Thursday, March 15, 2012

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

 Salam pagi Khamis ....Alhamdulilah pagi nie berkesempatan nak ajak semua makan jemput jemput berkentang nih.Lama tul tak berkongsi resipi resipi yang dah akak masak.sayang nya semua gambar gambar yang akak amek dah hilang bersama rosaknya komputer yang selalu akak dan keluarga gunakan.yang nih lappy second hand hb akak hadiahkan sempena birthday.jadinya tak banyak gambar gambar yang tersimpan difolder...tu pasal akak tak dapat nak meluangkan masa kat rumah alamaya nih..walaupun gitu akak ada juga berkunjung kerumah kawan kawan yang ada.

Dan pada yang memberikan komen pada entri acar telur puyuh dibawah terimakasih yer..nanti akak datang kunjung balas...
Jremput jemput nih senang ajer bahan nya tapi amat lembut,dah sejuk pun masih lembut..selalu akak buat gunakan nasi sejuk yang dikisar bersama dengan bawang merah.kali nih akak try guna kentang pulak.Meh kita tengok camner nak buat...kalau nak ubah dari bilis ke udang pun boleh...

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

  • sebiji kentang yang sederhana besar
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • segengam ikan bilis 
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam dan perasa
  • air untuk mengadun
Cara caranya:

  • Kentang dibersihkan dan dipotong kiub rebus dengan air hingga empuk.simpan air rebusan kentang.
  • dalam mangkuk satukan bawang,ikan bilis,garam dan perasa.gaul sebati.
  • kemudian masukkan kentang bersama dengan air rebusan tadi..elok kalau masih panas.
  • kacau rata dan  boleh lah digoreng.
  • enak dimakan bersama sos...tapi akak suka cicah dengan sambal kicap..

9 comments:

  1. Salam kak asma! nmpk jemput2 bilis akak ni terasa mcm nak buat jemput2 pulak tp sarapan kita baru jer siap nii hihihi... esok2 buat jemput2 lama tak makan jemput2 ikan bilis :D pakwe mana? sihat tak? rindu kat makwe tak pakwe kecik sorang tuuu ehehe..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    loorr pc rosak ke? aduss sayang gak gambar2 kita dah try masak ilang gitu kan.
    jemput2 feberet ni. sedap cicah sos

    ReplyDelete
  3. Salam kak,
    Dah lama tak buat jemput jemput bilis ni. Sedap cicah cili sos thai tu.

    ReplyDelete
  4. aslmkum kak.. cuti tak balik kg ke.. ptg ni saya ke kuala pilah.. hihihi.. lum ada rezeki nk ke rmh akk nampaknya.. jgn merajuk yer

    ReplyDelete
  5. sedap ni kak asma... menu all time feberet... setengah kilo tepong tak cukup kat rumah sy kak..hihi..

    ReplyDelete
  6. kak asma..hasben tun, tiap2 hari bekfes ngan jemput2 ikan bilis pun xpe. tun pulak suka jemput2 kentang kosong je.. hihi

    ReplyDelete
  7. Assalam kak, sedap tgk cucur ikan bilis ni..mkn panasx2 cicah sos cili lingham sedap ni.

    ReplyDelete
  8. Salam kak, cucur bilis cenggini lah suami sy suka sgt.. simple tp sedap.. ralit makan sampai x sedar dh habis sepinggan.. hihihi..

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Asma..cucur kegemaran sejak berzaman tak kira apa versi sekali pun...kalau dapat makan time panas2 lagiiiii sedap ada rasa rangup-rangup gitewwwww

    ReplyDelete