Friday, May 7, 2010

Apam Tapai Beras

masih panas lagi apam nie..baru keluar dari kukusan.meh jemput semua datang rumah akak.kita jamu sama-sama..akak bancuh tengahari tadi semasa masak lauk tuk makan tengahari merangkap kemalam.petang ni tengok dah elok kembang akak terus masukkan eno dan kukus..

Apam Tapai Beras
Bahan-bahan:
  • 1 kampit tepung beras(akak guna cap teratai)
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan tapai(nasi dan dibubuh ragi...simpan dua hari-akak buat semlm)
  • 1 peket eno (yang warna biru)
cara nya:
  1. Blend kesemua bahan bahan kecuali eno.
  2. tapiskan 3x.masukkan kedalam mangkuk dan tutup adunan.
  3. biarkan kembang.setelah kembang masukkan eno dan kacau rata.
  4. kalau nak bubuh warna berlainan asingkan dan bubuh pewarna.
  5. sediakkan kukusan.masukkan adunan kedalam acuan dan kukus dengan api kuat selama 15 minit.
  6. siap untuk dihidang bersama parutan kelapa yg telah digaulkan dengan garam..

3 comments:

  1. Salam asma...
    Waa...sedapnya apam!
    kita suka sangat apam canggini, masuk tapai nasi...bau wangiiiii sangat jadi apam bila masuk tapai nasik.... :)
    Asma, kita pun buat apam sama cara ngan asma buat..faveret budak2 dan bapak budak... :)

    ReplyDelete
  2. fzi,resipi ni makcik asma yang bagi.dia berniaga apam ni dan selalu dpt tempahan..mmg sedapkan..sama laa asma pun suka apam camgini..

    ReplyDelete
  3. kak lepas champur semua tepung dan nasi tapai,simpan dua hari.kak ini dua hari boleh jadi masam so boleh kah saya simpan di dalam peti sejuk.?vijayw.

    ReplyDelete