Wednesday, January 19, 2011

Telur Goreng Sambal sos

 Kalau dah tak idea nak masak lauk ,nak nak bila buka petiais hanya ada telur,lauk yang akak tayang nie memang sesuai sungguh,selain senang nak masak,bahan pun tak banyak..bak kata orang pejam mata pun boleh masak.
TELUR GORENG BERSAMBAL SOS
Sumber:Dari rumah teres kakasma

Bahan2:
  • 5 biji telur
  • 1 batang lada hijau(hiris)
  • 1/2 biji bawang besar(dimayang)
  • 3 sudu cili giling
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*(bahan* tumbuk lumat)
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • garam dan gula dan secukup rasa
caranya:
  1. Panaskan minyak,goreng telur  sebiji demi sebiji.Ketepikan
  2. Kmudian tumiskan lada hijau dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan cili giling,bawang yang telah ditumbuk,kacau sebati dan biarkan hingga tumisan naik minyak,
  4. Tambahkan sedikit air,diikuti sos cili dn sos tomato.masukkan garam,gula dan secukup rasa
  5. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi..kacau rata.padamkan api
  6. boleh lah dihidang .

7 comments:

  1. Antara menu yang paling anak2 suka dan menyelerakan....

    ReplyDelete
  2. kak asma, telur goreng sambal mcm ni....mas suka tau...sedappnya..

    ReplyDelete
  3. singgah jalan2.. sedapkan telur masak cam ni ;)

    ReplyDelete
  4. Kak Asma... Menu ni mmg menu penyelamat. Ada satu lg cara.. diorang buat telur hancur bersos. Pun sgt sedap dan dlm kategori "menu jahat"... dah mkn rasa nk mkn lagi.

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. baru je nak masak kulat goreng kunyit. sedap lak bila pikir makan dengan telur sos ni.

    ReplyDelete
  6. eee sukenya telor goreng sambal, sedap tp x leh makan selalu. kolesterol tinggi!

    ReplyDelete
  7. suka makan telur ini dengan kobis masak lemak.. cuma saya x letak sos sbb manis..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails