Monday, April 12, 2010

MEE GORENG MAMAK

Salam pagi Isnin,

wallaaa berapa hari tak update masak masak nie..kalau jumpa sabtu ahad tak merasalah akak nak duduk lama lama depan pc.nak post n3 pun payah.tapi sempat juga akak surf tenet cari bahan and tengok blog sifu sifu yang terror buat kek dan deko kek.sempat ler termengong sekejap dek tertarik dengan deko yang dibuat.tak per laa,nanti ada masa akak nak gak cuba melembutkan tangan belajar mengukir kek.uwaaa..
Okaylah hari ni akak tayang mee goreng mamak yang akak masak untuk sarap.cuba resipi rancangan icip icip di AFC channel.dah masak akak rasa kena tambah daging hiris untuk menyedapkan lagi rasa mee nie.maklumlaa akak suka kalau mee goreng dibubuh daging.baru ummphhh..

Bahan bahan:
  • 500gm mee kuning
  • 1 biji bawang besar(dimayang)
  • 2 biji lada hijau (hiris serong)
  • 1 biji tomato(hiris dadu sedang)
  • 1 biji kentang sederhana besar (kupas kulit rebus sebentar)
  • 1 keping tahu
  • 200 gm udang
  • sedikit daging(rebusdan dihiris nipis_ni akak cadangkan dan akak tambah)
  • cili boh atau lada kering dikisar
  • sawi, dan tauge
  • sos tomato,sos cili dan kicap pekat
  • garam,gula dan perasa
  • 2 biji telur
bahan tumbuk:
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
caranya:
  1. Panaskan minyak.gorengkan dahulu tahu dan kentang rebus.dah garing angkat,masukkan udang goreng sebentar.angkat dan ketepikan dahulu.
  2. dengan menggunakan minyak lebihan tadi tumiskan bawang besar,dan bahan tumbuk,kemudian masukkan cili boh.bila telah naik minyak masukkan lada hijau,tomato,tahu dan kentang.kacau sebentar.kemudian masukkan daging biar sehingga daging empuk dan kemudian masukkan udang.
  3. tambahkan dengan sos cili,sos tomato dan kicap pekat.masukkan sedikit garam,gula dan perasa.
  4. akhir sekali masukkan mee,kacau rata,diikuti sawi dan tauge.buat lubang tengah dan pecahkan telur.kacau lagi hingga kesemua bahan rata dan perasakan.
  5. siap untuk dihidang...
Nota.cadangan hiasan bawang goreng,timun dihiris dan dibubuh sos tomato dan limau kasturi..

4 comments:

  1. Salam kakasma!
    E-na pun suke mee grg isi daging tp klu nk cepat tu daging burger pun belasah jer..he he...

    ReplyDelete
  2. salam kakasma.
    kakchik rasa takde mood (malas) nak keluar tgh ni. nak tumpang makan mee goreng mamak akak boleh tak? nak yg udang lebih hehe.

    ReplyDelete
  3. E-na,
    okay gak cadangan tu,tapi akak lum pernah lak cuba len kali leh laa trykan..mmg tul bila buh daging len rasa mee tuh kan...

    ReplyDelete
  4. salam kembali kak chik,
    meh laa sama kita makan mee goreng nie..harap menepati citarasa kakchik..tak pun leh makan sekali lauk tghari akak nie..

    ReplyDelete