka


Cara buatnya:

1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian ditanak dengan air yang bercampur pati daun pandan,air kapur dan pewarna hijau.
2. Tanak separuh masak sambil dikacau2 supaya tidak hangit.
3. Bila sudah kering air dan pulut agak separuh kental, mulalah menggulungnya di dalam daun pisang yang dah siap dilayur sebelum itu.
4. Ikat di kedua2 hujung daun pisang dengan tali rafia. Ikat juga di bahagian tengah supaya tidak pecah semasa merebus.
5. Bila siap semua, rebuslah selama 1 - 2 jam.
6. Toskan dan biarkan sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa + garam
7.Potong menggunakan benang yang diregang.
8.Sedap sangat dimakan pula dengan sirap gula merah.
9.Bungkusan pulutnya yang didalam daun pisang tu boleh tahan 3 hari sebab
adunannya tidak dimasukkan santan

 cuba jangan tak cuba.....
 Selamat berbuka puasa,semuga puasa kita hari ini diberkati



Wednesday, August 11, 2010

Rawon-Bumbu paste pemberian Deetha

 lauk nie akak masak dah lama dah.tapi baru nie dapat nak update.mmg mudah semudah 123 nak masak kuah rawon nie.maklumlaa dapat pastekan senang..kalau dapat masak guna resipi yang deetha bagi lagi best agaknya..tapi masalah nye mana nak cari buah keluak..sebab buah tu laa bahan utama..
 pepun dapat bumbu nie pun dah okay.dapat laa melepaskan rindu..kalau kat Singapura ada dijual nasi rawon nie..ada paru goreng lagi mmg sodap sungguh..tu yang tingat sangat tu..kat msalaysia nie mmg tak de jumpa lagi..
buat Deetha maceh yo mbakyu merealisasikan keinginan nak makan lauk rawon nie..

GA dari Kelly's Life

akak tengok kat blog kelly nie ada GA..bg apron yang cantik nie..waa akak pun nak join juga.mantau ada nasib menang cantik tu..nnti bergaya masa buat kuih raya hehehe..meh laa ramai ramai join..suka suka ajekan..ada syarat syartanya tau  tengok kat bawah nie

Syarat2 nya mudah sahaja : -
 Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
>>>>>>ok akak dah buat
Link kan blog Kelly's Life
>>>>done
Letak komen kat N3 ni
>>>>>done
Mestilah follower kat blog Kelly's Life
>>>>>>dah follow
Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je
>>>>>akak mmg duk malaysia,tu yg join tu 


Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Almubarak dan Kad dari AlongROZ

Salam pagi selasa:-)
lama sungguh akak bersiaran kat sini.tapi hari ini akak nak juga sama sama merasakan suasana menyambut ketibaan Ramadan yang dinanti nantikan kita semua.Bulan yang penuh dengan keberkatan dan limpahan pahala dari ALLAH SWT buat kita yang mau merebutnya..dikesempatan ini akak ingin menghulurkan tangan memohon kemaafan seandainya ada salah silap sepanjang akak beblog dan mungkin ada terkasar bahasa dengan teman teman,adik adik semua..jadi akak wakilkan Umar dan Rasyid untuk menyampaikan salam buat semua..sudi sudikan laa ya..

Dan yang ini kad dari ALONGROZ sempena ramadan yang bakal menjelang esok InsyaALLAH..Makasih yea along ingat kat akak...

Monday, July 26, 2010

Soto Ayam

 Soto ayam nie menjadi hidangan akak sekeluarga semalam.pepagi duk berkumpul macam macam menu disuruh masak.akak kata lama tak makan lontong.anak anak suka dengar lontong nie.tapi banyak pulak nak kena buat.yang sulong kalau ada nasi impit mesti suh buat kuah kacang..sebelum gi pasar akak suh anak akak buat nasi impit.balik pasar tukar menu..buat soto..hihihihi mak diarang nie kan suka menderhaka..akak kata payah laa nak masak lontong..mak buat soto yer..tapi tak mau mengecilkan hati anak anak akak buat sekali sambal kacang..dua dalam satu..
kalau teragak nak buat hari nie sempat lagi..tengok resipi kat sini yer..nie kes malas nak menaip laa niekan..disini..selamat menjamu selera yer...dah snap gambar baru perasan akak tak bubuh sambal kicap.hehehe lupoooo!!
resipi sambal kicap:
  • 10 batang cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap manis
  • jus limau kasturi
caranya:
  1. blend cili api,bawang putih dan gula dengan blender kering hingga halus.
  2. keluarkan dan bubuh dalam bekas kecil,tuang bahan kisar,masukkan kicap  dan masukkan jus limau kasturi.

Sunday, July 25, 2010

Parcel dari DeetHa



DeeTha akak dah dapat dah parcel kamu.makaceh yer DeeT..Bumbu dari Indonesia.ni semua gara gara tengok menu Rawon kat umah Deetha.jadi dengan ikhlas dan senang hati Deetha antarin akak bumbu rready made.nanti ada masa akak masak yer..kena cari bahan dulu..senang hati akak..kok ada lagi nnti antarin lagi yo..huwaaaaa giler aper akak nie..dah bagi betis nak paha.!!!!!

Jemput jemput ikan bilis berMayo

 buat sarap jemput jemput ikan bilis.tengok belen nasi dalam piuk nasi tiggal sikit..dan dah berbauuuu!!!laa hai selalu akak bubuh nasi blend seklai ngan ikan bilis dan bawang.buka petiais ada mayonis dalam paket.waaa gud idea ni.terus picitkan kedalam tepung.adun terus..bubuh sedikit air masak panas.
wallaaaa dah siap goreng sedap pulak.lembut gitu.pas nie tak yah kisar kisar nasi lagi.my fren kena cuba nie tau..
bahan yang diguna macam biasa ajer..tepung gandum,ikan bilis bawang merah..nak sedap letak daun kucai,taugeh sikit..telor ooooo tidak tidak katakan tidak pada telor..Hamissss woooo tak lalu makan nnti..
dan tambahkan sedikit mayonis..
cubalaaa yer..memang mantoppp!!cicah lak dengan sambal kicap atau sos cili ajer..

Saturday, July 24, 2010

Kuih Lapis

 kuih lapis nie pun banyak versi resipinya kan.Biras akak ada bagiresipi kuih muih masa dia ada line tenet lama dulu.masa tu akak lum ada lagi line.jadi kalau teragak nak buat kuih akak refer ajer kat situ.ada yang dah akak buat dulu dulu..bila teragak nak buat kuih lapis ni semalam akak cuba guna resipi dari situ..jadi inilah hasilnya..dan akak cuba guna loyang biasa tanpa guna acuan yang ceconet2 yang selalu akak guna.pergh memang menguji kesabaran tul.nak motong kuih nie..kalau nak tau hanya ini saja yang dapat diselamatkan..
resipi asal dari fatimah mahmud
Restoren PakAmir(pencuci mulut 2000)
Bahan bahan:(buat separuh aja dari adunan asal)
  • 920ml santan pekat(dalam 5 cawan)
  • 400ml santan cair(2 cawan)
  • 300gm gula pasir(1 1/2 cawan)
  • 4 helai daun pandan
  • 150gm tepung beras
  • 150gm tepung ubi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen ros*
  • pewarna merah* (*gantikan dengan syrup rose)
  • *akak tambahkan 1cawan tepung gandum dan 2 sudu tepung jagung(kurangkan tepung ubi)
caranya:
  1. masakkan santan pekat dengan gula dan daun pandan sampai mendidih.biarkan sejuk
  2. santan cair,tepung beras,tepung kanji dan esen ros dikacau rata.
  3. masukkan santan pekat yang telah suam suam kuku tdai.kacau rata lagi.
  4. bahagikan kepada dua adunan.satu dibubuh pewarna ,satu dibiarkan kosong.
  5. kukus selapis lapis hingga habis.
  6. setiap kukusan dalam 5-6 minit
  7. biarkan sejuk sebelum dipotong..

Award dari Izah Muffin Lover dan TTM

Tenkiu..makaceh....sudi bagi kat akak award nie..ada tag tapi akak terus jawap ajer..boleh gitu..hihihihi.
blog akak nie biasa ajer,ada masa cantik ada masa tak cantik,akak suka pi semua blog kengkawan yang selalu update..tapi kalau tak sempat tu akak gi juga ler lambat sikit ajer noooo!!! pada akak semua blog cantik punya kreaviti tersendiri..ada yang pic diamek wallaaaa buat akak terliur dok menatap gambarnya..tu belum ghase lagi tukan.!!!dan semua tu buat perangsang bagi akak yang kekadg rajin kekadang malas.ping ping ping!!!!!

Friday, July 23, 2010

Ikan Goreng Cili Api

 akak suka masak camgini bila ada masak lauk lemak.bergandingan sungguh.buat pedas pedas sampai berasap tinge..mcmane nak kempis perut makan sambil minum air.tapi takper jangan masak selalu,kalau nak kempis perut ler..kalau idak tak kisah hari hari pun boleh!!
untuk masak ikan nie tak kisah ler nak guna ikan ape.yang penting goreng garing sikit..kalau nak cuba resipi nie cubalaa yer..mmg sodap...pedas cete belakang
bahan bahan untuk ikan goreng cili api:
  • 5ekor ikan kembong
  • 10-15 biji cili api
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam dan secukup rasa
  • daun ketumbar atau daun sop hiris halus
caranya:
  1. bersihkan ikan.lumurkan dengan kunyit dan garam.goreng garing..angkat dan ketepikan.
  2. tumbuk bawang dan cili api (kalau malas blend ajer).
  3. pijarkan minyak,tumis bahan tumbuk hingga naik bau.masukkan garam,kunyit serbuk,perasadan asam keping.gaul sebati
  4. biarkan bahan agak pekat dan kering ,baru masukkan ikan dan daun ketumbar.matikan api.siap untuk dihidang..

Thursday, July 22, 2010

Cempedak Goreng

 meh kita sarap cempedak goreng pagi nie..adik ipar akak kat rumah dia ada pokok cempedak nie..makk aiii sedap tul.manis dan tebal tul isinya.tapi sebiji cempedak ni tak banyak ulas nya.jadi akak goreng.sedap lak panas panas makan cempedak nie..
akak cuma bubuh tepung gandum campurkan sedikit garam,buh air gaulkan dengan buah cempedak.takde nak buat bater bater..senang cete..dah panaskan minyak,goreng dah agak kuning angkat,toskan..sedia untuk dimakan..

Wednesday, July 21, 2010

SEGMEN TAJAAN - GELEDAH DAPUR RAMADAN


akak nak cuba gak ler segmen tajaan dari Ben Ashaari nie..cam best ler pulak..tapi malu ada gak maklum akak nie tak ler sefofular cam blogger masakan yang lain..
nie n3 yang ben nak akak buat...
Buat satu entri ... letakkan kan

1 ) banner tu .. dan linkkan ke entri ni .. ceritakan dari mana anda dapat resepi tersebut.. dan kenapa.. ;)

>>>>>>>siap dah..ee betul ker nie. dan sesipa nak join sama leh laa link kan.disini

akak nak bubuh resipi rojak ulek .peberet seisi rumah..resipi keluarga akak..memang sedap kalau makan time raya ..puasa pun okay juga.kenapa akak suka resipi nie haaaa..biasa laa yang ade kacang dan buah2 segar..takcaya tengok sendiri ..mengiurkan tak???

2 ) letakkan url resepi anda tu.. mudah je kan ?? haaa...

http://kaksma.blogspot.com/2009/04/rojak-ulek.html

Ben harap harap betul laa kan..sekarang nie akak serahkan pada Ben pulak 

Sambal tumis udang

 asyik tayang roti jemu laa pulak kan..meh kita masak sambal tumis udang hari nie..tapi akak masak dah semalam.jangan marah yoo.saja nak bagi sesiapa yang pening pala nak masak aper hari nie.sekarang nie udang kat tempat akak murah giler.asyik masyuk laa pulak ngan udang.sampai tak tau nak masak aper ngan udang dah dibeli.
resipi udang nie akak main campak campak ajer..bak kata TTM tu campak jangan terlebih lebih pulak.tak masuk dalam kuali laa nampaknya kan..resipi mcm biasa ajer dah namanya sambal tumis semua pasti tau..

Tuesday, July 20, 2010

Roti Lagi..aduh tak dapat nak dikabarkan

 waaa akak dah gila meroti sekarang.asyik masyuk dengan roti..tak kira apa inti..ini ajer hidangan untuk santapan pagi nie..resipi sama ajer guna Bun manis yang sangat senang dibuat..ikut style macam guna BM..rupernya lagi mudah..tak yah nak buat satu persatu..campurkan semua bahan dan diuli hingga tak lekat dijari..akak jemur kat panas terik mentari(ewah bahasa sastera).kejap ajer dah mengembang..
 kena cuba bagi yang tak pernah mencuba..jangan risau kalau uli tak lama..tak penat tangan punya,tak caya cuba pasti kata betul kata kakasma...hihihihi
meh jemput makan..amek sorang seketul ajer yer...nanti tak cukup!!!!

NOTA AKAK: ni nak sampaikan pesan dari KAK FAE yang dah kembali kemsia..dia kirim salam pada semua pengunjung umah akak yang mengenali dia...

Saturday, July 17, 2010

Mee Rebus Udang

 mee rebus udang nie akak buat semalam yea..dah pinish already.nak post semalam tak sempat..akak buat lepas balik dari sekolah anak sulong ngan anak no 2 akak.ada tiga penjuru..kena lah gikan..nak jumpa ustaz dan ustazah kat sekolah anak2.dah penat malas lak nak masak nasi dengan lauk bagai.jadi akak buatlah mee rebus nie...
 merbeles kata anak anak akak..resipi tunggu yea...hari ni lagi sibuk..petang nanti FIL akak sampai dari kuantan..jadi nak siap siapkan mana yang perlu....hehehehe tupun kalau ada permintaan...
                                                    jamu mata dulu laa yea...

UPdated Resipi Mee Udang:
Bahan bahan:
  • 1/2 kilo mee kuning
  • 1/2 kilo udang
  • 2 keping dada ayam(rebus dan digoreng)
  •  2 sudu besar pes lada kering*(lada kering yang telah direbus dan dikisar)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging*
  • sedikit udang kering *
  • 2 biji keledek sederhana besar(rebus dan dikisar)
  • 2 sudu besar sos tomato,
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 susu sos tiram
  • garam, gula dan secukup rasa
caranya:
  1. udang dibersihkan,kepala udang dibersihkan,rebus sebentar dan ambil airnya.
  2. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan bahan bertanda* yang telah dikisar bersama.biarkan hingga naik minyak dan wangi.masukan air udang tadi..diikuti keledek yang telah dikisar halus.masukkan sos tiram,tomato dan cili.
  3. bila dah mendidih masukkan udang,garam secukup rasa dan gula.perasakan.
  4. Kuah udang ni mestilah agak pekat dan manis sedikit.bila udang telah masak matikan api dan bolehlaa dihidangkan
cadangan hidangan:
  • ayam yang digoreng tadi di carik carik untuk taburkan diatas hidangan.
  • limau kasturi.
  • telur rebus(jika suka)
  • bawang goreng
  • daun sop/bawang dihiris halus
  • tauge dicelur

pengisar Airbatu mini ANpanman...

saja nak tayang anpanman nie..buat fmina ni lah pengisar airbatu yang sama cam fmina punya..akak ni dapat dari cousin akak yang memang duduk kat jepun..dah lama ade benda alah.selalu gak buat esbatu campur..tapi pat nak mengisar airbatu tu yang malehhhh..ponat boanar raso eiiii...

Wednesday, July 14, 2010

Pau Mini Resipi 2....Jangan boring lak yer

 jangan cakap apa apa yer..asyik benar akak tayang pau..sama cam karipap,kuih lapis atau talam memang banyak versi resipi..jadi kena laa cuba mana yang terjumpa.barulah kita tau man yang okay mana yang idakkan..nnti idak ler stick kat satu ajer resipi..akak pulak suka cuba cuba..lepas tu lupa resipi mana yang sedap..uwaaaa padan ngan muka ..tetapi sebelum membeel panajng akak nak ucapkan terimakasih pada yang mendoakan kesembuhan sakit akak..hari nie rasa ringan sikit kepala..dah telan ubat biasalaakan..dan dah cuba gak buat seperti Izah Daut cadangkan..cuma lum makan kerang atau hati ayam mcm yang Ena dari Lovely kitchen suh makan..lum ade gi pasar lagi laa Ena..nnti gi pasar akak nak cari..akak setakat nie semua belasah ajer..no tolak2..asalkan halalan toiyibban...
 Resipi kali nie akak cuba guna tepung gandum dan dicampurkan dengan wheat starch..yang nie mmg agak kebetulan..masa tengok resipi kat rumah Bdria disini ada letak tepung nie.masa gi beli barang dapur akak nampak tepung nie(biasalaa suka membelek2)tapi tak amek sebab tak tau apa nak buat dengan tepung nie..masa jengah blog bdria nampak resipi nie ade bubuh tepung kanji nie..pegi lagi supa akak terus sambr ajerlaa.then semalam akak cuba buat guna resipi nie..jadi inilah hasil dari percubaan chef Kakasma kat dapur semalam..harus buat lagi nie..jadi kalau harus ape maknya yerk!!!
Pau mini
Sumber: Majalah Sedap bil 24

Source:Jurnal resipi Bdria

Bahan kulit

  • 250gm tepung gandum
  • 65gm tepung tang mien (wheat starch)
  • 50gm gula aising
  • 20gm susu tepung
  • 6 gm yis segera (mauripan)
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking soda)
  • 1 biji telur putih
  • 30gm mentega putih (shortening)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150gm air sejuk (Kurangkan kepada 100ml/110ml jika mengunakan tepung hong kong)


Note: Saya mengunakan tepung hong kong sepenuhnya. oleh itu air sejuk harus dikurangkan sebanyak 40ml. Masukkan air sedikit demi sedikit terlebih dahulu supaya bancuhan tidak terlelu lembik.
Cara membuatnya:
  1. Kulit. Campurkan tepung gandum, tepung tang mien, gula aising, susu tepung, yis segera dan serbuk penaik. Kacau rata
  2. Masukkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh licin. Masukkan shortening dan garam. Uli sehingga menjadi elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit.
  3. Kempiskan adunan. Timbang setiap bahagian adunan seberat 15 gram dalam bentuk bulat (ini jika anda ingin membuat pau mini). Biarkan selama 10 minit.
  4. Leperkan adunan. Masukkan inti. Bentukkan bunga dan pintal diatasnya. letakkan diatas kertas minyak atau kertas putih yg disapu dengan sedikit shortening. Biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
  5. Kukus selama 8 minit dengan api besar sehingga masak.

Tuesday, July 13, 2010

Aduiiiii...pening kepala!!!!!

soweiii laa yer..pada pengunjung setia umah akak hari nie..pagi tadi elok saja lepas membuat lawatan keblog2 kenkwn yg sempat dijengah,kepala akak tiba tiba berpusing rasa macam nak pecah..sib baik anak anak dah gi sekolah..dan nasib baik juga hb akak lum gi kerja..kesian tengok akak hb ambil cuti half day hari ni..antar akak gi klinik..memang teruk sakit akak nie..tapi sebelum pergi klinik akak sempat tido kejap..pukul 10 terbangun masih melayang layang lagi,gi dapur buat air,tengok kain dalam mesin basuh dah siap,keluarkan masukkan kain kotor yang satu trip lagi..buat air susu.hb ajak gi klinik..sampai klinik check darah alhamdulilah tak de lak darah tinggi..doktor tanya pernah guna cermin mata tak?laa nie yang malas nie kena pakai balik cormin mato...selain tu akak kena kurang darah rupanye..aisey makan ubat penambah darah lerrr..kena makan buah buah banyak2..durian boleh ker doktor..kan buah juga tu..hihihihi...buah2 yang berkhasiat laa kak ooiiii!!!
jadi tu sebab hari nie takde menu masak2..menu kepala pening ajer..harap akak akan cepat sembuh..maceh yang sudi bertandang..jangan jemu datang umah akak yer..yang lum sempat akak balas kunjungan nnti akak gie yer...

Monday, July 12, 2010

Mini Popia bersira susu

 first time makan masa balik beraya dikampung 2 tahun lepas.adek akak oder ngan kawan dia.beli dua balang tapi tak kuarkan untuk hidangan..dikudap ajer masa tengok tv..kejap licin..sedap sangat..tahun lepas adek buat sendiri..lagi parah..lum raya dah licin..akak pernah nampak Noorma buat kudapan nie..buat sesiapa nak buat masa raya nanti akak memang suggestkan buat.senang dan sedap..cuma pat nak mengulung kulit popia tu yang agak kena terlateennnnn kata orang jawa...
 bahan nya cuma kulit popia.....gunting persegi dan gulung.lekatkan dengan tepung+air...dah di goreng,toskan dan sirakan dengan susu tepung dan sedikit gula aising..wallaaaa sedap..kalau nak bubuh kacang tanah kisar halus+gula pun boleh.....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails