Tuesday, June 23, 2009

Bubur candil

Bulleted ListBuat bubur ni petang semalam.puas memikir ape nak makan buat berbuka semalam..
lama tak makan bubur camgini..sedap ler pulak..berbuka dengan bubur nyaman ajer.untuk buat bubur ni:

bahan2nya.
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
caranye:
  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih boleh lah diangkat..

No comments:

Post a Comment