Sunday, April 12, 2009

Nasi tomato Vs Ayam masak merah dgn Kuah Dalca

Hari coti coti gini kena masak len sikit.anak anak kata mak ape kata mak masak nasi tomato.lama dah mak tak masak.jadi sebagai memenuhi permintaan inilah hidangan tengahari kami.....Untuk nasi tomato nih akak bagi resipi ikut yang akak masak ni yea.bagi nak buat lebih tambahkan bahan ikut banyaknya beras.nasi ni akak guna beras biasa jer.tak guna pun beras basmati.

bahan nasi tomato:
  1. 4 pot beras (akak guna beras biasa)
  2. 1 labu bawang besar*
  3. 3 ulas bawang putih*
  4. 1 inci halia*
  5. 1tin kecil tomato puri
  6. 1 biji tomato biji (potong dadu kecil)
  7. 2 sudu buter
  8. bahan penumis 3 beradik
  9. 3/4 tin susu cair atau ikut suka banyak mana
  10. daun pandan disimpul
  11. garam
  12. bawang goreng dan daun sop hiris halus(untuk tabur keatas nasi bila nak dihidang)
cara membuatnya:
cuci bersih beras,toskan.tumbuk halus bahan *.panaskan buter dalam periuk tumis kan bahan penumis dan bahan bertanda*.tumis hingga naik bau.tambahkan sedikit air dan masukkan susu cair,tomato puri,tomato dadu,garam dan daun pandan.kacau rata.tambahkan air.akhir sekali masukkan beras.kacau rata.biar sebentar.bila dah sebati matikan api.alehkan nasi ni kedalam periuk letrik.kacau bagi sebati dan rata.(air tuk nasi ni agak agak yea)
biar nasi tanak betul.semasa hendak dihidang taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang


ni resipi kuah dalca.akak c/p dari noreen Uk.terimakasih kat noreen atas resipimu ini...

Bahan-bahan:
1/2 kg tetelan/daging/lamb - potong ikut suka
1 cawan kacang dhal - dicuci & toskan
2 biji karot - dipotong bulat atau ikut suka
5 tangkai kacang panjang - dipotong ikut suka
1 biji terung - dipotong bulat atau ikut suka
2 biji ubi kentang - dibelah 4 atau 8
1 cawan santan pekat
2 keping asam keping
garam secukupnya
air secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
9 biji bawang merah
1 inci halia
3 sudu makan serbuk kari daging

Bahan2 rempah tumis:
1inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan2 tumis:
2 camb minyak sapi
3 tangkai daun kari
3 biji bawang kecil - dihiris
3 batang cili kering - dipotong ikut suka


cara:

  • rebuskan tetelan/daging/lamb dan kacang dhal sehingga separuh empuk
  • masukkan ubi kentang dan karot dan biarkan sehingga empuk
  • setelah itu masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar
  • gaulkan rata dan renihkan seketika
  • masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga sebati
  • apabila mendidih sedikit, masukkan kacang panjang dan terung
  • tunggu hingga mendidih sambil dikacau supaya santan tidak pecah
  • apabila semua bahan2 sudah empuk tutupkan api
  • panaskan kuali lain dengan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 tumis: daun kari, bawang kecil dan lada kering sehingga wangi
  • tuangkan ke dalam lauk dalca tadi sambil digauk perlahan2 sehingga sebati
  • bolehlah dihidangkan dengan nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani, roti atau roti paratha

2 comments:

  1. arghhhh.... menggodanya. lapar ni tak makan tgh lagi

    ReplyDelete
  2. hehehe...tulah kot kakchik turun keselatan jom datang umah akak leh masak macam2kan...

    ReplyDelete