Tuesday, May 19, 2009

Sambal ikan kembung


Masak sambal ikan kembung aje hari nih.lawan dengan kobis masak lemak putih..hiriskan timun.okay laa kan..bukan ape kekadang cam ghajin masak banyak,kekadang satu jenis aje..ikut mood dan ape yang ade kat dalam esbok ajer....

Bahan bahan untuk sambal ikan kembung
  • 6 ekor ikan kembung(bersihkan,peskan dengan kunyit dan garam)
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sebatang serai(titikkan)
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • garam,gula dan perasa
  • air asam jawa sedikit sahaja
  • minyak untuk mengoreng
cara caranya
  1. gorengkan ikan dahulu.ketepikan.
  2. blend lada kering,bawang merah,bawang putih dan halia.
  3. panaskan minyak dalm kuali tumiskan bahan diblend hingga terbit minyak.
  4. masukkan sos cili dan sos tomatao diikuti dengan serai.kacau rata.kalau agak garing masukkan sedikit air.
  5. kemudian masukkan gula,garam,perasa dan sedikit air asam jawa.
  6. akhir sekali masukkan ikan.kacau hingga bersalut dengan sambal.
  7. jika suka boleh ditambahkan dengan belahan tomato...

No comments:

Post a Comment