Monday, June 21, 2010

Tempe Goreng Berlada

orang jawa kalau tak makan tempe macam tak sah..walaupun kat umah akak hanya akak sorang yang suka makan tempe..tapi tak bermakna tak de lauk nie dalam menu akak..akak suka gak kalau ahli kat umah nie tak suka..senang cete..masak ikut suka dan perabih sorang..tapi masak tempe camgini memang laju ajer makan.


bahan bahan tempe goreng berlada:
  • tempe
  • ikan bilis
  • 2 biji bawang kecil*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 btg lada merah*
  • 4-5 biji cili api*
  • garam dan secukup rasa
  • minyak untuk mengoreng
  • sedikit kunyit dan garam untuk dilumur pada tempe
caranya:
  • hiris nipis tempe,lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam.goreng hingga garing.ikan bilis juga digoreng garing.
  • tumbuk atau blend  bahan bertanda *.
  • panaskan minyak,tumis bahan bahan yang ditumbuk tadi, masukkan garam dan perasa.
  • bila telah mesra dan naik minyak masukkan tempedan ikan bilis  goreng tadi.gaul sebentar.matikan api.siap untuk dimakan...

4 comments:

  1. lama x makan tempeeee....waduhhh

    ReplyDelete
  2. nak sepiring kakasma. Dah lama tak buat ni....

    ReplyDelete
  3. sedapnye...
    ni pun lauk kegemaran ezan jgk ni kak...tapi kan..camane nak buat sambal tempe yg kering ni ek..

    ReplyDelete
  4. IU rf,
    laa gitu ler nasib si perantaukan..nak buat tu boleh tapi kat sana pasti payah nak dapat bahan kan..takper balik msia nnti pulun habis2..ekekeke


    Azian,
    amek laa 2 piring pun boleh..kot tak cukup kena laa buat tu Azian..hihihi

    ezanurhafiz,nnti akak bagi resipi tu yer...

    ReplyDelete