Wednesday, December 22, 2010

Sugee Kek @kek suji

 Pepagi dah tayang kek.apa nak buatkan,kalau dah peminat tegar ada,memang susah.kejap kejap kena cari idea kek apa nak dibuat.sebenarnya kek sugee nie lama dah berangan nak buat,amek resipi kat umah Fida@amida Dubai lama dah..baru nie dapat dibuat..Kalau ditanya pasal kek nie..memang tersangat sedap,tak caya buat laa...terangkat sungguh..tapi syaratnya masa makan kena tutup mata,ermmmm rasa lazat..uwaaa...perasan kejap yooo...
KEK SUJI

Sumber: Irma Iryani Said (Buku Resepi Pesta Perut)
                                       source akak Fida@Amida Dubai disini

Bahan-bahannya

400gm mentega ( chap tong/golden fern)
240gm tepung semolina/suji
2 sudu makan susu pekat
1 biji parutan kulit limau/oren
1/2 biji jus limau/oren
4 biji telur
10 biji kuning telur
300gm gula kastor
160gm tepung naik sendiri ( diayak )
100gm badam cincang
Acuan berukuran 28x20cm.



Caranya

Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung semolina, kulit limau dan jus limau. Gaul rata dan perapkan semalaman supaya tepung semolina kembang. Perap di suhu bilik dan bertutup.Esoknya....panaskan ketuhar 180 darjah. Gris acuan dan alas dasarnya dengan kertas kuih. Pukul telur, kuning telur dan gula hingga betul-betul kembang. Gaul rata pada adunan yang diperap semalaman.Masukkan tepung yang dicampurkan dengan badam cincang, sedikit demi sedikit. Tuangkan kedalam acuan kek dan bakar selama 45-60 minit. Setelah 40 minit, turunkan suhu ke 150 darjah.Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong.

8 comments:

  1. saya pun teringin betul nak merasa kek suji atau apa2 yg sujee ni... nak kena beli tepung dia dulu la kan

    ReplyDelete
  2. semalam tengok ada talam suji kat blog mat gebu..hari ni kek suji lak kat sini...nyum..nyum...

    ReplyDelete
  3. salam asma..lama tak bersiaran ye..
    akak nak cuba..tapi tepung semolina tu..nak beli kat mana ye..kalau dah tau beli kat mana..kompem nak buat ni..

    ReplyDelete
  4. Izah..dah jumpa buat...mmg sodap...

    CikMin, tu arrr pasnie akak nak try gak biat talam suji ..mesti sedap gaknyer kan

    Alimaz...mmg sedap Ina,kalau dekat leh anto kat Ina kasi rasakan

    Kak Erna...tepung tu kat kedai dan pasaraya anyak jual kak..kena tanya...

    ReplyDelete
  5. mas tak pernah wat lagi kek suji..tengok gebu jer....kena beli tepung dulu bru bleh buat...

    ReplyDelete
  6. Huwaaaa...mmg nampak sedap kek ni! Masuk list!!! :D

    ReplyDelete
  7. salam...akak,
    terbau2 harum kek ni... rin mintak izin nak print resepi ni dan mencubanya ya...makasih.
    selamat tahun baru...:-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails