Wednesday, April 7, 2010
PASEMBUR KODIANG KE ROJAK MELAYU
kalau kata pasembur kodiang tak mungkin..tepung tu tak de udang..hehehe,nak kata mee rojak pun tak boleh.semua tak ade..pagi ni teghase ghase nak makan semua tuh.semalam gi umah Kak InaKL nampak dia buat gado gado..terliur sungguh.haritu Hana ngan Ika buat pasembur ,gi Spore mamaHawa buat rojak mee.masa ni yang ade kat umah cuma telur sahaja.bahan bahan buat kuah rojak memang ade.bahan tuk buat tepung pun ade cuma takde udang.jadi amek resipi sana sini akak buat ini ajer..petang nnti kalau ade rezeki leh keluar cari tempe,timun,sengkuang,udang ke ayam ke..buat menambahkan bahan hidangan..jadi tengahari ni akak makan ini aje...
Tuesday, April 6, 2010
AYAM KANDAR
Hari ni akak tunjuk lauk pauk ajer.dah berhari hari asyik kuih jerkan.Ayam ni sebenarnya ayam telur.akak suh hb akak beli ayam segar,tapi kat kedai tu hanya ade ayam pencen ni.dah lah kematu,akak rebus nak bagi sikit empuk,tapi tak gitu laa berjaya.ape nak dimasak kan ayam camgini.tanya jiran akak dia kata masak kari kak!eee semalam dah kari takkan nak kari lagi,adehhh..nak buat rendang kelapa takde..tu belum kerisek ngan daun kunyit lagi.akhirnya akak masak aje Ayam Kandar nie..senang cete..tapi punya laa berjam jam nak masak.Ntah berapa kali bubuh air pun tak tau..yang penting sedap!!!

- 1/2 kg daging(gantikan ayam)
- 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
- 2 sudu besar kicap pekat maggi
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
- 1 labu bawang besar(dimayang)
- 1 ulas bawang putih (dimayang)
- KUlit kayu manis dan bunga lawang
- sedikit daun kari
- garam dan perasa
Cara-cara
- daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
- Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
- Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
- Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
- bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
- Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
- Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
DAGING MASAK HITAM MANIS
Daging masak hitam manis nie akak buat malam tadi.nak gak buat sebab tengok kat umah IKA dia masak nie smlm.tapi bahan tak cukup.jadi akak masak dulu kari daging.lauk kari memang menjadi pujaan kat umah nie.hb akak palinggg suka.berhirup kuah kalau akak masak kari..ni bukan kes masuk bakul,tapi agaknya bila kita dah biasa masak jadi sukatan dan bahan dah jadi sebati ngan kita...uwaaaa!!!!
bila akak nak panaskan lauk kari akak tengok dah tinggal kuah yang seciput.nak tak nak akak kuarkan daging dan masak hitam manis nie.belasah ajer sebenarnya..
Daging Hitam manis
Bahannya:
Nota:akak bubuh banyak kicap sebab tu lauk ni nampak hitam sikit..
bila akak nak panaskan lauk kari akak tengok dah tinggal kuah yang seciput.nak tak nak akak kuarkan daging dan masak hitam manis nie.belasah ajer sebenarnya..
Daging Hitam manisBahannya:
- 300 gm daging..hiris halus bersihkan dan perap dengan halia dan bwg putih
- sebiji bawang besar dimayang
- lada merah buang biji hiris panjang
- 2 sudu lada hitam dikisar halus
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- sekeping asam keping
- daun ketumbar (jika suka boleh letak)
- sedikit gula dan perasa
- 3ulas bawang merah
- 3ulas bawang putih
- seinci halia (kisar semua bahan tumis ni)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan bahan tumis.biar sampai layu sikit,masukkan daging yang diperap tadi.bubuh sedikit air.
- bila telah agak empuk masukkan sos tiram,kicap manis,bawang besar dan lada hiris dan asam keping.masak lagi hingga daging benar benar empuk.tambahkan gula dan perasa dan daun ketumbar.
Nota:akak bubuh banyak kicap sebab tu lauk ni nampak hitam sikit..
Monday, April 5, 2010
KUIH GETAS-GETAS
Balik dari umah AlongROZ yang duk nun di Sarawak tu,akak terus pi dapur,buka petiais kuarkan tepung pulut dan suruh anak akak pi beli kelapa parut.Apa lagi akak pun terus adun kuih ni.Along buat guna tepung pulut hitam,akak hanya guna tepung pulut biasa.bagi yang gemar kuih ni memang sedap.Acid tanya akak apa nama kuih nie.akak kata Getas-getas..bila dia promote kat abang ngan kakak dia kata kuih getah getah..hehehe dia makan paling banyak..
Akak c/p resipi kuih ni dari rumah Jurnal Rasa BDaria.terimakasih buat Daria.
Bahan2:
Akak c/p resipi kuih ni dari rumah Jurnal Rasa BDaria.terimakasih buat Daria.
Bahan2:
250gm tepung pulut
150gm kelapa (kalau dapat kelapa yg agak muda lagi bagus)
sedikit garam
130-140ml air
1/2 cawan gula
1/2 cwn air
Cara-caranya
1. Satukan tepung pulut dengan kelapa. Gaul rata dan masukkan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia boleh dibentuk. Jangan terus masuk semua air tu serentak...agak2lah ye, bila dah boleh dibentuk berhenti menambah air.
2. Bentukkan mengikut kreativiti anda. Adunan boleh dicanai dan dipotong menyerong atau dibuat bulat-bulat dan leperkan.
3. Goreng kepingan kuih itu dengan api yang perlahan dan sentiasalah alih-alihkan ia supaya kuih tidak mengelembung. Goreng sehingga kekuningan dan angkat.
4. Dalam kuali lain, masukkan gula dan air. Guna api sederhana dan masak sehingga ia likat. Tutup api dan masukkan kuih tersebut dan sentiasa kacau sehingga berbunga gula. Kalau anda tak suka manis sangat boleh kurangkan gula tersebut.
Saturday, April 3, 2010
TALAM KACANG MERAH
Petang ni akak buat talam kacang merah.tapi sebab first time buat jadi kurang laa sikit rupabentuk nya.rasa memang sedap.anak akak makan lapisan atas sebab lemak lemak gitu.kredit untuk kak hanilieza atas resipi enak nya ini.akak buat pun sebab semalam akak gi Lousiana umah yatie yang rajin tul buat kuih talam.terliur tengok kuih talam yatie yang cantik gitu jadi akak pun try and error ler..dia buat guna kacang hijau,akak ubah ke kacang merah..
Talam kacang Merah
3 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan tepung beras
*1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt-tukar ke kcg merah)
*2 sudu makan tepung jagung
*sedikit pewarna merah
Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
Bahan Lapisan Atas:
*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus
Cara Menyedikan Lapisan Atas:
Talam kacang Merah3 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan tepung beras
*1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt-tukar ke kcg merah)
*2 sudu makan tepung jagung
*sedikit pewarna merah
Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
- Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
- Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit/hingga masak.
Bahan Lapisan Atas:
*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus
Cara Menyedikan Lapisan Atas:
- Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
- Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
- Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang hijau.
- Kukus lagi selama 25 minit/hingga masak
Friday, April 2, 2010
NASI GORENG SEMPOI
Jemput makan nasi goreng sempoi akak pagi ni.tengok dalam periuk nasi ada belen nasi malam tadi.semangkuk dah asingkan dan dah dibubuh dengan ragi..nak buat apam eno bila bila nnti.selebih nya akak buat nasi goreng ni.makan dengan dak acid aje.
akak goreng dulu sebiji telur.hancurkan dan angkat.tambah minyak sikit,gorengkan ikan bilis,bila agak garing angkat.masukkan bawang dihiris halus,lada merah hiris (buang biji..tak berani tumbuk sbb baru benar habis pantang).bila dah layu masukkan garam sedikit dan secukup rasa,masukkan nasi ,kacau rata,akhir sekali masukkan ikan bilis dan telur hancur tadi...

p/s: dengar kabar Azie dah bersalin..Alhamdulilah dah selamat dah..tupun akak tau dari Ita...anak apa tak pasti lagi..Tahniah laa kan buat Azie.

