Thursday, December 9, 2010

Daging masak Palembang

 Pagi nie akak nak share resipi masakan yang akak makan masa adek akak buat rumah terbuka raya lepas.memang sedap kalau makan ngan lontong atau nasi.cuma kepedasan nyer tu yang buat ayer mate meleleh bab kalau nak sedap kena bubuh cili api sket..memang gerenti asyik kena lap  lap jer hehehehe...pada nak cuba akak nak bagitau yea,resipi ni percubaa akak selepas merasanya sebab biasa laa kalau lenu tuk berniaga jarang orang nak bagi reipi yang tepat..kena cuba baru tau sedap ke idak..kalau sedap bagitau akak tak sedap diam diam jer yer...
Resipi Daging masak Palembang

1kilo daging
1 mangkuk kicap manis
15 biji bawang kecil*
8 ulas bawang putih*
1 inci halia*(* dihiris halus)
3-4 sudu besar cili mesin(lada kering dikisar)
rempah tumis 4 sekawan
1 mangkuk kerisek
2 mangkuk santan pekat
sedikit daun kari
cili padi yan dibuang tangkai(agak2 yea)
garam,gula dan secukup rasa

Cara caranya:
  1. Daging dibersihkan,hiris halus.masukkan kedalam periuk,tambahkan sedikit air dan kicap.rebus hingga empuk.(nie kena agak2 ya airnya kalau kurang tambahkan)
  2. Dalam periuk laun tumiskan bahan yang telah dihiris halus,rempah tumis 4 sekawan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili mesin dal digaul rata,biarkan bahan tumisan masak rata hingga naik minyak
  4. masukkan daun kari,santan,kerisek,garam,gula dan secukup rasa.
  5. Daging ynag telah empuk tadi masukkan kedalam bahan yang ditumis.biarkan hingga mesra bahan tadi.
  6. dah masak taburkan cili padi kedalam lauk tadi..
  7. sedap dimakan bersam lontong dan nasi.

5 comments:

  1. assalammualaikum kak..
    akak dh nak dpt menantu ke? wow! mudaaa lagi..
    kak daging palembang ni mmg sedap mkn dgn nasi minyak..terliurrr

    ReplyDelete
  2. salam..gi wet world pedas hari sabtu lepas..tapi akak call tak dapat ? kenapa?

    bestnya dapat jumpa dengan chah tu...hebat dia sekarang ni

    ReplyDelete
  3. hari ni nak masak daging masak palembang ni, rumah sepupu buat majlis kenduri kawin. tengok resepi mcm senang je, tu ingat nak ikut cara ni. mudah2an menjadi dan hasilnye menjilat jari...nyam..nyam..terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan kak... GD follow yer.. td google daging msk palembang ni. permintaan dr en suami for juadah harini. dah biasa masak tapi saje nak tgk2 kut2 ada cara yg lain. nampaknya samaje dgn resepi akak tapi GD x pernah bubuh kerisik.

    Rasa nak follow resepi akak la pulak harini.. boleh yer.
    terima kasih..

    ReplyDelete