Friday, April 29, 2011

Apam Dot Dot.

Assalamualaikum semua,wah kali nie akak benar benar bercuti lama.pc kat umah akak buat hal.En.hb akak jenuh laaa juga merepairkannya.Bila dah okay,semangat kerajinan tak mari kat orang sekarang..hari hari masak buat kuih,tapi semua tak dan dipostkan..tapi pagi nie akak nak juga menyertai komuniti geng masak2 but apam dot dot nie..saja mengetest...nak kata okay tak juga..tapi lepaslaa buat makan2.resipi nie lama akak dah amek dari umah disini Azita Zain
.
resipi apam nie semua taukan..akak guna filling blueberry juga...sedap!!!

Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
 
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  8.  

8 comments:

  1. saya suka buat apam tp lom cuba buat apam dot2 nih. Nanti nak try la... Tp apam akak buat ni nmpk sedap la... anak2 mesti suka.

    ReplyDelete
  2. salam winduuu kak...wah dh kembali bersiaran...cantik tgk apam tu kak saya dh lama teringin nk cuba tak cuba2 juga...bila nk merajinkan diri tak taula...hehe

    ReplyDelete
  3. wah apam dot aka apam dino ni.. memang tengah popular sekarang ni.. cumel jer..

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum kak asma

    CT pun suka apam2 ni. dah lama mengendeng nak buat, tapi tak tahu bila ada kesempatan. cantik comel2 jer apam dot dot ni :D

    ReplyDelete
  5. Assalam asma..apa khabar..lama menyepi dan lama tak tengok gambar umar..mesti dia dah besarkan..

    ReplyDelete
  6. selamat kembali bersiaran ^^ rajinnyer wat dot2.. tun wat apam nyer rajin je, nk mengedot tu kene tunggu vitamin R lbh.hihi

    ReplyDelete
  7. saya tengok ramai da buat apam dot2 ni..sy je yg belom lg..waahh, montoks2 apam..geram nengok..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails