Monday, April 2, 2012

WAJAH BARU,JENAMA BARU DAN BASIC DOH BUN

 Assalamualaikum semua,dah petang baru nak terheggeh heggeh update menu yang akak buat sabtu lepas..jadi jangan tanya ada lagi ker idak..dah habis..Sebelum itu izinkan akak mengwar warkan JENAMA BARU BLOG akak nie..seminggu lepas harihari bercinta nak buka blog akak nih.entah apa ke benda nyer tuh,asyik nak kena klik..Akak mohon maaf laa yer kalau kawan kawan yang nak masuk sini menghadapi kesukaran..

Disebabkan itu akak godeh godeh lah blog nih..ada yang akak buang,ada yang akak tambah..Dah gataii tangan tu akak tukar laa template sekali..bila dah tukar nak tukar laa header,Hah amek kooo segala nya akak tukar..Jadi Nama blog akak yang baru nie agak menepati citarasa akak.>SELERA KAKASMA..
Okay tak?...
Jadi jangan terkejut yer,orang nya sama,cuma tukar tukar langsir,tingkap dn perabut ajer..cat sket sket..kasi nampak cantik.


 Okay laa bun nie akak buat sabtu lepas..saja buat makan makan bukan petang hari tapi malam hari..akak uli dah petang,jadi bila dibakar dah malam...disebabkan ada inti,jadi laju ajer anak anak,mak budak makan..
Uli pakai tangan ajer...saja mengetest tangan masih oaky lagi ker idak...Resipi biasa laa akak godek dari rumah Ros Jintanmanis yang memang pakar bab meroti nih...Terimakasih buat ros yang menunjuk ajar dan resipi ini..Akak c/p dari rumah ros nih..

Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

akak bubuh inti kelapa dan kacang merah...


Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan jugakenyang bila dimakan.

Friday, March 30, 2012

AYAM CILI API

 Kalau tak ada idea nak masak apa akak cadangkan masak lauk simple ini.Pada yang suka pedas memang sangat sesuai..Masa beli ayam hb akak kata dia nampak belimbing buluh.memang jarang dijual kat kedai.mula cadang nak buat sambal hitam pahang..tapi ciput sangat belimbing tu.

jadi akak masukkan kedalam lauk ayam cili api nih..jadi rasa pedas,masam dan bau pun wangi bila akak hiriskan daun kunyit..Biasa lah akak suka bereksiperimen dengan lauk yang akak selalu masak...tapi masa makan kena sedia air laa yer..kalau idak ada meleleh airmata tu hihihihi
Meh kita check resipi Ayam cili api ni....

Resipi AYAM CILI API
source: kaksma .blogspot.com

  • 1/2 ekor ayam
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 10 biji cili api campur dengan 1 biji cili hijau
  • buah belimbing buluh
  • garam,gula dan perasa
  • daun kunyit hiris halus
caranya:
  • ayam dipotong kecil kecil bersihkan dan dilumurkan dengan sedikit kunyit dan garam.
  • goreng ayam sebentar jangan garing sangat.
  • cili,bawang merah,bawang putih dikisar.
  • panaskan minyak,tumis bahan bahan kisar hingga naik minyak.
  • kemudian masukkan ayam tadi bersama garam,gula dan perasa.
  • masukkan belimbing dan hirisan daun kunyit.

Thursday, March 29, 2012

PAU 3S (MAZ ILHAM DAPUR)

 Bila petang mesti nak ada kudapan untuk makan petangkan.tak kira kuih yang mudah ataupun perlukan kesabaran untuk membuatnya...selalu pening kepala apa nak buat.nak nak bila bahan nak buat ada.petang semalam teragak nak buat pau.tapi tepung pau lak tak ada.

Baru teringat resipi Pau 3S dari Maz ILHAM DAPUR,sebab boleh guna tepung gandum saja.tengok ramai dah mencuba dan hasilnya ramai yang kata ok.jadi akak menguli laa..memang betul.kejap ajer licin kebetulan buat tak banyak...makan tengah panas panas ..wallaaa..

jadi kalau tak de tepung pau jangan risau kita masih boleh membuatnya..akak buat dua inti..kelapa dan kacang merah...Terimakasih yer Maz atas resipi main main Maz nie..hasilnya sangat tak mengecewakan..
akak copy dari rumah Dzana resipi nih..mana tau ada nak cubakan


PAU 3S(Sumber : ILHAM DAPUR )
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 120ml air sedikit suam (anggaran sahaja) saya letak sikit2 sehingga doh bgumpal shj)
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau

Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.





