Thursday, February 24, 2011

Talam Berlauk

akak suka makan kuih talam.tapi sayang nya dah berapa kali buat talam asyik jadi upside down..sampai dah jadi takut nak buat..cari idea baik nak buat kuih talam yg tak berlapis..senangkan.jadi akak bila google dapat resipi nie..salin ajer kat kertas cam setiausaha..(phm phm ajer kalau setiausaha,semua ringkas2 ajer)..jadi akak tak jumpa kat mana akak amek resipi nie..tapi memang sedap laa akak rasa,dengan lemak2 santan,ada udang dan makan ngan sos...nanti laa akak cuba google balik untuk resipi nyer ya...
Bahan:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 5 cawan santan
Bancuh kesemua bahan ini.
250 gram udang basah goreng sehingga masak
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng
Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian
1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.
SOS
Cili kering dan bawang putih dimesin halus panaskan dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukan sedikit tepung gandum. )

Wednesday, February 23, 2011

Sotong Ala Thai

 Hari ni akak nak share lauk yang akak masak.sotong nie selalu nya mmg buat pening pale nak masakkan!! apa ke idaknya asyik laa sambal.jadi akak olah dan masak camgini..sedap laa kata anak2..
Meh kita tengok resipi yang akak buat ni
 Sotong Ala Thai
source: dari rumah teres kakasma

Bahan2nya:
  • 1 kilo sotong(bersihkan dan kelar belah dalam macam bentuk ketupat @ potong gelang)
  • 3 sudu lada giling
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(bahan * dihiris halus)
  • sedikit halia
  • sedikit halba
  • 1 sudu sos tomato,1 sudu sos cili,1sudu sos tiram dan sedikit sos ikan(satukan dan gaul rata)
  • sedikit daun ketimbar,lada api
  • garam,gula dan secukup rasa
  1. sotong dibersihkan,goreng sebentar untuk buangkan airnya,toskan dan ketepikan
  2. dalam kuali panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris.
  3. masukkan lada giling,tumis hingga naik minyak,masukkan sedikit halba
  4. bila telah sebati,masukkan sos yang telah digaul tadi.bubuh sekali garam,gula dan secukup rasa dan sedikit air.
  5. Bila dah sebati kuahnya bolehlah dituangkan sotong.dikuti daun ketumbar.gaul rat.
  6. akhir sekali bila telah memekat kuahnya dan elok masak sotongnya.matikan api.taburkan cili padi.
  7. bolehlah dihidang...
Nota akak: kalau suka bolehlah campurkan sedikit tomato,karot,jagung dan bunga kobis..tapi akak tak bubuh.

Video Umar--Buat tatapan auntie2 semua

video
Ni video hb akak buat sempena Umar cukup setahun.saja buat untuk kenangan.maklumlah sekarang nie semua boleh dibuat asal rajin.tak macam kita dulu dulu tak de video camginikan.kalau adapun gambar itamputih...saja akak letak kat sini untuk suka suka...

Friday, February 18, 2011

Cornflakes cluster Praline

 bila dah buat coklat akak try laa buat cornflakes praline nie.dulu selalu tengok ajer resipi nie kat umah Bdria.bukan aper ada guna coklat..masa tu tak tau lagi pasal coklat2 ni.sekarang ni bila dah tau dan sentiasa ada stok coklat kat rumah..akak pun buat laa..memang sedap..bak kata Bdria kejap ajer licin..dan terlanjur akak post nie akak bagi pihak Umar nak ucapkan berbanyak2 terimakasih buat auntie2 yang bagi ucapan buat Umar,doakan Umar juga...Uamr suka dan sayang semua...muah..muah..muah......(nie mak Umar yang taip..Umar yang cakap..eHHHHH..iye laa tu...):
Cornflakes Cluster Praline
Sumber: Chef Asma blogspot.com
Source:Bdria dari Journal resipi Bdria


Bahan-bahannya:

150gm cornflakes (kellogs @ nestle)
50gm almond strip-bakar dahulu (saya tambah jadi 100gm)
20gm-50gm hazelnut paste @ nutella (sy guna haselnut paste)
200gm milk coklat (sy guna jenama Sicao)
200gm dark coklat (sy guna jenama Sicao)


Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup


Cara-caranya:-


1. Cairkan coklat dengan mengunakan kaedah double boiler


2. Masukkan haselnut paste, cornflakes dan badam hiris. Kacau sebati


3. Supaya coklat tidak cepat keras sementara kita hendak memasukkan kedalam papercup, chef cadangkan supaya mengunakan rice cooker yg dipanaskan airnya dan diletakkan bekas coklat diatas nya. (sila rujuk blog chef untuk detail)


4. Masukkan kedalam papercup sehingga habis.


5. Hiaskan dengan coklat putih.

mesti cuba buat....sebab sangat sedap.....ada badam lagi....terimakasih buat bdria yang berkongsi resipi nie..juga buat Chef ASMa yang popular tu atas resipi yang sedap nie....

Thursday, February 17, 2011

Umar dah seTahun hari nie

Assalamualaikum semua..maaflaa lama tul akak tak update apa apa...sejak kebelakangan nie sibuk manjang..ntah apa yang disibukkan akak sendiri pun tak tau..ada masa malas sungguh..ada masa terlebih laa rajin..tapi Hari nie akak merajinkan diri buat kan Umar sebiji kek..dah setahun dah dia hari nie..
macam baru sangat melahirkan dia..dan hari nie dia dahpun setahun..Umar dah pandai berjalan,terlampau rajin buat sepah kat rumah nie..kemana akak pegi dalam umah nie pasti dia ikut..kalau akak masak dia pun sibuk juga.habis mangkuk mangkuk kat tingkat pingan dipunggahnya...hehehe....kalau tengok karenah dia macam tak percaya dia baru nak setahun..Alhamdulilah....

 Umar dah tak sabar nak makan kek..
Semoga Umar akan jadi anak yang baik,soleh dan sayang mak dan bapak ya...






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails