Friday, March 13, 2009

petua


Dah lama akak dapat email ni.sepupu hb akak yang anto.mula mula baca dah terasa seronok bukan ape info dan petua petua yg di utarakan benar benar bagus untuk dilaksanakan.walaupun akak tak berape gemuk,ececeh....mula lah tukan perasan!!!
jadi akak rasa elok dijadikan bahan rujukan bagi mereka yang ingin menguruskan badan.selain dari akan dipandang cantik insyaallah kita sebenarnye dapat mengelakkan penyakit datang menerobosi badan kita.
Info bagi mereka yang ingin berdiet:
  1. ketika memilih piring makanan ambilah piring yang rata bukan piring cekung.ambil sayuran dahulu utk memenuhi piring diikuti nasi dan terakhir lauk dagingnya.jika ingin menambah hanya sayuran sahaja yng digalakkan diambil.
  2. Selain memberi peluang makanan turun kebiasaan berjalan jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dr makanan itu.setiap 25langkah anda berjalan satu kalori digunakan.lebih-lebih lagi jika anda menaiki tangga.tapi pastikan dilakuakn secar santai kerana perut baru sat diisi.(kena kira tu langkah2 kita...ahaks...
  3. Untuk mengempiskan perut gerakan punggung yg ringan tetapi lama akan lebih efektif.Latihan dapat dilakukan dengan alat spt untuk permainan hula hoop.(pas ni kena g kedai beli hula hoop lah nampaknye ye)
  4. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap sudu gula mengandungi 32 kilo kalori!!!
  5. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.
  • Jalan cepat.
  • gunakan tangga berbanding dgn lif.(lebih tinggi tingkat lebih bagus....kalau akak 3 cukup,sebab pastu jual lidah...penat)
  • renang adalah sangat baik kerana ini adalah latihan menyeluruh.
  • Tunggang basikal dgn mengayuh perlahan lahan tetapi dalam tempoh lama.ini dapat merampingkan dan mencantikkan peha.
Petua bagi meurunkan berat badan:
  • Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari.perahkan airnya kedalam gelas nerisi air sejuk.masukkan kedalam peti sejuk.jadikan amalan meminum air ini setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam.cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.amalkan meminumnya selama sebulan,berat anda akan beransur turun.
  • Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
  • Air asam jawa juga baik dijadikan minuman harian.ia akan mengurangkan kadar lemak dalam badan.caranya ambil sebuku asam jawa.ramas kedalam segelas air.masukkan kedalam peti seju.anda jadikan minuman selepas makan tengahari atau makan malam.amalkan setiap hari anda akan dapati tubuh akan bertambah segar dan langsing.
  • Untuk menurunkan berat badan-selepas makan amalkan minum teh hijau atau teh cina tambahkan serbuk kayu manis dan madu.
  • mengemiskan perut dapat dilakukan dengan meminum teh tanpa gula yang diperahkan air limau nipis.amalkan meminumnya setiap hari.(petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit)
jadikan lah tip dan petua diatas sebagai santapan harian kita.marilah kita sama sama mengamalkannya.sape nak cuba!!!
Mengempiskan perut-minum tea tanpa gula dan diperahkan air limau nipis.amalkan meminumnya setiap hari.

No comments:

Post a Comment