Wednesday, March 28, 2012

BOTOK BOTOK IKAN

 Petang semua...hari ni masak aper yer untuk hidangan engahari..akak buat botok botok,masak asam pedas ajer hari nie..terliur lak bila buka pesbuk IKA dok tayang mee rebus...tak per nnti ada masa kak buat..tapi meh kita layan botok botok ikan nie..akak memang suka botok2.dulu masa kecik kecik arwah nyai akak suka buat..tapi bungkus dalam daun keladi,dan macam macam daun lagi..wallla walaupun tak guna ikan mahal tapi kesedapan nyer tak terungkap...teringat2 laa pulak...kalau nak tau inilah makanan orang jawa yang salah satu terfemes..kalau nak muda makan botok botok..jangan pakai botokss yer..hihihihi
semalam hb akak belikan ikan tengiri..separuh dah masak kari dan sambal,ada lagi separuh jadi hari ini akak masakkan asam pedas dan 2 ketul ikan tu akak buatkan botok botok..kat rumah hanya ada daun kunyit,daun kaduk,daun pisang,dan limau purut..kalau ikutkan kena guna daun betik,daun bebuas,daun keladi..tapi nak tunggu daun daun tu datang memang payah..duduk kat taman nih mana ada tu semua...jadi akak amek ringkas aja..janji ada rasakan..hehhehehe


resipi akak main hentam ajer..ikut mana yang teringat....

resipi botok botok ikan
sumber:kakasma

  • 2-3 potong ikan tengiri(nak pakai ikan lain pun boleh)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 batang serai
  • 2 sudu lada giling
  • sedikit kunyit serbuk
  • sedikit ketumbar,jintan manis dan jintan putih(guna yang serbuk)
  • 2 sudu kerisek
  • 2 sudu rempah kari
  • air asam jawa
  • garam,gula dan perasa...
bahan sampingan:
daun pisang,daun kunyit,daun limau purut,daun kaduk(ini aje yang ada)

caranya:
  • kisar bawang merah,putih halia,serai,kunyit serbuk,rempah kari,lada giling dan serbuk ketumbardan jintan hingga halus.
  • panaskan kuali tumis bahan2 kisar hingga wangi,masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
  • tambahkan kerisek,garam,gula air asam jawa dan perasa..
  • ADA RESIPI YANG PERNAH AKAK TENGOK TAK PAYAH DITUMIS DAN DIBUBUH KELAPA PARUT(INI IKUT SUKA YER)
  • tapi akak tumiskan sebentar
  • layurkan daun pisang,susunkan daun kunyit,daun kaduk dan daun limau purut.letak kan bahan tumisan dan diikuti hirisan ikan tengiri.tutup kan dengan lebihan bahan tumisan tadi.
  • balutkan daun pisang buat seperti bungkus nasi lemak..
  • kukus selama 45-50 minit.kukusan hendaklah dipanas kan terlebih dahulu 

BISKUT COKLAT CHIPS FAMOUS AMOS

 Salam sejahtera semua...bersua kembali dipagi yang indah penuh kedamaian..hihihihi tetiba ajer nak mengarang macam menulis di majalah.pagi ini akak benar benar rehat.kain baju akak dah basuh dan sidai malam tadi..sarapan hari ini akak buatkan sandwich sadin,sambil tunggu anak anak bersiap untuk kesekolah akak buka lappy dan blogwalking mana blog yang dah awal awal  ada N3 resipi..bila anak anak dah gerak kesekolah lagi lah akak tenang..tak ada gangguan nak mengadap lappy.Umar pulak masih tidur..dapat lah nak posting biskut yang sangat sedap nih.dua hari berturut turut akak mengadun biskut ini.
 Apa ke idak nya,buat yang pertama siap ajer kena ngap....tak dan tunggu hingga sudah..bila tengok dah tinggal ciput,dan kebetulan Hb akak belum merasa akak buat lagi esok hari nya..nasib baik ada buttercup yang memang kalau keluar berbelanja akak beli..
Biskut ini sangat sedap,rangup dan tak banyak bahan yang digunakan..terimakasih pada Nazrah bakery diatas resipi nya ini..akak copy paste dari rumah Ika sebab dia yang mencetuskan keinginan akak untuk mengkukis nih!!!



BISKUT COKLAT CHIPS FAMOS AMOS HOMEMADE
Sumber Asal :KAK NADZ
Copy n paste : KAK Q n KAK DIANA Bahan di ayak:
  • 280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
  • 10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate>> kita kurangkan sikit(sama juga)
  • 2 tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan2 lain
  • 250 gm mentega(guna buttercup aje)
  • 150 gm gula kastor>>yg ni kita kurangkan ke 110g
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa>>yg ni mmg kena kurangkan sbb manis klu letak byk2
  • 100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang >>yg ni cuma letak bdm, nxt time buat letak kekacang kurangkan coklat cips.
  •  Kismis _ Optional ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa )

Cara2
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  6. Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
  7. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  9. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Tuesday, March 27, 2012

Murtabak Daging Segera

 Anak anak suka betul makan murtabak.kalau pergi pasar tani mesti pesan belikan murtabak.kalau beli sampai 4 keping tu pun tak cukup lagi.jadi bila masak kari cuti semalam akak buat laa murtabak segera resipi minami133@myresipi.tengok ramai yang buat.lagipun guna kulit popia senang sikit.tak payanh nak menebar nebar tepungkan.

 

Tak rugi buat,sambil digoreng sambil makan..lepas nie akak nak buat bingka yang bakal hot dipasaran..hehehehe bingka sekut..tengok Mas pun dah tayang tadi..sama kita Mas suka bingka..

 

Resipi:Minami133@myresipi

 

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


Wednesday, March 21, 2012

SUGEE SQUARE WITH STRAWBERI JAM N BLUEBERRY JAM

 SUGEE SQUARE>>> tapi akak buat dua versi..satu square dengan perisa blueberry....satu lagi bubuh dalam acuan muffin tapi bubuh jam perisa strawberi..kalau nak buat pesan akak kena bubuh jam bebanyak baru terasa..makan kena pejam mata...suka ada sugee..wangi ajer masa bakar kek nih..
 resipi dari rumah ALONG ROZ....


By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Diana FRD (blog Diana dah tutup)
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1½ cwn Tepung Gandum*
2 st Baking Powder* (* ayak) 
1 cwn Suji
½ cwn Gula Kastor
200g Butter
2 bj Telur
2 st Vanilla Essence
Jem pilihan anda (Along guna jem organik Black Cherry - ada byk buah ceri bulat2 dlm jem tu)akak guna jem strawberi dan blueberry
Hirisan Almond (optional - ni Along tambah sendiri) -akak tak bubuh tak ada

CARA2:
1. Panaskan oven 170C.

2. Campurkan empat bahan yg pertama.
Gaulkan butter, telur & VE sehingga rata.

3. Ratakan 1/2 adunan ke dlm tin.
Sapukan jem ke atas nya & tutup dgn separuh lagi adunan.
Taburkan almond. 
4.Bakar 20-25 minit



Tuesday, March 20, 2012

BINGKA SUSU

Salam pagi selasa...semuga pagi ini membawa seribu rahamt kebahagiaan dan keceriaan buat semua..pagi nih sambil mengemas mengemas akak tengok MHI..ada segmen tentang adik Siti Nor Arissa yang baru berumur 57 hari,tapi sedang bertarung melawan kesakitan akibat jantung berlubang,saluran darah tersumbat..Aduhai terasa sayu hati melihat bayi kecil itu menanggung sakit..YaALLAH sembuhkan laa sakit bayi itu..sangat sangat sedih melihat wajah bayi tu.Mari lah kita sama sama berdoa semuga adik siti nor arissa akan segera sembuh dan membesar sebagai anak yang baik cantik dan memberi kebahagiaan buat kedua ibubapanya.

Okay lah kali ini akak tayangkan kuih Bingka susu yang sangat sedap.mendapat perhatian Hb akak dan anak2.Akak buat dalam acuan muffin jadi senang nak makan..Mungkin lepas nih kalau buat lagi akak try nak skip tepung kastard sebab akak ada nampak kat rumah Kak Rusnah Photopages resipi bingka susu ni tidak menggunakan tepung kasatard,tapi memgunaakan tepung gandum sepenuhnya..

Bingka Susu Kak Fida
Resepi : Kak Fida @myR
Source : Mas dari DUNIAKU

Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6
1 cawan susu cair - Mas guna susu segar
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
 
Tayangan sampingan buat auntie IKA...selalu tanya pasal pakwe dia..nie Gambar Umar yang terbaru..sebuk nak memotong kuih yang akak buat..

 

Saturday, March 17, 2012

KEK COKLAT MOIST





Salam pagi sabtu .....kek permintaan seseorang.akak buat untuk memenuhi hajat orang.selalu akak kalau buat kek tempahan hanya kek biasa ajer.tak de deko deko..jadi bila diminta untuk deko2 tu memang hancuss..tapi yang penting kek nih sedap katanya..hihihihi....bukan laa aper selalunya kek coklat nie banyak versinya.jadi akak suka memcuba resipi resipi yang telah akak google kat tenet.
Akak suka tengok kek yang Azura Rahman buat swirl2 tu..sangat cantik!!!!yang nih akak hanya hiaskan dengan stoberi ajer..




Resipi nyer akak salin guna tulisan steno.padan muka nak tulis kan dah tak pandai..jadi akak bagi resipi ringkas ajer laa..sapa yang empunya resipi tu memang akak tak tau.kot ada persamaan dengan resipi beliau minta maaf..izinkan akak letak disini sebagai memudahkan akak dan sapa sapa yang berminat nak cuba..nak bakar atau kukus terpulang pada masing2....akak bakar kek nih.. tapi sayang tak dapat nak tunjukkan kek sebab tu orang punye.




Resipi kek coklat moist

Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum(guna tepung naik sendiri)
2 cawan gula halus
3/4 serbuk koko
1/2 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat

2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
sedikit badam buat tabur diatas kek

caranya yang dipermudahkan
gaul dan ayak tepung,koko,baking dan soda
kacau telur,susu minyak hingga kembang
masukkan bahan kacau kedlam tepung selang seli dengan air panas.
kacau sebati, kemudian tuang adunan kedalam acuan 8" yang telah digris
Bakar atau kukus selama sejam.

Untuk topping akak hanya gunakan sebuk koko 1/2 cawan diayak terlebih dahulu,masukkan sedikit butter dan susu pekat.kacau diatas api hingga sebati dan pekat..sejukkan dan boleh laa dituang kekatas kek ...






Thursday, March 15, 2012

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

 Salam pagi Khamis ....Alhamdulilah pagi nie berkesempatan nak ajak semua makan jemput jemput berkentang nih.Lama tul tak berkongsi resipi resipi yang dah akak masak.sayang nya semua gambar gambar yang akak amek dah hilang bersama rosaknya komputer yang selalu akak dan keluarga gunakan.yang nih lappy second hand hb akak hadiahkan sempena birthday.jadinya tak banyak gambar gambar yang tersimpan difolder...tu pasal akak tak dapat nak meluangkan masa kat rumah alamaya nih..walaupun gitu akak ada juga berkunjung kerumah kawan kawan yang ada.

Dan pada yang memberikan komen pada entri acar telur puyuh dibawah terimakasih yer..nanti akak datang kunjung balas...
Jremput jemput nih senang ajer bahan nya tapi amat lembut,dah sejuk pun masih lembut..selalu akak buat gunakan nasi sejuk yang dikisar bersama dengan bawang merah.kali nih akak try guna kentang pulak.Meh kita tengok camner nak buat...kalau nak ubah dari bilis ke udang pun boleh...

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

  • sebiji kentang yang sederhana besar
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • segengam ikan bilis 
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam dan perasa
  • air untuk mengadun
Cara caranya:

  • Kentang dibersihkan dan dipotong kiub rebus dengan air hingga empuk.simpan air rebusan kentang.
  • dalam mangkuk satukan bawang,ikan bilis,garam dan perasa.gaul sebati.
  • kemudian masukkan kentang bersama dengan air rebusan tadi..elok kalau masih panas.
  • kacau rata dan  boleh lah digoreng.
  • enak dimakan bersama sos...tapi akak suka cicah dengan sambal kicap..

Thursday, February 23, 2012

ACAR TELUR PUYUH

 HAri ini masak awal sikit.Hb cuti jadi dapat laa pergi kedai beli bahan bahan untuk acar telur puyuh nih.Lama dah nak masak lauk nih tapi asyik tergendala aja..akak suka acar nih sebab suka kerangupan timun dan karot.masa makan krup krap bunyi..walllaaaaa....
 Lauk yang paling senang dan cepat nak dimasak....lauk nih akak gandingkan dengan ikan selar goreng,masak singgang selar dan sambal bilis kering.....jemput yuk!!!!
Resipi ACAR TELUR PUYUH
Source Dari rumah teres kakasma

Bahan Bahan:
  • 30 biji telur puyuh (rebus dulu)
  • 1 batang timun
  • 1 batang karot
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 batang lada hijau(belah dua)
  • 1 biji lada merah (belah dua)
  • 1 inci halia(hiris batang mancis)
  • sedikit kunyit serbuk,garam,gula 
  • 3 sudu besar cuka
Bahan bahan di kisar halus
  • 10 batang cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  •  sedikit belacan
Cara caranya:
  • Timun,karot dipotong batang mancis dan direndam dengan sedikit air kapur dan garam
  • Panaskan minyak,tumiskan bahan tumisan hingga terbit minyak.
  • Masukkan sedikit air,serbuk kunyit,bawang merah bawang putih dan sos cili.gaul sebati.
  • Kemudian masukkan timun dan karot diikuti biji sawi dan  telur puyuh tadi.
  • gaul lagi dan masukkan garam,gula dan cuka...perasakan agar rasanya seimbang,masam manis.
  • akhir sekali  msukkan lada hidup yang dibelah.gaul rata.padamkan api...

Wednesday, February 22, 2012

HIDANGAN PEMBUKA SELERA-PISANG MUDA MASAK LEMAK BERSAMA TETELAN

 Jemput makan semua..hidangan yang amat menyelerakan..ada sambal tempoyak,pucuk paku goreng kering,ikan pekasam dan lemak pisang muda bersama tetelan...
makan tak toleh toelh gak nyer kan...akak suka masak lauk nie bubuh tetel..dan tumbukkan ketumbar biji..walaaaaa...resepi nanti yer...nak mangan dulu

KARIPAP PUSAR@PUSING

Bila lama tak muncul disini,ada yang bertanya kabar..itulah bila dah sibuk,ditambah pulak dengan kesihatan yang kurang baik....jadi usaha untuk menupdate kat sini jadi malas..buka laptop akak hanya tengok2 blog melawat teman2,ada yang tinggal jejak ada yang silent reader ajer....
 Terimakasih pada sudi datang berkunjung kesini..dan terlanjur tu saja nak bercerita kat sini,dalam masa bercuti2 nie,kawan blogger akak iaitu Cik Puan AZITA ZAIN,telah sudi datang berkunjung kerumah akak dirembau nie.kebetulan Zita dan keluarga ke senawang untuk menghantar anak ketiga beliau ke SDAR..sekolah berasrama penuh..kebetulan sekolah tu tak jauh dari rumah akak..bila dia kata nak kesitu akak pelawa Zita datang rumah akak.hari tu akak buatkan Mee tomato,rojak ulek dan puding roti sebagai hidangan.terimakasih yea Zita sudi datang rumah akak...nak tunjuk pic laa hai gambar tak terang pulak...
Okay laa kita tengok pulak menu pagi ni.akak buat karipap pusar nie lepas tengok AYU tayang karipap nie.akak memang antu karipap.resipi nie ayu amek dari rumah SERI karipap pusing..akak dah pernah buat dulu tapi karipap yang ini memikat akak sebab textur kulitnya yang garing dan bila digorng cantik ajer..tak banyak serdak yang tinggal..memang berkenan betul...buat SERI dan AYU terimakasih berkongsi resipi ini..dan akak salin resipi nie semula senang nak buat rujukan bila nak buat nanti...untuk inti nya akak buat inti kentang dan ayam....

Resepi Epok-epok Pusing @ Karipap Pusing
Sumber:- resepi emak kite
Sources:-From Seri@Epok-Epok Pusing


Bahan A (Doh Minyak)

150 g tepung gandum

12 sb minyak makan (dipanaskan)


(Bahan digaul sebati hingga boleh dikepal bulat dapat dalam 10 biji)

Bahan B (Doh Biasa)

250g tepung gandum

6 sb minyak makan (dipanaskan)

sedikit garam

air secukupnya


(Bahan B juga digaul sebati hingga boleh dikepal bulat..doh ini besar sedikit dari doh A, juga dapat 10 biji)
* mak bilang minyak yang dipanaskan tu untuk dapatkan epok-epok yang garing..


Saturday, February 4, 2012

SOTO AYAM

 Akak buat soto nih sebab malas nak masak macam macam lauk.tak perlu banyak rencah dan ringkas aje penyediaannya.hanya perlukan setengah jam semua complete..iyelaa tukan..apa tidaknya sambil rebus lontong segera,sebelum ditumiskan kuah soto,akak gorengkan dulu kacang tanah dan bawang goreng.minyak untuk mengoreng kacang dan bawang tadi,boleh dibuatkan tumisan untuk rempahnya pulak.
Bahan2 untuk membuat soto ayam
source dari rumah teres kakasma

  •  1 ekor ayam(potong kecil kecil-bersihkan dengan kunyit serbuk bilas bersih)
  • 1 paket lontong segera nona
  • rempah tumis 4 sekawan
  • serbuk lada hitam @ putih
  • sup bunjut
  • 1/2 cawan santan(jika suka)
  • garam dan perasa
untuk menyediakan kuah soto:(dikisar)
  • 1 paket kecil rempah soto
  • 1/2 paket rempah kurma
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia,lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 biji buah pala
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
Cara2nya:
  • Dalam periuk rebus ayam yang telah dibersihkan bersama dengan sup bunjut,sedikit halia dan bawang putih yang ditumbuk kasar.
  • Dalam kuali panaskan minyak,tumiskan bawang besar,rempah tumis 4 sekawan hingga naik minyak,kemudian masukkan bahan yang dikisar.biarkan bahan ini hingga terbit minyak.
  • kemudian matikan api dan masukkan kedalam renusan ayam tadi.gaul rata.
  • masukkan garam,perasa dan serbuk lada putih atau hitam(ikut suka yang mana satu)dan santan.
  • cara ini akak panggil tumis darat.
  • biarkan kuah mendidih.perasakn dengan garam dan perasa.
bahan hiasan:
  • daun bawang dan sop(hiris halus)
  • kacang tanah digoreng
  • tauge.
  • bergedil
  • bawang goreng
  • sambal kicap(10 batang cili api,2 biji bawang putih,gula-kisar halus kemudain campurkan dengan kicap (habhal dicadangkan) hingga memenuhi sambal tadi,perahkan asam limau)



cuti 4 hari nih boleh laa layan soto ini kalau suka..hidangan yang menyelerakan..akak pulak cuti nih nak menyiapkan tempahan 30keping alas meja berskirting yang ditempah oleh bekas ustazah anak akak..rezeki jangan ditolak..cuma banyak tukan..agak2 sempat ke siap..selasa nih ustazah tu datang ambik...uwaaaa masak simple2 ajelaa cuti nikan..selamat bercuti cuti yea

Thursday, February 2, 2012

AYAM GORENG CILI API

 Ini lauk akak masak semalam.pagi semalam teragak pulak nak makan bubur nasi..akak jerang segenggam beras dan masak hingga jadi bubur.sementara menunggu Hb akak balik dari rehat kerja sebab dia akan beli lauk untuk dimasak tengahari.akak cuma pesan dia belikan telur asin..sedap makan ngan bubur telur tu.
Hb akak belikan ayam seekor.separuh akak masakkan kari ayam tu.yang lebih nya akak masak kan lauk ini.Senang aja nak buat...makan dengan bubur nasi tu sedap..ada kuah kari..bertambah tambah makan!

Ayam goreng cili api
resipi dari rumah teres kakasma


Bahan bahan
  • Isi ayam
  • 10 batang cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit daun bawang dan sebiji limau kasturi
  • garam dan secukup rasa
cara caranya:
  • Bersihkan ayam(seeloknya guna isi ayam) bubuh kunyit dan sedikit garam.gaul rata dan digoreng setengah masak.
  • cili api,bawang merah dan putih juga halia tumbuk jangan halus sangat.
  • Hiriskan sebiji bawang besar,panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu,masukkan bahan yang ditumbuk.biarkan bahan hingga naik minyak.masukkan ayam,garam dan perasa.
  • sebelum padamkan api taburkan daun bawang dan air limau kasturi.
  • sedap dimakn dengan bubur yea

Tuesday, January 31, 2012

NASI MINYAK N THE GANG


 Inilah hidangan untuk menzipkan mulut anak2 kat rumah sempena cuti kelmarin.kebetulan ada adek ipar datang bertandang,jadi kira cantik laa kan.tapi yang kelakarnya akak tak amek gambar cantik cantik.malu dengan adek ipar.yelah kan diarang tak tau akak ada blog nih..jadi jangan terkejut semua piuk kuali bagai kuar yoo.
 nak resipi untuk dalca nie,,,semua orang pandai buatkan...
 ni pencuk lagi senang akak hiriskan nenas,timun,bawang merah kecil,lada merah dan hijau.gaul rata masukkan sedikit garam dan gula.perahakn limau kaasturi...siap

Ayam masak merah nie dah ada resipinya,cuma akak tambahkan daun pandan masa menumis..bau wangi dan ada kelainan pada rasanya,
Nasi minyak ni pueh cari resipi yang sesuai,akhirnya jumpa kat rumah Hana.resipi dari mr.dayat.Hana kata sedap,jadi akak pun ikut aje laa resipi nih.memang betul...cubalah pada sape yang nak masak nasi nih bila bila nanti.


Bahan-bahan
  • 4 cwn beras basmathi
  • 6 cwn air(ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bwg besar (hiris)
  • 2" halia (hiris)
  • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cwn susu cair
  • sedikit minyak sapi utk menumis
  • sedikit garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan
Cara-cara
  1. mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
  2. dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
  3. masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
  4. bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
  5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
  6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan. -

Monday, January 30, 2012

RANCANGAN APAKATAWANITA...ZAMZARINA dan BLOG KAKASMA

Assalamualaikum semua,lama juga akak tak dapat bersiaran kat blog vogue akak nie,bila cuti akak pun terpaksa bercuti dari duduk menghadap lappy,banyak hal kena bereskan,terutama nya hal menambahkan lemak2 dan zip mulut anak anak dengan menu menu yang menjadi keinginan tekak diarang,dah siap masak ada yang akak tonggeng tonggeng amek gambar ada yang tak sempat,,jadi untuk resipi akak akak masukkan nanti yer.cuma pagi nie akak nak kongsi sikit cerita kelako pun ada,seronok pun ada.TApi tak ada pulak niat nak menunjuk nunjuk atau berbangga.saja nak kongsi cerita kat sini
Akak suka tengok rancangan AKW Zamzarina kat tv1 setiap ahad,Nak dijadikan cerita masa menonton rancangan nih ada dikabarkan pasal Blog Pilihan,pada yang berminat boleh laa menghantar email pada zamzarina,habis rancangan akak pun dengan penuh semangat taiplah email,dengan harapan nanti blog akak jadi blog pilihan,hihihihi,,,akak tau laa blog akak tak seberapa jika dibandingkan dengan blog blog masakan yang dah femes,punya ramai pengikut.kalau tengok blog akak nih takde yang istimewa,yelah akak buat blog pun sebab suka suka,dapat kenal ramai kawan2.
Petang semalam bila akak buka blog ramai yang masuk dan tengok blog akak,terkejut juga,Bila ILAHJY mesej kat inbox kata blog akak masuk rancangan tu,memang akak terkejut sungguh,sebab akak tak tengok pulak rancangan tu semalam.Anak akak sibuk nak tengok pesona 3 kat tv3.Frust betul.!!! dan yang kelako nya penerbit rancangan nih ada antar email kat akak bgtau pasal blog akak akan dikeudarakan semalam.tapi tak per jumaat nih ada ulangan.dapat laa akak tengok nanti,insyaALLAH.
pada yang berminat nak sertai rancangan tu jangan lupa tonton rancangan ini setiap ahad jam tiga petang ditv1 dan siaran ulangan jam1 petang ditv2.

Friday, January 20, 2012

RENDANG AYAM




Dah petang baru sempat nak letak lauk rendang akak kat sini..banyak kerja nak dibuat..sib baik Izah datang tanya..kalau idak sok kot baru dapat merasa rendang akak nie..tu laa kalau dah ada kerisek senang ajer nak buat


resipi rendang yang paling mudah nak dibuat..tak payah ditumis bagai..semua lebur ajer..tapi agak lama laa nak tunggu lauk nie kering..

sebab akak suka masak yang mudah mudah.>>>>
.bersihkan ayam,masukkan santan dari sebiji kelapa kedalam kuali..bahan bahan seperti bawang merah,bawang putih,halia 3btg serai ,lengkuas dikisar bersama dengan sedikit lada kering yang telah direndam dulu...masukkan sekali daun pandan,daun kunyit,daun limau purut,garam gula dan kerisek.biarkan sehingga kering..kalau nak pedas bubuh laa cili api sikit yer..akak bubuh juga rempah tumis empat sekawan tu..


SPONGE CAKE

HAri ni ramai kalangan kawan kawan blogger tayang lauk berasaskan ayam.seronok pulak.dengan ayam shah jahan kat rumah ummi,kari ayam tomato kat rumah izah daut,kepak ayam panggang kat rumah mamasya...DAN akak sedang merendang ayam..cewah maklumlaa tengah mewah dengan kerisek..tapi akak tayang nanti nanti dulu  laa yer.

Meh kita tengok kek yang akak buat,,,ermmmm cantik tak tu..hah amek ko segala warna masuk.selagi ada bentuk buat..nak bagi perabis buttercream yang dibuat..akak buat sponge cake nie saja suka2..nak makan sebab senang ajer nak buat.resipi nie adek akak bagi.dia belajar kat pertanian ayer hitam.kalau nak tau rasa nyer cuba laa.memang ada rasa cam kat kedai..hihihihi

Yang penting disini akak nak bagitau,buat ikut sukat betul2,butter cairkan dan sejukkan awal awal.jangan masa tu ank buat masa tu laa sibuk gi panaskan..kalau idak tak jadi..cam bantat gitu.sebab ni kali ketiga akak buat..baru mnepati piawaian ras tekak akak dan semua tukang rasa.makan tak hingat samapai lupa nak snap bila dah dipotong..
resipi Sponge cake
source dari rumah tere kakasma

Bahan2:
  • 200gm tepung gandum{akak tambahkan sesudu susu tepung}
  • 6gm baking powder
  • 200gm gula castor{180gm aje}
  • 256 gm telur{3 biji gred A}
  • 20gm ovellete
  • 100gm mentega{cairkan dulu baru timbang}
  • 80gm air sejuk
  • 1sudu teh esen vanila
caranya:
  1. Tepung diayak bersama dengan baking powder
  2. Masukkan telor,gula,ovellete dan esen vanila dalam mixer,pukul dalam kelajuan tinggi selama 3 minit.
  3. Masukkan air dan pukul lagi 20 minit.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan aduan sebati
  5. akhir sekali masukkan butter cair gaul rata.
  6. Gris loyang 8x8 ,alas dengan kertas kuih masukkan aduan dan bakar 45 minit suhu 180 darjah.
  7. bila telah masak sejukkan diatas redai..potong dua..sapukan dengan buttercream atau jem yang disukai,
  8. hias cam akak ...kalau mau

Thursday, January 19, 2012

KERISEK


 Adek ipar bagi akak sebiji kelapa.lama terperap kelapa tu,nak hantar kerumah jiran minta tolong parutkan malas nak pergi.ahad lepas akak minta anak akak pi antar parutkan kelapa tu.kalau nak tau paling banyak kerja dapur memarut kelapa guna mesin memang tak pernah akak buat..ngeri dan tak pandai..percaya tak!!!bagi laa upah cam mana pun tak akak buat.bila dah diparut,berangan nak buat kuih,tak juga dibuat,keluar masuk esbok kelapa tu..takut basi akak kukuskan kelapa tu dan simpan balik dalam esbok..semalam akak goreng dalam kuali cadang nak buat kerisek..tapi malas sungguh nak tunggu kelapa tu jadi garing..akak padamkan api,masukkan dalm bekas.pagi tadi kesian tengok kelapa tuh kan..jadi akak pun ambik kelapa tu buh dalam dulang pembakar dan bakar...


kelapa tu dalam proses dibakar,elok aje kejadian nyer...kena adjust suhu laa yer
dah siap...boleh laa disimpan dlam freezer,time nak guna amek sikit..
tengahari nie nak cuba buat asam pedas ikan bubuh kerisek..agak agak sedap tak yer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails