Friday, May 22, 2009

Kuih Sagu


Akak buat kuih ni buat minum pteang semalam.buat dua versi satu balut dengan kelapa parut dan satu makan dengan susu cair yang disejukkan.aduh memang nyaman masa menyuap kedalam mulut..tak caya cubalah senang aje

Bahan bahan
  • 2 cawan sagu (cuci dan toskan)
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • pewarna
  • daun pandan untuk mewangikan
  • susu cair (bubuh sedikit air gula)
caranya
  1. masukkan air dan gula kedalam kuali berserta daun pandan
  2. masakkan gula hingga cair dan masukkan sagu.
  3. kacau hingga sebati dan masak.
  4. masukkan pewarna yang disukai.
  5. bila dah pekat dan tidak melekat di kuali angkat dan bolehlah dimasukkan kedalam bekas.sejukkan
  6. boleh dimakan dengan kelapa parut yang dibubuh garam sedikit atau dengan susu cair.
  7. sedap dimakan sejuk sejuk..

4 comments:

  1. salam akak...
    sesekali layan kueh nih sedap juga...

    ReplyDelete
  2. ahaa laa Chah..
    anak anak akak suker tul siap request lagi mak dia suh buat..

    ReplyDelete
  3. saya slalu mkn ngan santan pekat n air gula melaka. memang nyaman sungguh di tekak tambah2 yg disejukkan. tp xleh mkn slalu, manis!!!!

    ReplyDelete
  4. jue mj
    aha akak penah ler buat cam tuh.mmg sedap.tapi kali nih nak try makan ngan susu cair.merbeles gitu..

    ReplyDelete