Friday, July 9, 2010

Moist Chocolate Kek (sempena birthday anak2 bujang)


 bulan julai ni dua orang anak bujang akak celebrate birthday diarang.sorang  jatuh hari rabu dan sorang lagi semalam.dek selalu bila tima gini akak mesti buat sebuku kek.untuk tidak menghampakan anak anak akak ni semalam akak buat kek coklat moist nie,kuih lapis keladi dan karipap.makan anak beranak ajer.balik dari sekolah siabang dah tak sabar sabar nak potong kek.akak kata tunggu laa yang len balik dulu..ehhhh...takmo juga.dia kata eee..mana leh mak..abang dah tak sabar nak makan kek mak nie..nampak sedap sangat..iye laa tukan..kesian pulak nak menghampakan dia.jadi akak suh ajer dia potong,kemudian siadik pulak potong..tak de snap snap pic pun..yelah sempoiii ajer kan..
 resipi kek yang tersangat sedap nyer ini akak amek dari umah kak Ummi..walllaaaa memang betul kata kak ummi kena buat lagi..akak suka kek nie sebab ianya moist dan yang paling akak suka sebab tak bubuh soda bikarbonat pun..akak memang cadangkan pada sesiapa yang suka buat kek coklat mesti cuba buat kek yang sangat mudah nak sediakan..memang banyak resipi kek coklat dah akak cuba..kalau nak bagi rangking nie no satu ler..hohohohoo....terimakasih buat kak ummi yang telah membuat akak teruja nak buat kek ini dan k.izan @myr
Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
  • 2 cawan tepung gandum } diayak--*akak guna tepung naik sendiri
  • 2 sk baking powder } bersama--* bubuh 1 sudu kecil aje
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telor gred A
  • 250 gm butter
  • 2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair
  •  1/2 sudu teh nescafe dan sedikit coffee emulco(ni akak tambah) 
Cara Membuat:-
  1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
  2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  4. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
  6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)
  •  untuk topping nya akak buat:
  • 1tin susu pekat(boleh kurangkan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/3 cawan serbuk koko vanhouten
  • secubit garam
  1. campurkan susu,serbuk koko dan minyak.masak atas api perlahan saja hingga pekat,kacau selalu dengan whisker.
  2. masukkan garam dan esen,kacau..bila telah pekat dan berkilat(10 minit),tutup api dan biarkan sejuk..sapukan atas kek.
  3. akak taburkan sedikit coklat rice dan badam..

    4 comments:

    1. salam kakasma,
      wah senang lah birthday rapat2 n..hehe
      buat kek terus satu ajekan..sekali harung...
      anak yg number berapa tu kakasma?..
      HAPPY BIRTHDAY TO YOUR BOYS!!
      semuga jadi anak yang menjadi kebanggaan ibu dan ayah!!

      ReplyDelete
    2. salam akak as...happy bday utk anak2 akak. Semoga membesar menjadi anak yg soleh! kdg2 sng gak bila bday rapat2 ni kan, sekali je buat kek, atau beli kek, celebrate pun sekali je.

      ReplyDelete
    3. walahhh kak nengok pon dah tau sedap ni :)
      hepy besday buat kedua2 anak akak tu yek ..

      ReplyDelete
    4. bestnya kek.... tak lupa, slamat hari jadi pada boys akak tu....

      ReplyDelete