Thursday, December 31, 2009
Abuk-abuk
Masa duduk kat kampung hari tu,ade saje tekak nak makan itu ini.dek kerana duduk kat kampung bahan bahan keliling rumah,cuma tggl beli bahan asas tu yang buat akak terajin nak buat makan makan.
Sebelum balik kerembau akak sempat suh adik bungsu akak amek kelapa,cari daun pisang,daun pandan dan macam macam lagi untuk akak bawa balik kesini.hah penuh bonet kete dibuatnya.
Jadi hidangan kuih pertama yang akak buat kat sini tu yang jadi tayangan.hehehe kuih Abuk abuk.kuih kegemaran anak anak dan akak juga.makan panas panas sedap tul...
Bahan2 kuih ni senang jer.Akak guna setengah kilo sagu biji yang berwarna hijau,setengah biji kelapa muda dan gaulkan dengan sedikit garam.Akak gaul rata sagu yang dah dicuci dan ditoskan dengan kelapa tadi.masukkan kedalam daun pisang yang dibentukkan kelonsong sesudu besar,bubuh gula melaka yang dah dihiriskan halus sedikit dan ditutupkan kembali dengan sesudu lagi sagu biji tadi.bungkus bentuk kun dan siap untuk dikukus.Akak kukus dalam 20 minit..dah siap bolehlah dimakan..ermmmm sedap sungguh.
Label:
kuihmuih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini la kuih favourite saya.. mak saya selalu buat.. sedapnye..hehehe
ReplyDeletemelovesfood,
ReplyDeleteahaa laa kat umah nie pun mmg suka semua nye..senang jer buat tapi kalau daun pisang tak de problem gak...
sedapnya kak..
ReplyDelete