Wednesday, October 21, 2009

Popia

Masa teman blogger akak nak datang tu..antara menu akak nak hidangkan adalah popia.akak dah siapkan intinya.bila nak dibuat rupa rupanya kulit popia tu dah berkulat.akak simpan dalam freezer intinya.dan semalam akak buat laa popia nie..
bahan bahan untuk inti popia:

kulit popia secukupnya
7 -8 ekor udang hidup hiris halus
2 ulas bawang putih*
3-4 ulas bawang kecil*
garam dan perasa
sedikit tauge*anggaran
timun hiris batang mancis
karot hiris batang mancis

caranya:
  1. panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang.masukkan udang,kacau dan bubuh garam dan perasa.
  2. masukkan bahan sayuran.kacau hingga sayuran sebati.jangan terlalu lama.matikan api.
  3. sejukkan dan bolehlah diletakkan keatas kulit popia.buat hingga habis inti.untuk melekatkan kulit popia ini agar tidak terbuka semasa mengoreng akak guna kan bancuhan tepung gandum dan sedikit air.siap melipat bubuh bancuhan tepung dan lekatkan..
  4. goreng dengan minyak panas,dan api yang sederhana...
untuk sambalnya:
  1. 3-4btg lada merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. sedikit sos tomato
  4. sedikit sos cili
  5. gula dan air masak
  6. perahan limau kasturi
  • masukkan kesemua bahan kedalam blender kecuali air perahan limau.blend hingga hancur,keluarkan dan masukkan kedalam mangkuk kecil dan masukkan air perahan limau.perasakan..bolehlah dihidangkan bersama sama popia yang telah digoreng..

  1. caranya.

2 comments:

  1. kat umah ni ada gak kulit popia. dh keras kematun kot dlm freezer tu!!! bila lah nak rajin buat!!

    ReplyDelete
  2. ain,
    tau tak kuih yg paling akak rajin nak buat nie ler...hehehe bukan ape paling senang dan ringkas..sedap lak tu..yg len kalau nak buat pk 10 kali..yg nie ade jer kulit popia mesti gatai nak buat..

    ReplyDelete