Wednesday, March 31, 2010
KEK PELANGI
Salam petang rabu..akak nak gak tayang kek pelangi yang jadi hidangan atas meja kawan kawan.projek membaking ni buat semalam dengan acid.pasal kek kek ni dia suka sangat.pantang akak cakap nak buat kek mesti dia kata kek harijadi dia.dia siap suh bubuh api atas kek ni..hihihi maksud dia suh bubuh lilin ler tuh..akak kata tunggu bulan Mei nanti...akak suka makan kek nie bila dah simpan sehari..terasa enak dan lembut nya...resipi ada kat label kek yer..malas nak taip laaa
Tuesday, March 30, 2010
WAJAH TERBARU UMAR
Ni wajah terbaru Umar.auntie auntie tengoklah saya yang kuat tido.bila emak sya nak ambil gambar saya mesti sedang tido.cute tak saya tido...
BUBUR KACANG VS SPEGHETTI UDANG
Bubur kacang nie memang akak suka makan.buat banyak banyak,kejap kejap gi dapur cedok dalam mangkuk kecil,duduk depan tv sambil makan bubur ni..anak anak akak pun suka.tapi tak bubuh apa apa perasa..nak letak durian tak ada..tapi ok lah kan..akak buat hari sabtu.
Spaghetti ni akak buat hari ahad..hanya bubuh udang aja..tapi terbeli yang halus..sebab dah suka nak makan belasah aja..
Spaghetti ni akak buat hari ahad..hanya bubuh udang aja..tapi terbeli yang halus..sebab dah suka nak makan belasah aja..
AWARD DARI TEMAN-TEMAN
Award dari Maz..terimakasih sudi bagi akak award nie...sayangggg sangat kat Maz..ingat tuuu
Nie dari adek ku Fida..Paparan Kehidupan2..sampai majuk dia akak tak gi amek award dia bagi.bukan tak nak tepek tapi dua hari line tenet problem.sampai hb akak berhangin satu badan.akak pula bukan boleh mengadap lappy nie lelama..jadi bagi laluan pada hb dan anak2.masa hari sekolah ni akak free sikit.boleh menghadap lama sikit..bila Umar lelap..

inipun Fida bagi..award ni suh letak pic anak anak..yang banyak cuma pic sitecik ngan ciacid..yelah hero dua orang ni model kat umah akak sekarang..huhuhu...Buat fida terimakasih bebanyak..akak sayang kamu.....ingat kamu tau!!!

Friday, March 26, 2010
AYAM ALA KASIM
Salam petang Jumaat.Wah malam ni kalau dekat dengan umah Hana boleh pergikan.Tapi tu laa jauh benar..seronok kalau gi yasinan gini.Orang Jowo rajin buat yasinan.Akak rasa lauk yang akak masak malam tadi ni sesuai untuk dibuat hidangan.orang jawa kalau buat yasinan maupun kenduri yang makan makan kami buat makan tu dalam dulang besar.lauk wajib sambal goreng jawa,serunding,ayam masak kicap ke,mee basah goreng,kacang panjang goreng dengan hati ayam,ikan kering goreng(ikan bulu ayam) dan hirisan timun.
Adehhh...tak boleh ingat ni mau meleleh air liur..
Eh melalut la pulak akak ni.akak masak Ayam Ala Kasim dari Azura Suhaimi ni malam tadi.lama nak buat tapi baru ni dapat merealisasikan nya.memang sedap lauk ni.amnak anak akak cukup suka.akak bubuh kicap lebih sikit.pada yang belum pernah cuba akak sarankan cubalah.selain senang bahan pun tak cerewet..maklumlah akak kan masak nak yang mudah aje..akak c/p dari umah Zaura nie..terimakasih buat zura atas resipi yang enak nie..
Ayam ala Kasim
Bahan-bahan

Ayam ala KasimBahan-bahan
- 1/2 ekor ayam | dipotong
- 1 labu bawang besar | dihiris nipis
- 3-4 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 3 sb lada kering kisar
- 2 sb kicap pekat
- 3-4 tangkai daun kari
- sedikit garam & gula
1. Bersihkan ayam, perap dengan garam & kunyit. Sedia untuk digoreng sebentar saja.
2. Panaskan minyak & tumis bawang dan lada kisar hingga wangi & pecah minyak.
3. Masukkan kicap pekat tumis hingga agak garing dan masukkan ayam. Masukkan sedikit air dan kacau.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa dan biarkan hingga masak.

Wednesday, March 24, 2010
KEK COKLAT BASAH
Meh kita makan kek pulak petang ni.jeles sebab ramai yang tayang roti.sedih sebab roti ni akak selalu gagal nak buat.tapi kek InsyaAllah tetap jadi.kek ni resipi nya akak dapat dari kawan akak.tapi bila tengok resipi sama lebihkurang dengan kek coklat lembap atau kek coklat yang mcm kzai buat tapi bubuh yogurt tuh.memang sodappp sangat kek nie..
KEK COKLAT BASAH
Bahan2:
KEK COKLAT BASAH
Bahan2:
- 1/2 cawan koko(diayak)
- 2 biji telur
- 1 cawan minyak masak/minyak jagung(akak guna buter dicairkan)
- 1 cawan air mendidih
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat*
- 1 sudu kecil baking powder* (ayak bersama*)
- esen vanila dan sedikit garam
- minyak,gula,susu,telur dan air mendidih diputar hingga sebati.
- masukkan esen vanila dan garam.
- selepas itu masukkan tepung gandum diikuti koko.Kacau lagi.
- Panaskan oven,setkan 180 darjah.
- masukkan adunan kedalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak.
- bakar selama 1 jam
KUIH BUAH MELAKA
Maaf laa yer hari hari asyik dok tayang kuih ajer.Bukan aper anak anak suka makan nie senang.Buat apa aja semua kejap aja licin.suka tul akak.kuih senang senang ni akak rajin laa buat.maklumkan nak buat yang terbelit lidah menyebutnya bahan kena cari.Orang dalam pantang nie payah nak keluar selalu.Nak suruh anak2 tak tau nak membelinya,bapak anak2 lagi laa..tu yang buat kuih yang bahan nya senang dapat..
Kuih Buah Melaka
Bahan2:

Bahan2:
- 500gm tepung pulut
- secubit garam
- air untuk menguli tepung
- pewarna atau daun pandan dikisar dan ditapis airnya
- gula melaka dihiris halus sebagai inti
- kelapa parut untuk membalut kuih
- Masukkan tepung,garam dan air daun pandan kedalam mangkuk besar.
- Uli hingga tidak lekat dijari.kalau air kurang tambahkan sedikit air.
- Bulatkan adunan tadi dan tekan sedikit untuk mengisi gula melaka.balutkan kembali dan buat seperti bola.
- Panaskan air dalam periuk,bila telah mendidih masukkan adunan kedalam periuk.Tunggu hingga bebola timbul dipermukaan air.bolehlah ditapis dan toskan.Buat sehingga habis.
- kemudian salutkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
- siap untuk dimakan.
Tuesday, March 23, 2010
DONUT KENTANG
Assalamualaikum,pepagi akak dah bersiaran.bukan apa nanti kalau budak kecik tu dah bangun tak dapat nak buat apa-apa.kena menghadap dia ajer.Nak bagitau laa inilah Donut yang akak dengan Acid buat petang semalam.Kira merealisasikan keinginan Acid nak makan donut yang ada coklat dan warna-warni kat atasnyer mcm kaat donut dunkin'.tupun pada mulanya dia asyik kata nanti mak bubuh lah orang bercinta kat atas coklat tu.Mulanya akak tak perasan bila abang dia balik sekolah Acid kata"abang,mak buat donut yg atasnya ada orang bercinta"siabang tergelak sakan sebab yang dimaksudkan adalah manik bentuk love..acid tak tahu nak sebut rupernya...kwangkwangkwang..
Memang sedap dan gebu donut nie.akak c/p dari umah Cikgu zana.Zana dapat resipi dari Ros Osaka..rugi sape tak mencuba..dah sejuk pun masih lembut lagi..Terimakasih buat Ros dan Zana.
Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan,

Monday, March 22, 2010
Udang lada Hitam bersantan
Udang masak lada hitam nie lain dari yang lain rasanya.Apa nak dimasak dengan udang.asyik buat sambal jer jemu laa pulak.Akak pun cuba masak lada hitam dan bubuh santan.ermmm not bad kata hb akak.
Mehlaa cuba buat..Bahan2:
- 1/2 kilo udang basah(bersihkan)
- 2 biji bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 2 sudu besar lada hitam*
- sedikit santan pekat
- sekeping asam keping
- garam dan perasa
- Kisar halus bahan bertanda*.
- panaskan minyak,kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar.biar hingga naik minyak.
- masukkan garam,asam keping dan perasa.
- masukkan santan,kacau sebentar,diikuti dengan udang.
- Kacau jangan sampai santan pecah.
- bila dah masak bolehlah dipadamkan api.
- akak tambahkan daun ketumbar sebelum diangkat.bau harum ketumbar menambahkan enak lagi lauk nie.
Karipap
Cuti sekolah anak anak asyik oder macam-macam.tekak mereka tu idak ler bercuti..agaknya dia rang tengok mak dia asyik masyuk masak masak cam orang tak pantang..tu yang kejap minta buatkan itu,kejap minta buatkan ini..tu belum acid yang bila akak round umah kengkawan nampak pelik jer sikit suh mak dier buat..dari semalam minta akak buatkan donut.nampak kat umah cikgu Zana..hari nie baru nak buat dengan dia..takde sesapa kat umah..jadi pembantu akak laa siacid nie.nulung menyepah nyepah...
Ksripap nie akak buat hari sabtu.buat tak ler banyak.inti daging dan kentang.kulit pastri akak guna minyak masak jer.buh sikit mentega..uli semacam..hehehe sib baik jadi gak..
Friday, March 19, 2010
Mee Kari
Anak-anak suka kalau mak dier buat mee kari..hb akak lagi ler berhantu..nak nak kalau bubuh kerang banyak banyak..bertambah2 makan.tapi akak tak makan ler..bahaya..ade kang nnti tak bangun..parah laa pulak...
akak tukang masak jer..tukang hidang dan kemas kemas anak dara yang buat...Mee kari
bahan2nya:
- sepeket mee kuning(dicelur dalam air panas dan ditoskan)
- daun sop
- limau kasturi
- telur rebus
- sawi/tauge(dicelur sebentar)
- bawang goreng
- sekilo kerang dibersihkan dan rebus
- 200 gm udang
- sedikit isi ayam
- daging(anggaran)
- 200gm sotong(bersihkan dan potong bulat)
Bahan tumisan:
- 10kpg cili kering rendam dalam air panas*
- 2 biji bawang besar*
- 3 biji bawang merah*
- 4 biji bawang putih*
- 1 peket rempah kari adabi
- sedikit rempah tumis dan daun kari
- sebiji kelapa diambil santan dalam 2 mangkuk
- garam,gula dan perasa(jika suka)
- Kisar halus bahan bertanda*.campurkan rempah kari sekali.Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis dan daun kari,kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.
- Biarkan sehingga naik minyak dan masukkan sedikit air.Kemudian masukkan daging.biarkan empuk sebentar.masukkan santan dan diikuti dengan kerang,sotong dan udang.perasakan dengan garam,gula dan perasa.
- Biarkan mendidih.bila telah masak bolehlaa diangkat dan dihidangkan.Hiaskan dengan sawi,tauge,telur rebus,daun sop dan bawang goreng...
Tuesday, March 16, 2010
Sadine Puff dan Phrata Beef Roll
Mane leh tahan asyik meliur tengok ditayang kan.tapi bile nak buat egg roll anak2 tak gitu suka.dicadangkan pulak soh isi daging.akak buat 2 keping jer beef roll nie..kejap jer licin..Dalam pada tu akak tumiskan kejap sadine,halia,bawang putih dan bawang besar,perahkan limau kasturi untuk buat sadine puff.yang nie mak budak yang nak makan..dapat laa sorang satu.almaklumlaa isi rumah akak ni ramai.buat sikit tak cukup.
niler phrata beef roll..ehee rupa nyer tak ler secantik mane,tergiur pun tak kan..gitu ler kalau guna hp jer...
Sejak dah tau camner nak buat puff nie..akak mengila betui..asyik beli phrata jenama kawan tu ajer..hehe siap promote kat kawan2...
Monday, March 15, 2010
Lontong
Orang dalam pantang tak boleh makan lontong...betul ke?jiran akak tanya akak masak per hari nie.akak kata buat lontong.akak makan lontong ke?spontan dia bertanya.akak kata akak makan lontong ngan ayam goreng dan amek kuah nyer sikit jer..hehehe leh caya ke..
Tapi tu laa bile Fmina tayang lontong kat umah dia akak cakap ngan anak2 nak buat lontong.suka tul diarang.lontong nie akak buat semalam..buat sambal telur dan goreng ayam goreng berserai...sedap...pasti ramai dah tau buat kuah lodeh kan..
Friday, March 12, 2010
Umar selepas 20hari

Ni wajah Umar selepas 20hari.Nurse datang timbang semalam dia dah naik menjadi 4.1kilo.ape keidak nyer asyik tido dan menyusu.akak pun sama jadi cam dia asyik makan ajer..huwaaa.ape idak nyer asyik lapar.kata orang anak lelaki gitu ler.tapi memang pun.
Acid pun sama nak bergambar ngan adek kesayangan dia nie..naik letih tengok dia asyik ker menyium si Umar..nak ditegur takut merajuk...
Terlanjur tu nak ucapkan terimakasih buat Abbot sebab bagi gift nie buat akak.maap ler baru nie dapat di letakan disini..hehehe sibuk mengalahkan PM...sayangggg abbot selalu...
Subscribe to:
Posts (Atom)