Wednesday, May 11, 2011

Ayam Tiga Rasa

 sesekali kita ubah resipi tiga rasa ni.selalu kita guna ikan siakap,bawal dan macam macam lagi.kali nie apa kata kita cuba resipi menggunakan ayam pulak..memang sedap.enak akalu dimakan dengan kuah lemak..sayur goreng...laju ajer makan nanti.
 AYAM TIGA RASA
source:dari rumah teres Kakasma

Bahan2:
  • Isi ayam...hiris bersihkan
  • 1/2 biji lada bengala warna merah,kuning...(kalau tak de lada merah /hijau pun ok)
  • 1biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 1/2 inci halia hiris halus
  • 1 btg serai dititik
  • 3 sudu cili kisar
  • 1/2 biji nenas hiris kecil2
  • 1/2 btg lobak merah juga dihiris
  • 3 biji putik jagung
  • bunga kobis dan tomato
  • daun limau purut
  • 1 sudu sos tomato,sos cili,sos tiram,sos ikan dan sedikit kicap
  • garam dan sedikit perasa dan gula
  • tepung jagung sebagai pemekat
caranya:
  1. ayam yang telah dihiris nipis tadi,lumurkan dengan sedikit lada sulah dan tepung jagung.
  2. panaskan minyak dan goreng sebentar ayam tadi.tos dan ketepikan.
  3. dalam kuali lain panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang ,bawang putih,halia hingga layu.masukkan scili kisar dan serai.kacau lagi
  4. kemudian masukkan kesemua sos dan kicap,garam dan perasa serta sedikit gula.
  5. masukkan ayam dan sayur sayur, dan tepung jagung.kacau sebentar,masukkan daun limau purut.
  6. matikan api dan bolehlah dihidang...
cubalah memang sedap....

6 comments:

  1. wahhh..bestnya ayam tu..
    meh semangkuk...

    ReplyDelete
  2. assalam kak asma...mesti sedap ayam 3 rasa ni, sekali tgk mcm daging merah kat warung je, ada sayur2 lengkap dh, bestnya

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Asma, lama tak singgah rumah akak. Sibuk ke?

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Asma,
    Umar makan tak ayam 3 rasa ni? heheh.. ada cili tu nanti sakit peyut :D

    ReplyDelete
  5. Salam kak... Best nampak ayam tu.. Boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  6. okokokokok mmmmmmdap ank2 makan bertambah2 >.<

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails