Thursday, August 12, 2010

Kuih Lopes

 salam ramadan,hari ni akak bg idea pada sapa yang pening nak buat aper tuk berbuka nanti.gilah dapur kalau ada pulut tu rendamlah kejap.sempat lagi kalau nak buat.berbuka manis manis gini sedap gitu...
 resipi akak amek dari umah kak Rusnah  disini

Bahan bahan:
* Beras pulut setengah kilo *seeloknya direndam semalaman*
* pati dari air perahan daun pandan + sedikit pewarna hijau epal
*1 sudu besar air kapur (ni akak ganti dengan air abu soda)
*daun pisang
*tali rafia
* kelapa parut + garam
* air sirap gula merah/gula melaka


Cara buatnya:

1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian ditanak dengan air yang bercampur pati daun pandan,air kapur dan pewarna hijau.
2. Tanak separuh masak sambil dikacau2 supaya tidak hangit.
3. Bila sudah kering air dan pulut agak separuh kental, mulalah menggulungnya di dalam daun pisang yang dah siap dilayur sebelum itu.
4. Ikat di kedua2 hujung daun pisang dengan tali rafia. Ikat juga di bahagian tengah supaya tidak pecah semasa merebus.
5. Bila siap semua, rebuslah selama 1 - 2 jam.
6. Toskan dan biarkan sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa + garam
7.Potong menggunakan benang yang diregang.
8.Sedap sangat dimakan pula dengan sirap gula merah.
9.Bungkusan pulutnya yang didalam daun pisang tu boleh tahan 3 hari sebab
adunannya tidak dimasukkan santan

 cuba jangan tak cuba.....
 Selamat berbuka puasa,semuga puasa kita hari ini diberkati



7 comments:

  1. salam kak as...kuih lopes ni fav anak sulung saya. mmg tak pernah miss beli bila time posa. buat tak pernah lagi.hehe

    ReplyDelete
  2. Kak...sedapnya! my peberet tuh...selamat berpuasa ye kak...

    ReplyDelete
  3. Kak, nasib baik kita dah makan lopez yg MIL kita buatkan..kalo tak kempunan..kita tak reti main bedung2 ni kak :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Asma..sedap gak buat pemanis mulut kuih lopes ni..lemak2 campur manis...pergh..terliur dah ni...

    ReplyDelete
  5. salam kak.. selamat berpuasa.. sedapnya kuih lopes.. lama kiv nakk buat... rindu kat akak juga

    ReplyDelete
  6. asma..sama lah kita..akak suka kuih2 manis..bulan puasa ni..selera pulak tengok lopes ni..

    ReplyDelete
  7. cedapnye kak asma...kalau sy tuko daun pisang dgn aluminium foil, ok tak?>

    ReplyDelete