Sunday, May 31, 2009

Kek Karot



Semalam akak teragak nak buat kek ni.penat menjahit tempahan langsir kawan,akak kedapur.tengok resipi kat umah Hana,semua bahan ada.tapi hana buat dalam cupcakes.akak tak de tin pembakar cupcake tuh.jadi akak buat laa sebiji gedebuk!!!samil membakar akak buat laa cream nya sekali.tengok laa kek akak jadi sememeh ngan cream yang tak sempat nak keras dan kek yang tak sempat nak sejuk.cair jadi cream tuh.anak anak akak punya kerja ni...sorang nak sapu atas,sorang nak mendeko...tapi akhirnya ini lah ghuper kek akak..ermmmm tapi Acid berulang ulang kali makan.dia kata sedap mak kek ni..acid suker.eleee anak akak atuh semua dia suka.nama pun hantu kek kan.tak sedap pun kata sedap.

Akak kembali semula...eeee tak per ke

Salam di pagi Ahad yang ceria.kata pepatah tak kenal maka tak cinta.walaupun bukan lagi berada dialam percintaan namun perasaan itu seolah olah sama dirasai.sebenarnya berblog ini pada akak sebagai terapi minda,apatah lagi akak yang bergelar surirumahtangga.dari awal pagi hingga kemalam pun masa yang terisi dengan kerja kerja rumah pasti ada sesuatu yang kehilangan.itu akak rasai sejak keinginan akak untuk berhenti dari berblog ni.ntah yea kenapa setelah akak pikirkan masalah itu bukan hak akak untuk menidakkan nya.tapi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.akak selalu berdoa moga insan itu tidak lagi akak mendoakan akak dan keluarga yang bukan bukan.bagilah akak peluang untuk hidup bahagia bersama kawan kawan dan adek adek yang sering mengerti dan menyayangi akak dialam maya ini..
Akak rindu kalian..jadi inilah akak..
Terimalah akak kembali...semula.Buat teman teman dan adek adek yang memberikan sokongan dan sentiasa memberi perhatian pada akak..Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian.walau kita kenal hanya dia alam maya namun erat nya rasa persahabatan kita tiada siapa dapat merungkaikan nya..Wasalam

Monday, May 25, 2009

akak nak stop yea

Dengan rasa berat hati akak nak buat pengumuman yang akak akan berhenti dari berblog lagi.buat teman teman dia alam maya akak nie akak nak mengucapkan jutaan terimakasih diatas keluhuran untuk berkunjung seterusnya menjadi sahabat akak yang paling akak sayang..tak tau nak ucap macam mane..cuma dapat nyatakan satu sahaja akak sayang semua...

Salam mesra dan manis selalu dari,

KakAsma..

Sunday, May 24, 2009

Popia bersira pedas

Maaf yea masa nak posting entry ni tadi adik ipar akak sampai.tu yang tulis ringkas ajer..segan lak nak menebeng depan pc nie..jadi bila dah tenang ni akak rewrite balik lah entry akak.sebenarnya tengok ramai dah buat popia bersira resipi Hana ni akak teringin juga nak membuatnya..tapi tak sempat nak membeli bahan.tapi pagi tadi anak buah akak dari JB call bagitau nak singgah umah.jadi akak pk elok juga kalau buat popia nih.buat laa dua versi..nak bagitau ler..banyak anak buah akak makan..samapai minta akak bungkus nak bawa balik keJB.nak bagi mak dia ghase..hehehe memang ler sodap popia ni..

Bahan2 untuk popia ni
  • 1 pkt besar popia
  • 1/2 batang timun(hiris lidi mancis)
  • 1/2 batang karot(hiris lidi mancis)
  • sedikit tauge(anggaran sendiri)
  • 3 biji bawang putih(tumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar(hiris nipis)
  • 100 gm udang basah(tumbuk)
  • garam dan perasa
caranya;
  1. tumiskan bawang putih,bawang merah hingga layu,masukkan udang.masak sebentar.
  2. kemudian masukkan sayuran diikuti dengan garam dan perasa.
  3. angkat dan sejukkan.
  4. sediakan kulit popia..masukkan sedikit inti sayur tadi.lipat dan gulung.untuk melekat kan kulit popia akak gunakan tepung beras yg dibubuh air sedikit.buat lah sehingga habis.
  5. kemudian bolehlah digoreng hingga kekuningan.
Utk Sambal Sira(ni akak c/p dari umah Hana-bab ni resipi dia taw)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah n putih kisar
2 sudu besar sos chili - hana gune sos cili thai jerk!
sedikit belacan - jika suka
sedikit air asam jawa@cuka
gula melaka@gula putih
garam
bijan sangai

> Utk Sambal Sira - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat dan kering. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!


yang ini akak makan dengan sos lada ajer...

Mee goreng lada hitam


Pepagi minggu gini selalunya kena makan berat dan istimewa sedikit.maklumlah semua ada kat umah.so pagi ni akak masak mee goreng lada hitam.ummph ..tukang rasa akak kata sedap!!!jempol!!tau sape??hb akak yang kata..bukan akak taw....akak hanya masak buh ntah ape ape.hihihi resipi nye mudah aje

Bahan-bahanuntuk mee ni
  • 1/2 kilo mee kuning
  • 200gm daging
  • sedikit udang dan sotong(anggaran sendiri-nak sedap buh lah bnyk)
  • 1 labu bawang besar(hiris nipis)
  • 3 biji bawang putih tumbuk
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato
  • sedikit kobis(hiris halus)
  • 1 biji lada merah(hiris halus)
  • sedikit tauge
  • daun sup(hiris halus)
caranya
  1. daging dihiris halus dan direbus
  2. panaskan minyak tumis bawang putih,bawang merah dan lada hingga layu.
  3. masukkan udang,sotong,daging dan air rebusan daging.biar sebentar.
  4. kemudian masukkan sos lada hitam,sos tiram,lada putih dan lada hitam.kacau mesra.
  5. tambahkan sedikit air jika kuah agak kering.masukkan garam dan sedikit gula diikuti mee.kacau lagi.
  6. akhir sekali masukkan tauge,kobis dan tomato.gaul rata dan boleh lah diangkat.
  7. siap untuk dimakan..

Saturday, May 23, 2009

goreng pisang dan keladi

Yuk semua minum petang kat umah akak.lama tak makan pisang goreng dan keladi goreng.pagi tadi masa gie pasar tani akak beli keladi nih.hanya guna tepung beras,sedikit kapur dan garam ajer..untuk adunan bater gorengan keladi dan pisang...makan dengan sambal kicap dan gula..ermmm anak anak makan ngan gula laa ape lagi..akak suka makan dengan sambal kicap.sedap nyer..

Tempura

tengahari nie nak ajak semua g negara matahari terbit...hehehe susah payah je ler cakap aje ler jepun kan senang..akak buat tempura,masak asam pedas lagi goreng pucuk paku....tapi asam pedas tu tak ler nak di postkan...jemu tengok lauk tu kan...sedap makan tempura udang,cendawan dan sotong...cicah sos aje...tepung beli yang rady made aje.
petang nnti nak try buat bun filling blueberry cam hana buat.dah amek resipi kat umah cikwan..insyaAllah jika tangan ni masih bertenaga nak ler menguli ni pulak..

Friday, May 22, 2009

Nasi Lemak


Nasi lemak!!nasi lemak!!dulu semasa akak duduk diJB masa kecik kecik pepagi mesti ade sorang budak tu bawa bakul jerit nasi lemak ni.bungkus dalam daun pisang.ermmmm...mmg sedap wangi daun tuh tak dapat nak dikata.alahai nostalgia tulkan..sekarang nih nasi lemak dah komersial..akak tak pernah makan nasi lemak antarabangsa kat KL tuh.tapi tau laa nasi lemak ni dah femes.even mat saleh ker arab ker jepun pun suke makankan..
hari ni akak buat laa nasi lemak as makan tengahari akak sefamily...senang dan ringkas..ooo bukan malas tau tapi sesekali makan cam gini best woooo!!!
goreng ikan selar kuning garing garing..nyam nyam..dari itu
J E M P U T M A K A N S E M U A>>.........

Kuih Sagu


Akak buat kuih ni buat minum pteang semalam.buat dua versi satu balut dengan kelapa parut dan satu makan dengan susu cair yang disejukkan.aduh memang nyaman masa menyuap kedalam mulut..tak caya cubalah senang aje

Bahan bahan
  • 2 cawan sagu (cuci dan toskan)
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • pewarna
  • daun pandan untuk mewangikan
  • susu cair (bubuh sedikit air gula)
caranya
  1. masukkan air dan gula kedalam kuali berserta daun pandan
  2. masakkan gula hingga cair dan masukkan sagu.
  3. kacau hingga sebati dan masak.
  4. masukkan pewarna yang disukai.
  5. bila dah pekat dan tidak melekat di kuali angkat dan bolehlah dimasukkan kedalam bekas.sejukkan
  6. boleh dimakan dengan kelapa parut yang dibubuh garam sedikit atau dengan susu cair.
  7. sedap dimakan sejuk sejuk..

Thursday, May 21, 2009

GorengKacang panjang wif hati ayam

Lauk tengahari akak lawan ngan kari ayam..sambal belacan mangga..hehehe nak kasi sape ngences tuh...tak ade idea laa nak masak..layan mata aje

Bun Kentang

Orang len buat bun ni kemain cantik.nampak gebu dengan kastard di bentuk cantik kat atas bun tuh.akak punya mak oii burok benar..rata jer.hehehe ros jangan ketawakan eh..tapi anak anak suka kastard yg kat atas tuh.pulak!!!!bersememeh jer kastard tukan ...malu malu.....!!!!!!!!!tapi tak per semangat nak buat dan nak makan tu ade..
resepi C&P dari rumah Hana..

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung roti/tepung high protein
  • 70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
  • 120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin
  • 4 gram yis ( 1 sudu kecil)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • (untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
  2. kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
  3. klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
  5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap.

Wednesday, May 20, 2009

Talam Berlauk


salam petang rabu semua..hari nih akak tak delah n3 lauk lauk yang akak masak untuk makan tengahari.bab lauk akak masak biasa aje..ayam masak asam pedas,ayam goreng dan buat kerabu mangga.masa duk membelek buku resipi akak namapak laa Talam Berlauk nih..tak pernah akak buat kuih nih..bukan ape dulu takde laa minat nak buat.tapi akak suka makan kuih nih sedap.wangi dengan aroma daun sop/bawang dan bawang goreng..jadi akak try laa buat untuk minum petang nih.Alhamdulilah jadi cantik dan ermmmm yummy sedap!!! mai laa pakat ghamai ghamai buat..resipi nih akak tak tau kepunyaan siapa.bab masa tulis kat buku takde lak amek nama.so empunya resipi ni akak minta halal ye..

Bahan bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
caranya:
  1. satukan kesemua bahan dalam mangkuk.kacau rata kemudian tapiskan.
  2. sapukan sedikit minyak dalam loyang
  3. tuang adunan kedalam nya dan dikukus selama 30 minit.
  4. semasa hampir masak taburkan inti keatas kuih ini.
  5. kukus hingga masak.taburkan bawang goreng,daun sup dan daun bawang.
bahan inti:
  • 200gm daging kisar
  • 1sudu kecil jintan putih (akak guna yg serbuk)
  • bawang merah(mayang halus)
  • garam
cara caranya
  1. tumiskan bawang merah hingga layu.masukkan daging.kacau lagi.masukkan jintan putih serbuk dan garam.biar daging empuk dan masak.
bahan tabur:
  • daun bawang /daun sop (hiris halus)
  • lada merah/hijau(hiris halus)
  • bawang goreng

Pau II




Pau ini akak uli petang semalam.satu adunan ni akak dapat dalam 25 biji.sekejap aje selesai.akak buat dua jenis inti.kacang merah dan kari daging.untuk adunan pau ini akak guna resipi yang akak dapat dari buku yang diberikan oleh Aida guru yang mengajar buat roti hari tu.

Bahan bahan untuk pau:
  • 450gm tepung pau
  • 1camt yis segera
  • 2 camt double action bkg powder
  • 1 camt doh softener
  • 30gm gula castor*
  • 225ml air suam*
  • 1 putih telur
  • 1 camb bread shortening
  • 1/2 camt cuka
cara membuat nya:
  1. air suam dan gula dikacau hingga larut
  2. masukkan bahan bahan kering kedalam mangkuk.gaul rata.
  3. buat lubang di tengah dan masukkan air gula tadi
  4. uli sebati hingga menjadi doh.
  5. semasa menguli jika adak terlembek taburkan sedikit tepung kedalam doh.
  6. rehatkan doh selama satu setengah jam
  7. bila telah naik 2 kali ganda.tumbuk adunan untuk membuang angin..
  8. ambil sedikit doh.isikan inti.
  9. kukus selama 25 minit atau sehingga pau masak.semasa mengukus akak balut tudung kukus dengan tuala bersih

Tuesday, May 19, 2009

Tag dari As NZ

Lama dapat tag dari As nih,tapi baru nih dapat nak jawap tag nyer..hehehe bukan nyer ape..sajer jer buat As tu tertunggu tunggu ..soweii ek As..sengaja nih.

When was your engagement?
Yang nih parah sikit..hb pun tak hingat,cuma bertunang dalam tahun 1993.

When is your marriage anniversary?
Tak lama lagi 28hb Mei.dah menjangkau 15 tahun mendirikan umahtangga.tapi umah akak umah teres aje hehehe....

How long you know your spouse?
Ni soalan kelakar nak jawap.akak kenal hb tak lama.tupun sekejap jer bercinta(dengan tefefon aje).dalam sebulan kenal,tunang setahun lebihkurang baru la kami bernikah.

How long did you date before you got engaged?
Tak lama dalam jangkamasa sebulan lebih kurang.the exact time akak not that sure..

Where did you meet your spouse?
Akak tak jumpa kat mana mana.diperkenalkan oleh adik ipar akak sendiri,yang sama berkerja dgn akak waktu kerja disebuah kilang di Batu Pahat.adek ipar akak bagi gambar akak kat hb untuk ditengok..hehehe kira mula tak kisah sgt,bab akak kan tak cantik.tapi ade trajedi dlm hidup hb menyebabkan dia patah balik untuk memikat akak ler.dah jodoh agak nyer kan...

Do you have any children?
Yup..ada enam orang semua nya..2 perempuan dan 4 lelaki.Alhamdulilah...

Do you have any pets?
Dulu sekejap ade bela kucing...tapi payah nak menguruskan nya.sekarang nih bela ikan laa pulak.tapi anak ngan hb yang bela..

Do you own or rent?
Duduk umah sendiri.rumah teres kos sederhana aje..okay laa untuk kami anak beranak berteduhkan..

Do you live in the country,city/town?
Rembau,Negeri Sembilan

What is your favourite activity you do together?
Menonton TV kot..kekadang melayari internet..dan kekdg g window soping ngan anak2 sekali..

Do you have a favourite vacation spot?
Tak de kot selain balik kampung halaman...

How many siblings do you have including in-laws?
Akak ade 9 beradik,hb pulak ade 6 orang.. seronok ramai gini nak nak bile time hariraya berkumpul ...

What mosque do you attend?
Kat taman perumahan ni hanya ade surau aje..masjid yg selalu hb ngan anak2 g kat kampung berdekatan.

Is this the mosque you got married in?
Nop...akak bernikah di Masjid Kg.Pt.Sonto,Air Hitam,Johor(bab akak asal dari sana)

What town is your current address?
Chembong,Rembau,Negeri .sembilan

Do you work or stay at home?
Sebelum kahwin akak berkerja..dah berumahtangga jadi surirumah sepenuh masa...mendidik dan menjaga anak anak n rumah tangga sahaje..

Where did you go for your honeymoon?
Tak g mane mane pun..tak sempat hb cuti tak lama..

Leave a piece of marriage advise.
Kena saling bertolak ansur,sabar dengan karenah pasangan,pecaya antara satu sama lain dan sentiasa mendoakan pasangan dan keluarga kita agar terpelihara dari segala kesulitan dan kepayahan..yang paling penting kena ucapkan kata kata sayang selalu...kalau boleh masa suami nak keluar kerja kena antar kat pintu hingga dia hilang dr pandangan.yang penting kalau suami sedang marah buat tak tau aje..jangan dilawan atau dibantah..ewahhhh cam bagus jer kan...

Okay laa As.harap As gembira dengan jawapan tag akak nih yer..akak nak tag sape ye.5 orang kan..
Juwita Jamaluddin (adek kat Yokohama)
Ayu (Spore)
CtZura(Sarawak)
Inahar Ali
Aishah Ummi Aqil
kena jawap tag ni tau...

Sambal ikan kembung


Masak sambal ikan kembung aje hari nih.lawan dengan kobis masak lemak putih..hiriskan timun.okay laa kan..bukan ape kekadang cam ghajin masak banyak,kekadang satu jenis aje..ikut mood dan ape yang ade kat dalam esbok ajer....

Bahan bahan untuk sambal ikan kembung
  • 6 ekor ikan kembung(bersihkan,peskan dengan kunyit dan garam)
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sebatang serai(titikkan)
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • garam,gula dan perasa
  • air asam jawa sedikit sahaja
  • minyak untuk mengoreng
cara caranya
  1. gorengkan ikan dahulu.ketepikan.
  2. blend lada kering,bawang merah,bawang putih dan halia.
  3. panaskan minyak dalm kuali tumiskan bahan diblend hingga terbit minyak.
  4. masukkan sos cili dan sos tomatao diikuti dengan serai.kacau rata.kalau agak garing masukkan sedikit air.
  5. kemudian masukkan gula,garam,perasa dan sedikit air asam jawa.
  6. akhir sekali masukkan ikan.kacau hingga bersalut dengan sambal.
  7. jika suka boleh ditambahkan dengan belahan tomato...

Monday, May 18, 2009

Sambal sotong kering

hah jangan kecur lak pulak.ntah hari nih nak kate rajin biase aje.tapi lama tak makan sambal sotong,jadi akan masak sambal nih sekali hari nih.masak sekali gulai telur itik..lengkap laa juadah akak sekeluarga kan...Akak rendam sotong ni dengan air akali.jadi ras kenyal lembut gitu..ermmm sedap.buat sambal macam biasa cuma akak buh sedikit kacang tanah..lemak gitu..cubalah...

Daging goreng berlado

Daging Goreng Berlado nih resipi keluarga akak.adek beradek kalau abah akak masak lauk nih berebut makan.habis minyak minyak pun kita orang makan.buh nasi dalam mangkuk tu gaulkan.uih sedap sangat..sekarang turun keanak anak akak pulak.buka tudung saji biru akak tuh nampak jer lauk nih tak sempat buka baju..tak caya cuba..mesti tingat selalu..selain senang bahannye pun tak banyak..ni lauk tengahari akak untuk hari nih..

Bahan bahan:
  • 300 gm daging(bersihkan hiris)
  • 10-15 tangkai lada merah hidup
  • 1 1/2 biji bawang besar(hiris )
  • sedikit daun sop
  • limau kasturi
  • buter dan minyak
  • garam dan perasa
cara cara:
  1. goreng daging hingga agak garing.asingkan
  2. blend cili merah hingga halus
  3. panaskan buter dan sedikit minyak,tumis daun sop dahulu.
  4. kemudian masukkan bawang merah yg dihiris.tumis hingga layudan bau wangi.
  5. masukkan lada yg telah di blend.tumis sebentar hingga naik minyak
  6. akhir sekali masukkan daging ,garam dan perasa.gaul sebati biarkan sebentar hingga daging dan kuah mesra.perahkan limau kasturi..sebelum matikan api..boleh lah dihidangkan...

