Saturday, August 15, 2009

Donut

salam pagi sabtu.lama akak tak update blog akak nie..selain sibuk memotong baju dan langsir tempahan untuk hariraya nnti. sejak akak berbadan dua nie selalu sesak nafas waktu malam..nak tido payah sungguh.terkedip kedip mata pandang siling bilik,tak mo lelap.jadi bila siang terasa sungguh letihnya.selain masih lagi mengasuh anak kawan yang akak asuh sejak baby tu lepas hari lagi.

bile dah letih dan penat hb akak kata masak laa ape ape yang tak menyusahkan badan.jadi akak masak laaa simple dimple hari hari..tu yang tak de menu istimewa...tapi pagi ni akak nak ajak makan donut.soweii laa donut akak tak cantik.yelah main guna tangan jer nak bentuk.tak ade acuan donut,kalau idak mesti cun cam donut mak yung jepun buat..

resipi akak guna resipi akak belajar dulu
Donut:
  • 350 tepung roti (boleh ganti ngan tepung gandum)
  • 1/2 camt garam
  • 150ml air
  • 2camt yis
  • 2camB gula kastor
  • 2camB tepung susu
  • 30gm butter(cairkan sekejap)
  • 1/4camt 3+1 doh paste(boleh ganti ngan doh softener)
  • 1 biji telur
caranya:
  1. ayakkan tepung dan campurkan dangan garam,yis,gula dan tepung susu.
  2. dalam mangkuk pengadun elektrik cangkuk doh,putarkan air,telur,butter,doh paste hingga licin.
  3. keluarkan doh dan uli atas tempat bertepung elama 5 minit,hingga doh benar benar licin.tutup dan biarkan rehat selama 1 1/2 jam.
  4. uli doh lagi selama 2 minit.canai doh dan tekan dengan acuan donut.biar rehat 30 minit.
  5. panaskan minyak dan goreng donut hingga keemasan.biar donut sejuk,bolehlah golek dalam gula kastor.

5 comments:

  1. Salam...
    Waaa.... asma...tahniah nak dapat baby lagi...

    Cantiknya template baru ni... imej ceria gitu..

    ReplyDelete
  2. Fzi,
    terimakasih yea.tu laa zie,dah tua tua nak pregnen nie mmg payah,tapi rezeki Allah nak bagi..terima seadanya..

    nak sambut ramadan laa zie...

    ReplyDelete
  3. tahniah2... boleh geng dgn alongroz la ni ya.. :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Nor,
    terimakasih..boleh ajer tak salah tuh...

    ReplyDelete