Friday, July 31, 2009

Ayam goreng mamak style

Tengok kat umah suzi ayam nie..adeh terliur.jadi akak buat laa.mmg sodap kata org nogori..tak rugi buat.kerak keraknye mmg sedap..pas nie boleh laa buat selalu.terimakasih kat suzi dan ain atas resipi yang sedap ni.akak c/p ajer..mane tau ade yg nak cuba


bahan2:
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
  • 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga - tiga
  • 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
  • 1 biji lemon
  • 4 sb tairu (yogurt - yg plain tu)ni akaktukar kesusu cairperahkan limau kasturi..hehehekes takde tairu ler
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya utk menggorang
  • 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana - saya guna kepak ayam


Cara-cara


  1. blendkan bawang putih dan halia.
  2. gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
  3. goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!

2 comments:

  1. Buat nie letak tairu/yogurt ek Kak Asma.. nampa sedap ler... kalo mkn kat kedai mamak tak bleh nak mintak kerak2 tue.hehehe.. kalo baut sendiri mesti kerak tu licin dulu.:D

    ReplyDelete
  2. ijan,
    akakikut jer resipi yg ade kat umah suzi nie...mmg sedap...tapi tak de yogurt akak buat guna susu +limau kasturi...buat arrr..

    ReplyDelete