Thursday, July 1, 2010

Marble kek


 kat umah akak ramai yang antu kek.kalau lama tak buat mesti ada yang berbunyi,nape lama mak tak buat kek.nak buat yang banyak bahan memang tak daya..jadi akak buat kek guna bahan yang mudah dan senang nak dapat.tau tak akak buat kek nie guna resipi kek sheila mambo tu,tapi disebabkan takde cooking chocolate maka akak gantikan dengan koko powder..biasa arr derhaka kat resipi..cuma nak rasa mewah ceklat tu takde laakan..bila buat guna separuh ajer butter ada lagi separuh akak adun cupcakes dan isikan inti blueberry dan bubuh choc chips..tu nanti akak post yer..kita jamu mata ngan kek ni dulu..


Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan (gantikan dengan coco powder van houten)
125 gm mentega
125 gm gula kastor
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.

6 comments:

  1. wah lawo lah marble nyer tu kak asma...

    ReplyDelete
  2. marble kek ni antara resipi yg teringin sy nak buat nanti.

    ReplyDelete
  3. alaaa..bagi jamu mata je...bagi lah jamu makan...

    hehehe..

    :-)

    ReplyDelete
  4. Uish, cunlah kek akak nih! Love rasa nak ngap je! uwaaaa ;)

    ReplyDelete
  5. Izah,
    kekadg tu buat mcm lawo zah..kekdg tak lawo..hehehe tak pro laa katakn..lawa ker macehhh!!!


    Ain,
    hah kena buat tu ain..buat masa perasmian dapur baru siap..wah nnti jemput akak tau..leh makan sama2..

    ReplyDelete
  6. cheqna,
    dtg umah cyber memang kena jamu mata..dtg umah nyata boleh ajer..bilang ajer mau makan aper..pasti ku buatkan..:)...

    Love,
    yang buat lagi cun tau love..hihihi ngap ler tak per tu dua dua pun boleh..hihihi

    ReplyDelete