Tuesday, March 23, 2010

DONUT KENTANG

Assalamualaikum,pepagi akak dah bersiaran.bukan apa nanti kalau budak kecik tu dah bangun tak dapat nak buat apa-apa.kena menghadap dia ajer.Nak bagitau laa inilah Donut yang akak dengan Acid buat petang semalam.Kira merealisasikan keinginan Acid nak makan donut yang ada coklat dan warna-warni kat atasnyer mcm kaat donut dunkin'.tupun pada mulanya dia asyik kata nanti mak bubuh lah orang bercinta kat atas coklat tu.Mulanya akak tak perasan bila abang dia balik sekolah Acid kata"abang,mak buat donut yg atasnya ada orang bercinta"siabang tergelak sakan sebab yang dimaksudkan adalah manik bentuk love..acid tak tahu nak sebut rupernya...kwangkwangkwang..

Memang sedap dan gebu donut nie.akak c/p dari umah Cikgu zana.Zana dapat resipi dari Ros Osaka..rugi sape tak mencuba..dah sejuk pun masih lembut lagi..Terimakasih buat Ros dan Zana.

Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan,

3 comments:

  1. Hehehe... pandai acid nak donut orang bercinta cintun pulak ye.hehehe... macam-macam... :D

    ReplyDelete
  2. tu arr ijan,kalau dengar dia cakap memang lucu.dia tau love tu maksud nya orang bercinta tapi tak tau nak sebut perkatan love tuh..anak2kan...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak, emmm mesti ada rasa lemak-lemakkan donut ni....

    ReplyDelete