Roti


Alhamdulilah akhirnya tercapai cita cita akak nak meroti sendiri.tapi akak tak ler guna BM.lum ade lagi.tapi akak guna mixer.tu yang lucunya..habis tepung tuh melekat kat batang pemutar mixer.jadi sebagai mengelakkan tepung tu nnti jadi tak senonoh akak keluarkan dari mixer dan uli dengan tangan ajer...nah okay tak roti yang akak buat.sib baik cantik dan gebu.tak sia sia akak g kajang aritu memborong barang untuk membuat kek dan roti...kat sini payah kalau nak meroti.tepung high protin tu mmg tak der..sedap lagi pagi nih akak makan untuk sarapan..resipi untuk roti ini akak guna shanghai bun..

Mee Goreng Basah n Tahu Sumbat


Sebenarnye ni sarapan family akak semalam.tak sempat nak hapdet bab akak terpaksa menyiapkan tempahan baju kurung kawan akak.saja akak tepek kat blog nih manw tau ade yg lama tak makan tahu sumbat nih..mee goreng tuh biasa laah bg kita kan..hehehe..nak bg dah habis dah..jamu mata jer laaa iyeaaa!!!

Saturday, May 16, 2009

Gulai siput sedut


Salam malam sabtu...hari ni lewat hantar resipi akak masak untuk tengahari ni..pagi sebelum g pasar tani,kawan akak telefon ajak akak g Kajang..nak tau ape akak buat kat kajang tuh...Hehehe projek baik punye..akak g kedai BAGUS..memborong barang bakery...habis satu kedai akak jelajah..penuh bakul...semua barang rasa nak dibeli..tapi hb bagi akak duit tak banyak jadi akak beli ikut bajet ler..kira kira ade ler barang yang kena kuarkan balik dari bakul..huhuhu..cedih tapi tak per len kali akak nak g lagi....nak borong barang yang akak dah tagg...eh banyak lak bebel..
okay lah hari ni akak masak gulai siput sedut nih.akak ngan hb jer yang suka makan.anak anak bab menyedut nyedut ni tak pandai..puas laa nak kena sedutkan..alah susah susah akak masak kan anak anak akak ikan goreng sambal ajer...

Bahan bahan:
  • 1 kilo siput sedut(akak bersihkan dengan hampas kelapa,perahkan asam limau)
  • 10 batang cili padi
  • 2 inci kunyit
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3kpg asam keping
  • santan dari sebiji kelapa(ambil pekat sahaja)
  • daun kencur(ni akak tambah sendiri -tngok hana msk lemak letak ni)
  • garam dan sedikit perasa
cara caranya
  1. blend atau tumbuk halus cili api,bawang merah,bawang pituh dan kunyit.(kalau blend guna sedikit santan untuk mengisar bahan2 ini)
  2. masukkan kedalam periuk bahan blend tadi.masukkan sekali asam keping.
  3. diikuti dengan siput yg telah dibersihkan.
  4. masukkan santan.kacau selalu untuk mengelakkan santan menjadi pecah.
  5. tambahkan garam dan perasa.bile telah mendidih masukkan daun kencur.padamkan api...

Friday, May 15, 2009

Birthday Boy

Inilah birthday boy akak.suker tul dapat potong kek yang tak indah buatan mak dier nih..hehehe biasa lahkan tak pro nih tangan kaku maku..
siap nak berpssss masa nak snap gambar..acid nak pssss laa mak!!!
ni ler hidangan istimewa birthday boy ari nih.(istimewa ker!!!)tak plan pun nak buat.pagi tadi nih terpikir dapat buat untuk makan2 ngan family udah lerkan
kek hiasan keras tangan akak...hish tak leh buka bakery..tak de owang nak jeling pun
hidangan sampingan .biasalah anak anak suka makan nie...mak ngan bapak pun sama suka gak
Buat mee hoon jer.minta hb belikan tengahari tadi bahan bahan semasa ambil anak akak yg sulong ngan yg no dua balik dari sekolah.jadi mee ekspress jer..
ni ler ghuper kek coklat akak..ade sape nak ghase mai ler..ade lg.....

Puding Roti



Akak buat puding roti ni pagi tadi.nak buat penambahan untuk makan makan sefamily akak petang nnti..saje nak celebrate birthday anak akak.amek resipi kat umah Hana lagi.duh Hana ko nih mmg tempat refer ler nak masak masak.ghajin tul le mak yung adek ku sorang nih..pepun tocie ye..resipi nnti akak n3 kan yer...layan dulu pic ni.hehehe..tapi derhaka sikit kat resipi nih.akak tambah perisa stoberi..bab akak suker sgt ngan stoberi nih

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk



Biskut Dwi Chocolate&White chips

Lepas maghrib malam tadi,akak tingat yang pagi tadi ade jengah dapur Diana.dah lama tak menjengah.nampak resipi biskut nih.tengok bahan semua ade.apelagi akak pun buat ler adunan biskut nih.memang merbeles biskut nih.lembut dan rangup.anak anak akak menunggu jer bile lah nak masak biskut nih.akak buat dua adunan.dapat banyak...tapi tak tau berapa bab dah kena ngap dulu...dan hari nih anak akak yang bongsu genap empat tahun..tengah terpikir kek ape nak dibuat jap lagi.ingat nak buat makan makan tapi tak tau lagi ape nak dimasak..



BISKUT DWI CHOCOLATE & WHITE CHIPS
Sumber: Fizan (FRD)


Bahan-bahannya
100 g majerin ~ saya guna butter, lebih sedap..
25 g gula perang
120g tepung gandum
60g coklat chips atau coklat dwi choc + white chips
30g serbuk badam
1/4 esen vanila

Cara-caranya
1. Pukul majerin, gula dan esen vanilla hingga hancur
2. Kemudian campurkan tepung,coklat chips dan serbuk badam gaul hingga sebati.
3. Bentukkan doh besar 50sen di atas loyang. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau kekuningan.Boleh angkat.




Thursday, May 14, 2009

Daging Kandar

Lauk tengahari ni akak masak special sikit.bab resipi ni pemberian kawan blogger akak Nik.tengok resipi memang mudah.akak minta kawan akak tolong belikan daging batang pinang tadi pagi.sambil adun coklat muffin tadi akak sediakan bahan untuk buat daging ni.eeee..dah jadi makan sedap..akak bg 5 star.makan ngan nasi panas sedap sangat.masa post ni anak akak dah belasah dulu lauk nih.dia mmg gemar ngan daging..dia kata sedap laa mak!hari ni masak sekali lemak putih kobis dan sambal kering kegemaran hb akak..tapi akak tak tau nak bg ape nama resipi nih..Buat Nik terimakasih atas pemberian resipi nih...

1/2 kg daging (potong, rebus, simpan air rebusan)
6 ulas bwg putih/1 inci halia (blend)
2 sudu besar kicap pekat (maggi)
2 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos cili*
2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pn boleh)*
* gaulkan bersama
1 labu bawang besar mayang,
1 ulas bawang putih mayang,
kulit kayu manis, bunga lawang
daun kari
1. tumiskan bawang besar, k.kayu manis, dan bunga lawang. daun kari
2. masukkan bwg putih dan halia..
3. masukkan campuran rempah
4. masukkan daging dan airnya.
5. masukkan garam, perasa masak hingga pekat..
sesuai makan ngan nasi atau roti.

Chocolate Custard Muffin

pagi nih akak try buat coklat kastad muffin.tak pernah lak buat muffin nih..tak kira ler perasa ape.saje nak mencuba..alhamdulilah menjadi..cuma kurang naik cam gunung.takper percubaan pertama tak kisah ler hape nak jadikan..kalau kecundang cuba lagi..untuk resipi nih akak c/p dari umah dak Hana jer laa yea..temakacih dek..juga cikwan taipei yg punye resipi nih..

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack)
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna*
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.
  2. Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails