Saturday, April 3, 2010

TALAM KACANG MERAH

Petang ni akak buat talam kacang merah.tapi sebab first time buat jadi kurang laa sikit rupabentuk nya.rasa memang sedap.anak akak makan lapisan atas sebab lemak lemak gitu.kredit untuk kak hanilieza atas resipi enak nya ini.akak buat pun sebab semalam akak gi Lousiana umah yatie yang rajin tul buat kuih talam.terliur tengok kuih talam yatie yang cantik gitu jadi akak pun try and error ler..dia buat guna kacang hijau,akak ubah ke kacang merah..
Talam kacang Merah
3 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan tepung beras
*1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt-tukar ke kcg merah)
*2 sudu makan tepung jagung
*sedikit pewarna merah
Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit/hingga masak.

Bahan Lapisan Atas:

*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus

Cara Menyedikan Lapisan Atas:
  1. Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
  2. Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
  3. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit/hingga masak

7 comments:

  1. esselamu aleykum kakasma,very beautiful your blog's.
    I'm from Türkiye,from Ankara.

    ReplyDelete
  2. Salam kakasma...dtg sini mkn kuih talam akak lah...sedap nampaknya tu!

    ReplyDelete
  3. Azma..salam semuga sihat sentiasa hendaknye..kita tak rajin sgt buat talam2 ini klu teringin nak makan order kat kawan je..malas nak mengukus..

    ReplyDelete
  4. lama tak jguk blog akak, very nice..... talam ni akak buh pewarna ke kak? merah keunguan menggoda sungguh....

    ReplyDelete
  5. Ena,
    jemput laa ena,jgn segan mmg sedap kuih nie.kena buat tau baru tau..

    ReplyDelete
  6. Datin EL,
    kita suka makan kuih nie.selalu elimni first time try buat..hehehe tu yg ruper dia burok tapi rasa sedap.yelahkan ikut resipi..kalu idak mau masuk cik tong kot..

    ReplyDelete
  7. Jue,
    ahaa laa lama tak jenguk akak kan,mmg akak bubuh pewarna sikit sebab kalau guna kacang merah ajer tak berwarna..hehehe tergoda yer...

    ReplyDelete